Thursday, February 19, 2015

Tuesday, February 17, 2015

Ener Al Kurma

PADANG PASIR YANG MISTERI, FATAMORGANA YANG WUJUD DALAM LEGENDA.....
KURMA YANG TUMBUH DALAM KEADAAN SEKELILING YANG SERBA KEKURANGAN, MEMBAWA BANYAK CERITA YANG MENARIK......
AL KURMA, PRODUK SUCI, KURNIAAN TUHAN

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Khasiat kurma "Ajwa" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah SWT sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Di antara 600 jenis kurma, Kurma Ajwa merupakan jenis kurma yang paling tinggi nutrisinya dan juga nilai perubatan yang paling tinggi.

Menurut "Compendian of Materia Medical", Kurma mempunyai fungsi untuk meningkatkan tenaga dalaman, melegakan batuk serta menguatkan paru-paru, menghilangkan kahak dan asma, ia juga boleh meningkatkan proses tumbesaran dan sistem imunisasi kanak-kanak, serta mengurangkan masalah sembelit. Bagi pelajar atau pekerja yang tidak sempat untuk mengambil sarapan pagi, 3 biji kurma dapat membekalkan nutrisi dan stamina yang diperlukan sepanjang pagi. Kurma juga merupakan makanan penting untuk ibu yang sedang mengandung dan selepas bersalin, ia boleh mengawal tekanan darah dan mencegah metroragia. Perubatan moden juga telah membuktikan kurma boleh membantu gusi gigi, memulihkan sakit perut, anti diarea dan hemostasis.

Kesimpulannya, kurma merupakan makanan kesihatan semulajadi yang komprehensif.

Fungsi Ener Al-Kurma

Kombinasi Serat dan Kalium yang tinggi, pilihan terbaik untuk melangsingkan badan.

Kaya dengan Kumpulan Vitamin B, sesuai untuk menjaga kejelitaan

Kandungan glukosa yang tinggi,tidak memudaratkan kesihatan badan .

Sembelit --- Ener Al-Kurma menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam Usus untuk membantu proses perkumuhan.

Melangsingkan badan --- minum bersama yogurt, membantu penyahtoksinan dan memberi tenaga.

Melindungi hati --- Minum Ener Al-kurma pada waktu pagi boleh membantu menyahtoksikkan logam berat dan toksin asid daripada hati.

Waktu kedatangan haid --- Ener Al-kurma menambahkan keperluan kalsium dan zat besi kepada wanita.

Ener Al-kurma mengandungi glukosa dan fruktosa yang tinggi, tetapi sukrosa adalah sangat sedikit, tidak membawa kepada masalah obesiti.

Ener Al-kurma kaya dengan fruktosa semulajadi,mudah untuk penghadaman,digunakan sebagai gula gantian kepada pesakit kencing manis. Selain itu, paras kolesterol juga rendah, tidak perlu bimbang tentang obesiti, sebaliknya kaya dengan vitamin dan mineral, menggalakkan fungsi badan untuk mencapai kesihatan optima.

Satu laporan daripada PURDUE UNIVERSITY, Amerika Syarikat, kurma mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut : menguatkan gastrousus, menghilangkan panas badan, melegakan kahak, menguatkan sistem pembiakkan, mengawal kanser dan tumor, menguatkan daya ketahanan, membantu penghasilan hormon, melegakan cirit-birit,sembelit,asma,sakit bahagian dada,Anemia dan sebagainya.

Soalan Yang Sering Ditanya - Ener Ener Al-Kurma

Q1: Apakah perbezaan antara Ener Ener Al-Kurma dengan jus kurma yang lain?

J:
No Butiran Ener Ener Al-Kurma Jus Kurma Lain
1 Jenis Kurma Dibuat daripada Kurma yang paling tinggi nilai khasiat iaitu Kurma Ajwa Jenis kurma biasa
2 Buah Menggunakan buah segar dan buah kering, diimport dari Arab Saudi Buah kering
3 Teknik Penghasilan Melalui proses penapaian dan ionisasi yang berteknologi tinggi, mengekalkan semua khasiat dan bermolekul kecil Melalui teknik pemanasan, khasiat kurma dirosakkan, seperti " air gula"
4 Kaedah Penghasilan Teknologi canggih, syarikat memegang hak cipta Tiada hak cipta
5 Nilai Khasiat Sangat tinggi Sangat rendah, mungkin tiada khasiat

Q2: Bolehkah pesakit kencing manis minum Ener Ener Al-Kurma?

J: Boleh, ini disebabkan gula yang terkandung dalam Ener Al-Kurma adalah dalam bentuk Glukosa dan Fruktosa, dimana bentuk gula adalah sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga, terutamanya kepada bahagian otak. Tetapi dihadkan satu botol sehari.

Q3: Dari manakah buah kurma Ajwa untuk penghasilan Ener Ener Al-Kurma diimport?

J: Dari Arab Saudi.

Q4: Dimanakah Ener Ener Al-Kurma dihasilkan?

J: Ener Ener Al-Kurma dihasilkan oleh satu kilang di Malaysia yang mendapat kelulusan GMP dan HACCP dari kerajaan Malaysia.

Q5: Terdapat sedikit mendapan pada Ener Ener Al-Kurma, bolehkah ia diminum lagi? Ada kesan sampingan kepada kita?

J: Tentu boleh diminum dan tidak ada kesan sampingan kerana mendapan yang terdapat pada Ener Ener Al-Kurma sebenarnya adalah serat atau fiber dari kulit kurma, ia adalah serat paling baik untuk badan kita, mempunyai fungsi untuk membersihkan usus dan menyerap toksin daripada badan.

Q6: Bolehkan Ener Ener Al-Kurma diminum oleh bayi yang berusia setahun ke atas dan berapa kuantiti yang sesuai? Apakah kelebihannya?

J: Bayi yang berusia setahun ke atas memang boleh minum Ener Ener Al-Kurma, sebotol sehari dan masa yang sesuai adalah pada 10 hingga 11 pagi atau 2 hingga 3 petang. Ener Ener Al-Kurma adalah terdiri daripada glukosa yang sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga, terutamanya kepada bahagian otak, keadaan ini akan memberi kecergasan dan daya kepintaran kepada bayi yang sedang membesar.

Q7: Adakah Ener Ener Al-Kurma boleh digunakan sebagai makanan gantian? Maksudnya untuk orang yang hendak menguruskan badan!

J: Ener Ener Al-Kurma tidak boleh digunakan sebagai makanan gantian terutama mereka yang hendak menguruskan badan. Untuk menguruskan badan, kita mesti mengambil makanan yang seimbang di mana makanan tersebut mesti terdapat protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang seimbang. Kandungan utama dalam Ener Ener Al-Kurma adalah glukosa (karbohidrat), vitamin dan mineral, tetapi kurang protein dan lemak. Oleh itu, tidak sesuai digunakan sebagai makanan gantian.

Q8: Apakah nilai nutrisi bagi Ener Al-Kurma?

J: Ener Al-Kurma sangat kaya dengan kalium yang merupakan garam mineral yang paling banyak didalam tubuh manusia, berfungsi untuk membantu pertumbuhan sel-sel. Kalium merupakan mineral zat mikro penting dalam gizi makanan; ia membantu dalam pengecutan otot dan pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh. Kekurangan kalium akan melemahkan otot-otot yang menyebabkan keletihan pada otot dan mengganggu fungsi jantung sehingga terjadi gangguan irama jantung.

Ener Al-Kurma mengandungi vitamin C yang mencukupi, di mana memiliki fungsi biologi, seperti dalam proses redoks tubuh, pembentukan darah, detoksifikasi dan sebagainya. Bagi orang tua, vitamin C dapat melindungi tubuh daripada ancaman radikal bebas dan mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar pembentukkan katarak.

Q9: Bolehkah pesakit diabetes minum Ener Al-Kurma?

J: Boleh minum, tetapi hanya dengan pengambilan 1 botol sehari yang diasingkan 2 kali untuk diminum dalam tempoh 1 jam.

Q10: Mengapakah rasa Ener Al-Kurma berubah dari masa ke semasa?

J: Proses pengeluaran Ener Al-Kurma adalah menggunakan kaedah penapaian, proses penapaian akan menyebabkan zat-zat Ener Al-Kurma dicernakan menjadi molekul kecil yang mudah diserap oleh tubuh manusia. Namun, selepas pembotolan, proses penapaian masih berlaku, maka rasa Ener Al-Kurma akan berubah dari masa ke semasa. Kecuali, pendedahan pada suhu yang tinggi akan merosakkan semua nutrisi yang akan menghentikan proses penapaian, dan menyebabkan rasanya tidak akan berubah lagi.

Q11: Apakah mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma?

J: Mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma adalah fiber Kurma, boleh diminum. Selulosa dapat membantu dalam pembuangan air besar.

Q12: Adakah Ener Al-Kurma mengandungi pengawet?

J: Tidak, ia juga tidak diperlukan. Kerana Ener Al-Kurma sangat kaya dengan gula yang semulajadi, di mana gula tersebut merupakan pengawet jus ini.

Q13: Apakah bahan mentah yang digunakan bagi Ener Al-Kurma?

J: Ener Al-Kurma adalah menggunakan sejenis kurma buah palma yang disebut Kurma Ajwa (KurmaNabi) sebagai bahan mentah. Kami mengabungkan dua jenis buah-buahan segar dan buah kering. Buah segar mengandungi nilai nutrisi yang lebih tinggi, yang mana mengalami masalah bermusim; manakala buah kering tiada masalah bermusim.

Q14: Berapakah botol Ener Al-Kurma boleh saya minum setiap hari?

J: Jika anda tidak mempunyai penyakit diabetes, boleh minum sebanyak 3 hingga 5 botol sehari.

Q15: Mengapakah Ener Al-Kurma begitu manis? Adakah ia telah ditambahkan dengan gula?

J: Kurma (buah-buah palma) mengandungi 75% gula secara semulajadi, di mana sebahagian besar adalah glukosa, mudah digunakan oleh tubuh badan, maka Ener Al-Kurma sangat manis. Al-Kumar tidak mengandungi tambahan gula.

RM226
WhatsApp/Call for best price : 0199958326
NADYAKAZMAN ENTREPRENEURSHIP VENTURES
IG : ByNadya.Kazman

Dr Spraycial

HASIL PEMBENTUKAN DUA RIBU TAHUN, MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN DR.SPRAYCIAL
PRIHATIN TERHADAP YANG TERSAYANG, SERAHKAN KEPADA PEMBASMI BAKTERIA DR.SPRAYCIAL, JAMINAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Satu perjalanan selama dua ribu tahun, empat ribu meter di bawah lautan dalam, mengumpulkan segala tenaga dan mineral dari lautan dalam.

Lautan dalam tidak terdapat bakteria, mikroorganisma dan sebagainya, adalah disebabkan kandungan mineralnya. Salah satu fungsi mineral yang sangat penting adalah mengekalkan dan menyelaraskan keseimbangan kandungan air di dalam sel, jikalau kandungan air dalam sel tidak seimbang, sel akan musnah atau mengecut, ini akan menyebabkan sel mati. Dengan penggunaan teori ini, kami telah berjaya menyelidik produk pembasmian bakteria yang paling semulajadi, paling selamat dan paling berkesan di dunia.

Dengan memekatkan bahan-bahan mineral seperti zink, mangan, besi, magnesium, tembaga, natrium, sulfur daripada lautan dalam, bukan sahaja dalam bentuk ionik, malah molekul kecil, kuasa penebusan yang tinggi, mudah memasuki ke dalam sel bakteria, dan akhirnya membasmikan bakteria.

Selepas Dr.Spraycial membasmikan bakteria, mineral berion dari Dr.Spraycial akan dilepaskan semula dan ia akan terus digunakan untuk menghasilkan proses pengoksidaan dengan bakteria lain, lalu membasmikan bakteria sekali lagi, dengan itu, proses pembasmian bakteria akan diulangi sehingga semua bakteria dibasmikan.

Boleh digunakan sama ada secara dalaman ataupun luaran. Boleh berulang kali menggunakannya tanpa mencuci bahagian luka dan mempunyai keupayaan yang ajaib di dalam proses perawatan.

Dr. Spraycial tidak mengandungi sisa toksik dan racun, tiada kesan sampingan, larut dalam air, 100% terurai, merupakan produk pembasmian bakteria yang paling semulajadi dan mesra alam.

Soalan Yang Sering Ditanya -Dr. Spraycial

Q1. Apakah perbezaan diantara Dr. Spraycial dan deodoran di dalam mengatasi masalah ketiak berbau?

J: Bahagian ketiak berbau adalah disebabkan bakteria membuang kotoran mereka apabila makan sisa-sisa buangan berminyak (peluh) yang keluar dari bahagian ketiak. Jikalau bakteria dibasmikan maka tiadalah bakteria bermakna tiadalah bau. Fungsi deodoran adalah menutup liang-liang bulu bahagian ketiak, apabila liang-liang ditutup, maka tidak ada peluh akan keluar, bakteria tidak dapat makan sisa-sisa tersebut dan tidak membuang kotoran. Tetapi bahagian ketiak adalah organ pembuangan toksin minyak yang penting, jikalau anda menutup liang-liang bulu, kemanakah toksin minyak ini akan dibuang? toksin ini akan kembali semula ke hati , ini akan menjejaskan fungsi hati dan bahagian ketiak yang ditutup boleh menyebabkan terbentuknya tumor kerana kotoran terkumpul di dalamnya.

Manakala, Dr. Spraycial menggunakan mineral yang dipekatkan daripada lautan dalam : Zink, mangan, besi, magnesium, tembaga, natrium, sulfur, bukan sahaja kecil, malah dalam bentuk ion. Ia mempunyai kuasa penembusan yang baik, boleh memasuki membran sel bakteria dengan mudah dan merosakkannya (Membran Sel). Dengan kerosakan membran sel, bakteria akan dibasmikan, maka tidak ada bau ketiak lagi.

Q2. Jikalau terminum Dr. Spraycial dalam kuantiti yang banyak, adakah ia akan membawa kesan yang tidak baik kepada pengguna?

J: Tidak perlu risau, ia tidak akan membawa kesan negatif kepada pengguna, ini adalah kerana bahan asas untuk penghasilan Dr. Spraycial adalah dari air lautan dalam, ia adalah semulajadi dan bersih, dan di dalam proses penghasilan Dr. Spraycial, tidak ada bahan-bahan lain ditambah kepada bahan asas, semuanya adalah air lautan dalam. Walaubagaimanapun, jikalau terminum dalam kuantiti yang banyak, minumlah lebih banyak air untuk mencairkannya.

Q3. Di mana Dr. Spraycial dihasilkan?

J: Bahan asas Dr. Spraycial iaitu air lautan dalam adalah diimport dari Pulau Izu Oshima, Jepun. Kemudian diproses di Amerika Syarikat, dimana 7 jenis mineral di ekstrak dan dipekatkan dan akhirnya dibotolkan di Malaysia.

Q4. Selepas menyembur, berapa lama Dr. Spraycial boleh bertahan dan bilakah ia perlu disembur lagi ?

J: Dr. Spraycial tidak akan hilang keupayaannya untuk membasmikan bakteria selagi anda tidak mencucinya dengan sabun dan membilas dengan air, ini adalah kerana mineral berion pada Dr. Spraycial tidak akan hilang walaupun telah membunuh bakteria, ia akan terus berada dan boleh membunuh bakteria yang lain. Anda perlu menyembur sekali lagi, selepas anda cuci dengan sabun dan bilas dengan air.

Q5. Apakah perbezaan Dr. Spraycial berbanding dengan produk-produk pembasmian bakteria yang ada di pasaran?

J: Bahan asas untuk penghasilan Dr. Spraycial adalah air lautan dalam, ia adalah semulajadi, bersih, tanpa bahan-bahan kimia. Oleh itu, Dr. Spraycial adalah 100% selamat untuk digunakan, walaupun secara dalaman dalam badan kita. Manakala produk pembasmian produk yang lain menggunakan alkohol, bahan-bahan buatan daripada petrol, bahan-bahan kimia sebagai bahan asas untuk penghasilannya, ia adalah beracun dan tidak boleh digunakan secara dalaman dalam badan kita.

Q6: Apakah bahan mentah bagi pengeluaran Dr.Spraycial?

J: Dr.Spraycial adalah dihasilkan dari air laut dalam.

Q7: Apakah fungsi-fungsi Dr.Spraycial?

J: Fungsi-fungsi Dr.Spraycial adalah untuk membasmi kuman, ia boleh digunakan pada bahagian tubuh dari kepala sampai ke hujung kaki yang mana terdapat jangkitan bakteria dan virus. Apabila Dr.Spraycial disembur pada patogen yang menyebabkan penyakit seperti fungus, kulat, virus tertentu dan bakteria, ia dapat membasmikannya dengan serta-merta.

Q8: Mengapakah Dr. Spraycial mempunyai fungsi membasmi kuman?

J: Ini disebabkan air laut dalam mengandungi kepekatan pengionan zink, mangan, besi, magnesium, kuprum, natrium, sulfur yang tinggi: mengawal nilai pH garam mineral yang boleh membasmi kuman. Garam mineral air laut dalam mempunyai daya perubahan tekanan osmotik, yang dapat memusnahkan sel-sel patogen, protoplasma bakteria dan nuklear protein dengan mudah. Pembasmian kuman adalah asas bagi garam mineral.

Q9: Adakah Dr.Spraycial mempunyai kesan sampingan?

J: Bahan mentah Dr.Spraycial diperolehi dari air laut dalam semulajadi yang asli dan tidak mempunyai kesan sampingan. Dr.Spraycial juga tidak ditambah bahan pengawet, alkohol dan bahan kimia yang lain.

Q10: Siapakah yang boleh menggunakan Dr.Spraycial?

A: Setiap golongan usia, ia boleh digunakan secara berterusan.

RM160
WhatsApp/Call for best price : 0199958326
NADYAKAZMAN ENTREPRENEURSHIP VENTURES
IG : ByNadya.Kazman

Ener369

KURNIAAN ALAM ... KECANGGIHAN TEKNOLOGI ... KELAHIRAN SIRI ENER !

Ener369 adalah hasil penyelidikan 7 orang pakar kesihatan, merupakan formula asas tumbuhan yang paling unggul.Ia mengandungi asid lemak yang amat penting untuk manusia, Ener369 mengandungi intipati dedak padi dan kulit manggis.

Intipati Ener369

90% minyak bran beras

10% Inti pati kulit manggis
Khasiat Ener369

Alpha Linolenic - Omega 3

Mencegah penyakit jantung dan saluran darah, seperti tekanan darah tinggi, angin ahmar dll

Menurunkan paras LDL, trigliserida, fungsi membersihkan darah kotor.

Melawan tumor, mencegah kanser payudara, kanser usus, kanser prostate.

Gamma Oryzanol - Sejenis anti oksidan semulajadi

Vitamin E - sejenis anti oksidan yang meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh dan penyebab kepada penyakit kronik

Phytosterol - Sejenis fiber tumbuhan semulajadi

Phospholipid - adalah sejenis lipid spesifik yang didapati secara eksklusif di dalam membran sel dan di dalam fraksi lipoprotein plasma .

Squalene - membekalkan oksigen yang cukup kepada sel, mencegah sel menjadi sel kanser jikalau sel tidak dapat bekalan oksigen yang cukup .

Linoleic Acid - Omega 6

Mencegah dan menghalang pembentukan tumor, terutama kanser payudara, kanser perut, kanser usus.

Menguatkan sistem imun, mencegah keaktifan sel kanser, meningkatkan keupayaan T dan NK sel .

Mencegah kencing manis, mengimbangkan kepekatan gula di dalam darah.

Oleic Acid - Omega 9

Xanthone - mempunyai kuasa anti oksidan sebanyak 17000. Anti-oksida yang 100 kali lebih berkuasa dari Vitamin A, C & E. Mempunyai kesan yang baik kepada anti kanser, anti bakteria, anti alahan dan sebagainya. Bidang Perubatan telah mengesahkan ia boleh menyelaraskan kesihatan usus, menguatkan sistem imun, mencegah penyakit jantung dan saluran darah, membantu sistem pernafasan.

Kebaikan Ener369

Ener369 vs Kanak-kanak

Ener369 merupakan khasiat yang sangat diperlukan oleh Otak, Mata dan Retina, Saraf Tunjang, pengambilan yang cukup akan membantu perkembangan pada kecerdasan,penglihatan dan sistem saraf kanak-kanak.

Ener 369 vs Ibubapa

Ener369 mengandungi bahan yang sangat penting untuk melembutkan, dan mengembangkan saluran darah, mengurangkan lemak tidak baik dan glikogen, menurunkan kepekatan darah, mencegah penyumbatan saluran darah, melindungi hati, menyelaraskan toksin yang boleh membahayakan hati.

Ener 369 vs wanita

Ener369 boleh membetulkan penghasilan hormon, membantu wanita yang mempunyai masalah haid dan putus haid. Mempunyai fungsi yang baik kepada kesihatan tulang dan mengurangkan jangkitan bakteria di dalam faraj disebabkan kekeringan.

Ener 369 VS Lelaki

Ener369 menolong merembes Prostaglandin, seterusnya menukar ke hormon seks yang diperlukan,memperbaiki masalah prostate dengan menyelaraskan hormon, ia boleh mencegah pengerasan dan ketuaan tisu, mengurangkan pembekuan darah, mencegah pembentukan saluran darah tersumbat, dengan itu dapat mengurangkan penyakit angiosklerosis arteri.

Ener 369 VS Kulit

Ener369 adalah pelindung cahaya semulajadi, boleh menghalang pancaran UV untuk mengancam kulit, terutama Omega 6 , Xanthone boleh membaiki kolagen dan serabut kenyal, mempercepatkan proses metabolisma sel, menghapuskan dan mencegah kulit dirosakkan oleh radikal bebas yang dihasilkan oleh cahaya UV.

Ener369 mempunyai bahan yang boleh menghalang melanin, mengurangkan radikal bebas di dalam badan, mempercepatkan pertumbuhan semula sel, memperbaiki peredaran darah, menambah kolegen,, mengurangkan garisan halus dan kedutan, mengurangkan pigmentasi, supaya mencapai kulit yang kelihatan berseri-seri dan cerah.

Faktor Pelaris Utama Ener369

Gamma-Oryzanol - 2 kali ganda berbanding dengan beras biasa (1516.68mg/100g).

Jenis padi yang luarbiasa : Hom Patum (dipilih daripada 25,000 jenis padi yang mempunyai zat khasiat yang paling tinggi) .

Teknologi penekanan dingin, ekstrak minyak bran beras paling berkhasiat.

Tanaman berorganik.

Teknologi paling tinggi, bergabung minyak bran padi dengan Xanthone, pertama di dunia.

Tiada bahan tambahan, pengawet, pewarna, bahan kimia dan lain-lain.
Cara pengambilan Ener369

1. Umur 12 tahun ke atas - satu hari 2 biji sekali, amalkan bersama dengan Enertri pada waktu pagi

2. Umur 12 tahun ke bawah - 1 biji dalam satu hari, amalkan bersama dengan Enertri pada waktu pagi
Notis Penting Pelanggan :

Ini adalah produk natural. Warna dan tekstur produk mungkin sedikit berbeza mengikut musim tetapi tidak menjejaskan ketulinan, kebekesanan atau kualiti produk.

RM369
0199958326 : WhatsApp/Call for best price.
NADYAKAZMAN ENTREPRENEURSHIP VENTURES
IG : ByNadya.Kazman

Enertri

KURNIAAN ALAM, KECANGGIHAN TEKNOLOGI, KELAHIRAN ENERTRI !

Sejak turun temurun, haiwan mengamalkan tabiat makanan yang sama, tidak pernah berubah, harimau makan daging, nyamuk menghisap darah, burung makan serangga, kambing dan lembu mengunyah rumput...

Akan tetapi, disebabkan sifat manusia yang terlalu berkeyakinan, mereka menggunakan lemak, gula, garam dengan nisbah yang tepat demi mengubah ciri makanan menjadi enak seperti ayam goreng, hamburger, aiskrim, minuman bergas dan sebagainya...

Ini telah mengakibatkan peningkatan obesiti, kanser, hipertensi, penyakit kardio vaskular serta penyakit lain.Sekarang sudah tiba masanya untuk kembali kepada cara pemakanan yang asli, mengamalkan tabiat pemakanan nenek moyang kita, iaitu beras dan jagung! Kerana ahli-ahli sains telah mengesahkan beras dan jagung adalah makanan yang paling sesuai untuk manusia.

Enertri, berasal dari dedak padi yang paling berharga, mengandungi 90% nutrisi yang diperlukan oleh badan, merupakan makanan semulajadi yang paling dikenali oleh manusia.

Enertri menggunakan bijian organik yang dipilih khas, ditanam di kawasan lembah yang paling subur di Thailand, diproses dengan kaedah "biokejuruteraan" terkini iaitu Hidrolisis Mekanikal untuk menghasilkan -Polisakarida Peptida, mengekalkan kesempurnaan dan keaslian struktur molekul biokimia, menghasilkan molekul khasiat yang lebih kecil daripada sel badan, dapat diserap dan digunakan oleh badan dalam masa 30 saat selepas makan.

Enertri mengandungi 17 jenis asid amino, termasuk semua jenis asid amino yang diperlukan oleh badan tetapi tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, dan terpaksa dibekalkan dari makanan. Ia juga kaya dengan bahan mineral dan vitamin.

Fungsi Utama Enertri

Mencegah Penyakit Jantung dan Darah

Mengurangkan terlalu banyak karbohidrat bertukar menjadi lemak; Melalui metabolisma lemak & asid lemak, menyingkirkan asid hempedu yang berlebihan supaya mengurangkan paras LDL.

Menpercepatkan proses metabolisma LDL, menyekat penggabungan kolesterol, menambahkan pembuangan LDL.

Mengubah LDL ke HDL.

Meringankan Penyakit Kencing Manis

Membekalkan 17 Jenis Asid Amino, Vitamin, Polisakarida, Bahan Galian kepada sel tubuh untuk membantu fungsi pemulihan.

kaya dengan Vitamin B1, berfungsi sebagai enzim perlu untuk penghasilan tenaga dan metabolisma karbohidrat. Apabila Vitamin B1 berkurangan, glukosa akan berubah menjadi asid piruvik, seterusnya bertukar menjadi asid laktik atau ethanol, di mana ia boleh merosakkan sel Hati, Buah Pinggang dan Pankreas, seterusnya menyebabkan penyakit jantung.

Kaya dengan Vitamin B6, mengurangkan Tryptophan bertukar menjadi Asid Urin Xanthine yang menyebabkan kerosakan sel pankreas, seterusnya membawa penyakit kencing manis.

Mengaktifkan dan memulihkan Sel Saraf

Polisakarida yang ada pada Enertri boleh membekalkan tenaga yang cukup dan pantas kepada otak.

Enertri mengandungi 17 jenis Acid Amino yang perlu untuk mengekalkan kesihatan sel saraf, meningkatkan daya ingatan dll.

Vitamin B adalah bahan aktif untuk kecerdasan otak,mencegah gangguan daya ingatan yang disebabkan oleh penyakit Alzheimer.Ia merupakan zat yang penting untuk mengekalkan sel saraf dan hormon berfungsi normal.
Kecantikan Kulit

Enertri melalui proses Hidrolisis menghasilkan Asid Amino yang berkualiti, merupakan Faktor Pelembab yang membolehkan kulit tegang, aktif dan tekstur.

Enertri boleh diserap ke dalam Dermis dengan pantas, mengaktifkan dan meningkatkan pertumbuhan fibroblast (Sel Ibu) dan Kolagen.

Mengandungi Vitamin B1,B3,B5 ,B6 dan Gamma-Oryzanol,mempunyai fungsi kelembapan, mencegah kekeringan dan penuaan dll.

Enertri sesuai untuk semua peringkat umur

Bayi dan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun:

Mengurangkan kejadian cirit-birit

Mengurangkan penyakit gastrousus

Menggalakkan pertumbuhan sel otak

Kanak-kanak berumur 6-13 tahun:

Membantu pertumbuhan otot dan tulang

Menggalakkan pertumbuhan sel otak

Mengawal rembesan hormon

Menguatkan sel paru-paru

Golongan orang muda

Mengurangkan sakit haid dan menggalakkan kitaran haid yang teratur

Kulit lebih licin dan terserlah

Lebih bertenaga dan fikiran yang cergas

Ciri-ciri organ jantina yang lebih matang

Golongan orang tua

Menggalakkan fungsi penghadaman (kuasa penyerapan dan perkumuhan)

Menguatkan daya ingatan

Mengurangkan masalah insomnia

Memperbaiki simptom menopaus

Mengurangkan osteoporosis

Golongan Pesakit

Meningkatkan daya ketahanan

Mempercepatkan masa pemulihan

Bertenaga

Q1:Apa itu Enertri?

J: Enertri merupakan makanan kesihatan semulajadi yang tidak pernah diubahsuai secara genetik. Ia tidak mengandungi bahan kimia, pengawet dan aditif. Ia mengandungi polisakarida peptide, iaitu nutrisi yang sangat berfungsi, dan diproses melalui bioteknologi yang tinggi secara hidrolisis untuk mengekstrakkan pati daripada bijirin dan tanamannya menjadi bentuk serbuk.

Q2:Apakah bahan kandungan? Di mana lokasi pengeluarannya?

J: Enertri berasal dari Thailand. Melalui proses hidrolisis yang berteknologi tinggi, 20 kg bahan mentah hanya dapat menghasilkan 10 gram pati-pati yang berkhasiat di mana ia lebih kecil berbanding sel-sel. Enertri dapat diserap dan digunakan oleh tubuh dalam masa 30 saat.

Produk ini mengandungi beras perang hidrolisis yang pendek, beras perang hidrolisis, jagung hidrolisis, soya hidrolisis, beta glukan dan spirulina hidrolisis.

Q3:Apakah bezanya dengan makanan kesihatan yang biasa?

J: (1) Enertri adalah menggunakan bijirin organik semulajadi yang jarang didapati di seluruh dunia, dan penanamannya berada di Lembah Siam.

(2) Enertri adalah menggunakan bahagian bijirin yang mengandungi zat-zat bernilai tinggi, iaitu bran bijirin, yang menggunakan teknologi khas untuk mengekstrakkan bran bijirin.

(3) Pembentukan polisakarida peptide melalui hidrolisis yang bertekanan tinggi secara mekanikal dapat menggantikan proses percernaan yang sangat kompleks dalam tubuh manusia. Selepas diminum, hanya memerlukan 30 saat untuk diserap didalam tubuh dengan sepenuhnya.

(4) Sesuai dengan jenis makanan yang diperlukan oleh manusia dalam piramid pemakanan yang disyorkan oleh (USDA) Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada tahun 2005.

Q4:Apakah fungsi Enertri terhadap saya?

J: Enertri dapat melengkapkan diet harian anda dengan memberikan nutrisi yang cukup untuk menguatkan sistem badan. Enertri dapat dikenalpasti sebagai makanan yang diperlukan untuk tubuh badan, meningkatkan pencernaan, penyerapan dan metabolisma. Situasi ini berguna untuk proses pemulihan sel dan mengekalkan kadar insulin yang normal, dan meningkatkan keseimbangan tubuh untuk mengelakkan peningkatan insulin dalam darah. Peningkatan insulin dalam darah merupakan faktor utama dalam berbagai jenis penyakit termasuk penyakit kencing manis, sakit jantung dan hipertensi.

Q5:Apakah kandungan Enertri yang dapat membantu mengatasi masalah seperti penyakit kencing manis atau masalah tekanan darah tinggi?

J: Enertri mengandungi 17 asid amino, termasuk asid amino perlu yang mesti diperolehi dari sumber luaran. Enertri juga mengandungi 14 garam mineral dan 8 vitamin. Ia boleh meningkatkan penyerapan glukosa dalam sel-sel dengan berkesan, dan membantu pemulihan sel-sel. Untuk mengelakkan terlalu banyak pertukaran gula menjadi lemak; melalui metabolisma lemak dan asid lemak, pengeluaran asid hempedu yang berlebihan (akhirnya menjadi kolesterol yang baik) dapat mengurangkan kolesterol yang kurang baik, untuk mencapai bantuan dan pencegahan penyakit kencing manis atau masalah hipertensi. Kesannya sangat jelas dengan secepatnya 3 minggu, atau lambatnya 6 minggu.

Q6:Adakah Enertri selamat dimakan? Adakah wujudnya kesan sampingan?

J: Enertri adalah makanan semulajadi, tanpa gula, bahan kimia, pewarna tiruan, perisa, tambahan atau pengawet. Tidak mempunyai kesan sampingan, dan terdapat banyak manfaat yang sememangnya sesuai bagi orang yang berpenyakit kronik atau orang yang sihat.

Q7: Bolehkah Enertri dimakan bersama ubat-ubatan?

J: Ya, anda boleh, kerana semua makanan kesihatan adalah semulajadi, tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan.

Q8:Adakah Enertri akan mengganggu ubat yang saya sedang gunakan?

J: Setakat ini, tiada laporan mengenai gangguan terhadap pengambilan ubat. Sebaliknya, jika Enertri digunakan bersama rawatan perubatan doktor, ia biasanya akan mempercepatkan tempoh pemulihan pesakit. Jadi, tidak menjadi masalah bagi mereka yang menggunakan ubat untuk mengawal penyakitnya sambil mengambil Enertri pada masa yang sama.

Q9: Adakah hanya perlu dimakan apabila terdapat masalah kesihatan?

J: Tidak benar. Enertri adalah hasil penyelidikan daripada sekumpulan doktor dari Amerika Syarikat dan Thailand, bertujuan untuk membekalkan produk nutrisi lengkap yang berfungsi bagi manusia sedunia. Oleh kerana dipasaran kini dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tidak berkhasiat (junk food) yang hampir menjadi sebagai makanan utama orang ramai. Namun, kandungan zat dari junk food hampir [sifar]. Salah satu kajian status nutrisi kanak-kanak, terdapat 73.2% kekurangan nutrisi. Enertri boleh memberi anda pemulihan kesihatan yang telah hilang atau yang akan hilang pada masa hadapan.

Q10: Kenapa didapati seolah-olah rasa sakit pada tulang / otot selepas saya makan beberapa hari, adakah perlu memperhentikan pengambilannya?

J: Sebenarnya tidak perlu berhenti dalam pengambilannya, ini adalah disebabkan oleh kesan yang baik dari produk Enertri yang memulihkan sel-sel badan anda yang rosak. Dalam tempoh beberapa hari kemudian, rasa sakit akan hilang dan memulihkan kesihatan anda.

Q11:Adakah ia membantu insomnia?

J: Enertri kaya dengan kumpulan vitamin B yang merupakan penggiat bagi otak manusia, khususnya vitamin B6 adalah lebih penting, ia dapat menukarkan protein menjadi zat yang amat diperlukan oleh otak - melatonin. Ia juga merupakan bahan yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi saraf dan hormon yang normal. Untuk meredakan tekanan pada sel-sel otak dan meningkatkan kualiti tidur.

Q12:Bolehkah ia sebagai makanan pengganti / menjadi kenyang?

J: Tidak boleh. Kerana komposisi Enertri sangat kecil, tidak perlu melalui proses pencernaan dan ia terus diserap oleh usus.

Q13:Adakah benarnya ia membawa fungsi pemutihan apabila digunakan pada muka?

J: Ya, Enertri kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, dan orizanol serta memiliki daya pelembaban, mencegah kulit kering dengan berkesan, melambatkan penuaan kulit, dan mengelakkan pigmentasi untuk mencapai kesan pemutihan.

Q14: Siapa yang boleh mengambil Enertri?

J: Enertri sesuai digunakan oleh sesiapa saja. Ia adalah semulajadi yang dikenalpasti boleh digunakan oleh tubuh badan. Ketika sel-sel manusia memperolehi zat makanan yang mencukupi, mereka boleh merangsangkan daya ketahanan badan untuk menentang penyakit. Maka, sekiranya anda ingin menambahkan kesan ubat atau menjaga kesihatan tubuh, anda boleh menggunakan Enertri sebagai suplemen dalam diet setiap hari.

Q15:Bolehkah bayi dan kanak-kanak mengambilnya?

J: Ya. Enertri sangat penting untuk bayi dan kanak-kanak. Sebab ia memberikan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu tumbesaran kanak-kanak dalam otot-otot, tulang-tulang, sel-sel otak dan sel-sel peparu.

Q16: Bagaimanakah cara penyediaan minuman Enertri?

J: Kaedah penyediaan adalah mudah, hanya menggunakan sebungkus Enertri (kira-kira 10 gram) ditambahkan ke dalam gelas yang mengandungi 150 ml air suam atau panas (60°C), mengaduk menjadi rata dan mengambilnya semasa ia masih panas. Elakkan guna air mendidih semasa penyediaan Enertri untuk mencegah kerosakan kadar nutrisi dalam Enertri. Selain itu, anda boleh mengikuti kesukaan anda, mencampurkan Enertri ke dalam kopi, teh atau minuman panas (60°C) dan makanan yang lain.

Q17: Bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil dan berapakah kuantitinya?

J: Disyorkan waktu yang terbaik pengambilannya adalah sebungkus pada waktu pagi dan malam, sebungkus sebelum sarapan dan sebungkus antara pukul 11 malam.

Q18: Berapa kali saya perlu mengambil Enertri dalam sehari?

J: Bagi orang sihat harus mengambil Enertri sebanyak dua kali sehari untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Bagi orang yang berpenyakit kronik pula, perlu mengambil Enertri sebanyak tiga kali sehari. Walaupun eksperimen telah membuktikan bahawa dua kali sehari adalah berkesan untuk kebanyakan orang, tetapi bagi orang yang berpenyakit kronik pula jumlah pengambilan yang disarankan adalah tiga kali sehari, kemungkinan akan mengalami ketidakselesaan akibat tindak balas detoksifikasi, jadi kuantiti harus bermula dari dua kali sehari, lalu meningkat menjadi tiga kali sehari secara perlahan-lahan.

Q19: Bagaimanakah saya perlu menyimpan Enertri?

J: Enertri harus disimpan di dalam peti sejuk atau disimpan di tempat teduh, kering dan suhu bilik.

Q20:Bagaimana Enertri berfungsi terhadap penyakit Alzheimer sedangkan sel otak tidak boleh membuat pertumbuhan sel yang baru?

J: Memang benar, kalau sel otak mati, sel baru tidak akan dapat tumbuh semula. Enertri berkesan untuk mengekalkan kesihatan sel saraf yang masih hidup, supaya sel otak tidak berada dalam keadaan yang serius, di mana bilangannya kurang di bawah fungsi normal otak. Oleh itu, kita selalu mengatakan "pencegahan adalah lebih penting daripada diubati" .

Q21:Selain daripada beras, bahan asas Enertri juga termasuk Soya dan Jagung, bahagian manakah dari soya dan jagung yang digunakan? Apakah manfaatnya?

J: Lapisan germa dari Soya dan Jagung digunakan untuk penghasilan Enertri. Kedua- dua bahan ini akan dicampur dengan bahan dari lapisan Aleuron beras sebelum masuk ke dalam proses hidrolisis mekanikal. Kedua-dua bahan membekalkan protein, vitamin B dan E, mineral dan nutrien phyto, di mana merupakan khasiat utama untuk mengekalkan dan membaiki kesihatan kita.

Q22: Apakah "Hidrolisis Mekanikal" di dalam Pemprosesan Enertri ?

J: Hidrolisis Mekanikal adalah satu proses mekanikal berteknologi Nano tercanggih yang dapat menggantikan proses PENGHADAMAN, PENYERAPAN, SISTESIS di dalam badan. Melalui proses ini, ia dapat menghasilkan molekul nutrisi berbentuk alfa di mana lebih kecil daripada sel. Dengan itu, kita dapat menyerap khasiat daripada Enertri dalam masa 20-30 saat sahaja selepas kita meminumnya, berbanding dengan makanan, kita hanya dapat menyerap khasiatnya selepas 8 jam kita selesai makan.

Q23: Saya mempunyai 2 pengguna Enertri, pertama adalah pesakit kencing manis baru, lebih kurang 2 tahun manakala seorang lagi pengguna telah menghidap penyakit kencing manis lebih daripada 30 tahun. Bagi pengguna pertama, beliau mengambil Enertri dalam 1 bulan sahaja, paras gula darah telah kembali normal tetapi kenapa pengguna kedua tidak dapat mengawal paras gulanya, Adakah kerana Enertri tidak sesuai dengan pesakit kencing manis yang melebihi 30 tahun?

J: Enertri amat sesuai untuk kedua-dua pesakit kencing manis ini. Untuk pesakit pertama, beliau baru menghidapinya, sel-sel organ pankreas yang menghasilkan hormon insulin baru sahaja dirosakkan. Oleh itu, untuk pemulihan sel-sel ini mestilah lebih cepat dan lebih mudah kerana bilangan sel-sel yang terpaksa diperbaiki atau diganti adalah kurang berbanding dengan pesakit kedua yang telah menghidapi kencing manis 30 tahun, sel-sel pankreas telah hilang fungsi selama 30 tahun, untuk memulihkan dan menggantikan sel-sel yang baru, beliau memerlukan lebih banyak khasiat dan masa yang digunakan mestilah lebih panjang, mungkin bertahun-tahun lamanya. Kita tidak perlu panik kerana proses pemulihan sel sebenarnya adalah jauh lebih panjang dari masa kita merosakkannya. Oleh itu, tempoh masa pemulihan kedua-dua pesakit berbeza adalah satu perkara yang normal.

Q24: Apabila saya mengamalkan Enertri, selera makan saya semakin bertambah, adakah ini kesan daripada mengamal Enertri?

J: Ini bukan kesan daripada mengamalkan Enertri. Anda merasakan selera makan semakin bertambah selepas mengamalkan Enertri kerana badan anda kekurangan khasiat yang diperlukan untuk berfungsi. Ini sebenarnya isyarat yang dikeluarkan oleh badan anda bahawa organ anda memerlukan khasiat dan membuktikan makanan yang anda makan sebelumnya tidak dapat membekalkan khasiat yang cukup kepada badan anda. Adakah makanan yang dimakan sebelumnya tidak berkhasiat atau sistem penghadaman dan penyerapan anda ada masalah? Anda mesti ketahui sebabnya sendiri. Tetapi, apabila anda mula mengamalkan Enertri, khasiat dari Enertri dibekalkan kepada organ-organ anda. Pada mulanya, memang khasiat dari Enertri tidak dapat dibekalkan kepada semua organ, dengan itu, organ-organ badan anda akan memberi isyarat kepada otak anda untuk makan lebih banyak lagi dengan harapan lebih banyak khasiat dapat dibekalkan. Oleh itu, selera makan anda bertambah. Sebenarnya anda tidak perlu makan kerana ini adalah isyarat lapar palsu yang dikeluarkan oleh badan anda.

RM488 sekotak
WhatsApp/Call for best price
0199958326
NADYAKAZMAN ENTREPRENEURSHIP VENTURES
IG : ByNadya.Kazman

EnerFiber

Musuh Kejelitaan

Ahli-ahli sains, pakar kecantikan, pakar pemakanan sedunia telah mengesahkan bahawa sebab yang paling utama keuzuran tubuh badan dan penuaan wajah adalah toksin usus telah memasuki ke dalam darah kita. Toksin usus ini dihasilkan oleh bakteria basilus kolon semasa penguraian makanan di dalam usus, ia merupakan musuh kejelitaan yang paling ditakuti. Pada masa kini, makanan fiber yang utama di Europa dan Japan, menggunakan fungsi semulajadi fiber yang mempunyai kuasa penyerapan toksin dan air yang tinggi untuk membantu tubuh badan kita menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badan, keadaan ini bukan sahaja dapat mengekalkan kebersihan usus kita, malah dapat menceriakan wajah rupa kita.

Ener Fiber merupakan satu produk makanan fiber inovasi yang dikaji selidik oleh sekumpulan pakar kecantikan dan pemakanan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan semulajadi seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran. Fiber dikenali sebagai "Khasiat yang ketujuh" , selain daripada