Tuesday, February 17, 2015

EnerFiber

Musuh Kejelitaan

Ahli-ahli sains, pakar kecantikan, pakar pemakanan sedunia telah mengesahkan bahawa sebab yang paling utama keuzuran tubuh badan dan penuaan wajah adalah toksin usus telah memasuki ke dalam darah kita. Toksin usus ini dihasilkan oleh bakteria basilus kolon semasa penguraian makanan di dalam usus, ia merupakan musuh kejelitaan yang paling ditakuti. Pada masa kini, makanan fiber yang utama di Europa dan Japan, menggunakan fungsi semulajadi fiber yang mempunyai kuasa penyerapan toksin dan air yang tinggi untuk membantu tubuh badan kita menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badan, keadaan ini bukan sahaja dapat mengekalkan kebersihan usus kita, malah dapat menceriakan wajah rupa kita.

Ener Fiber merupakan satu produk makanan fiber inovasi yang dikaji selidik oleh sekumpulan pakar kecantikan dan pemakanan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan semulajadi seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran. Fiber dikenali sebagai "Khasiat yang ketujuh" , selain daripada air, vitamin, karbohidrat dan sebagainya, ia juga dikenali sebagai "tukang sapu hijau" oleh pakar pemakanan. Fungsinya boleh menyerap air dan kembang, keadaan ini dapat melembutkan sisa-sisa buangan menjadi lembut, dengan ini dapat melalui usus dengan cepat, dalam masa yang sama menggalakkan pergerakan usus, mengurangkan penyerapan bahan toksin, menyingkirkan toksin badan, memulihkan keadaan nafas berbau, akne dan jerawat, kulit kasar, pigmentasi dan masalah-masalah kulit yang lain serta menyihatkan tubuh badan!

Ener Fiber :

Soalan-soalan yang sering ditanya

1. Apa itu Ener Fiber ?

J: Ener Fiber adalah sejenis produk serat makanan.

2. Apakah itu serat makanan?

J: Serat makanan adalah salah satu unsur tumbuhan yang tidak mudah diserap oleh badan manusia secara langsung. Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis: serat larut air dan serat tidak larut air, yang terutamanya berasal daripada dinding sel tumbuhan. Serat makanan merupakan khasiat yang penting untuk kesihatan badan. Ia mengekalkan kesihatan sistem pencernaan di samping mencegah penyakit jantung dan darah, kanser, penyakit kencing manis dsb. Makanan harian yang mengandungi serat termasuk biji-bijian, bijirin, gandum, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi, makanan binatang (lembu, kambing, ikan, makanan laut dsb) tidak mempunyai serat makanan.

3. Apakah kepentingan serat dalam kesihatan?

J: Pengambilan serat yang mencukupi membantu memelihara kesihatan sistem pencernaan dan usus badan. Selain itu, serat juga dapat meningkatkan pergerakan peristalsis gastro usus dan mengelakkan masalah sembelit. Tambahan pula, ia memberi rasa kekenyangan. Justeru itu, ini membantu manusia mengurangkan kuantiti pengambilan makanan serta mengawal berat badan.

4. Siapakah yang memerlukan serat?

J: Setiap orang memerlukan kira-kira 20 - 35 gram serat setiap hari.

5. Bagaimanakah serat membantu mengekalkan sistem penghadaman?

J: Serat dapat meningkatkan peristalsis usus. Lendirin serat berupaya melincinkan usus dan menyingkirkan koprostasis. Selain itu, serat dapat membantu meningkatkan bilangan bakteria baik dalam usus supaya memelihara kesihatan sistem penghadaman.

6. Bagaimanakah serat menbantu mengawal berat badan?

J: Serat berupaya memanjangkan proses penghadaman makanan di dalam usus kecil dan memberi rasa kekenyangan. Dengan ini, seseorang akan mengurangkan pengambilan makanan. Selain daripada itu, tabiat makan yang seimbang serta senaman yang sederhana juga membantu dalam pengawalan berat badan.

7. Apakah intipati yang digunakan untuk menghasilkan Ener Fiber?

J: Ener Fiber menggunakan intipati yang 100% semula jadi daripada buah-buahan, sayuran dan bijirin. Bahannya adalah Serbuk Buah Kiwi, Serbuk Epal, Serbuk Jambu Batu, Oat, Guar Gum, Oligosakarida, Perasa Lemon Semulajadi, Wheat Grass, Barley Grass, Spirulina, Stevia dan Klorofil Alfafa.

8. Adakah Ener Fiber mengandungi bahan pengawet ?

J: Ener Fiber tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, bahan yang mengekalkan kesegaran produk ini adalah kulit lemon semulajadi.

9. Bagaimana cara mengambil Ener Fiber ?

J: Orang dewasa dicadangkan mengambil 1 - 3 paket sehari manakala kanak-kanak 1 – 2 paket. Campurkan 1 paket Ener Fiber ke dalam 200- 250 ml air, minum dengan segera selepas digoncang rata. Boleh diambil bila-bila masa sebelum atau selepas makan.

10. Apakah peringkat usia dan keadaan kesihatan yang sesuai untuk mengambil Ener Fiber?

J: Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas sehingga ke warga tua sesuai untuk mengambil Ener Fiber. Ia juga sesuai untuk sebarang keadaan kesihatan sama ada mereka yang sihat ataupun sakit.

11. Apakah perbezaan di antara Ener Fiber dengan produk serat di pasaran luar?

J: Di pasaran luar, produk serat kebanyakannya dihasilkan daripada perubatan cina (mengandungi duan senna, rubarb dsb), tumbuhan biji(sekam psilium, hempseed dsb) dan perubatan barat, yang mana teori bantuan pembuangan tersebut hanya berkesan sementara waktu sahaja. Ener Fiber mengandungi serat makanan yang dikenali sebagai " nutrisi ke-7". Ia boleh menambahkan saiz tinja, menggalakkan pergerakan usus, dan seterusnya menggalakkan pembuangan tinja. Ia dapat mengimbangkan pertumbuhan flora bakteria di dalam usus dan merangsangkan daya gerakan usus supaya tinja keluar dalam bentuk pisang. Serat makanan juga menggalakkan pembuangan lemak di dalam usus dan memberi bantuan yang baik kepada mereka yang mempunyai penyakit kelebihan nutrisi (obesiti, lemak darah tinggi dsb). Secara kesimpulannya, Ener Fiber merupakan produk serat makanan yang paling selamat dan berkesan di pasaran.

12. Apakah tujuan pengambilan Ener Fiber ?

J:

A. Boleh menggalakkan pembuangan sisa –sisa makanan dan toksin daripada usus.

B. Boleh menggalakkan penyahtoksikan toksin-toksin di dalam darah.

13. Apakah fungsi Ener Fiber ?

J:

A. Mengekalkan pembuangan yang normal.

B. Musuh kepada batu hempedu.

C. Mengimbangkan paras gula darah.

D. Meningkatkan sistem imun.

E. Mengurangkan kadar jangkitan kanser.

F. Mengawal berat badan, mengurangkan kolesetrol.

14. Bolehkah Ener Fiber menyebabkan ketidakselesaan selepas mengambilnya ?

J: Ener Fiber tidak akan menyebabkan keadaan ketidakselesaan selepas makan, ini adalah disebabkan fungsinya yang sederhana (mild), tidak menyebabkan kekejangan usus dan pembuangan tinja yang berbentuk cecair.

15. Adakah Ener Fiber sesuai diambil oleh golongan pesakit khas ?

J: Ener Fiber sesuai diambil oleh golongan pesakit khas seperti pesakit buasir, fisur dubur, mereka yang tidak dapat bangun, mereka yang menerima kimoterapi dan sebagainya.

16. Apakah bahayanya masalah sembelit ?

J: Tinja pada akhirnya akan berkumpul di bahagian usus besar. Fungsi usus besar adalah menyerap semula air daripada sisa-sisa makanan. Apabila air di dalam sisa-sisa makanan diserap berlebihan, tinja akan menjadi kering dan keras. Pada masa yang sama toksin-toksin di dalam tinja juga akan diserap ke dalam darah. Keadaan ini akan membebankan fungsi hati (sebagai organ penyahtoksikan). Keadaan ini yang menyebabkan perubahan patologi usus besar. Sebab inilah yang menambahkan kes jangkitan kanser usus besar tidak dapat diturunkan. Masalah pengumpulan tinja di usus dalam jangka masa panjang akhirnya akan menyebabkan penyakit yang menakutkan. Oleh itu kesihatan usus dan kelancaran pembuangan tinja haruslah dijadikan sebagai panduan penting untuk menjaga kesihatan kita.

RM268 sekotak
Whatsapp/Call for best price
0199958326
Nadyakazman Entrepreneurship Ventures
IG : byNadya.Kazman

No comments: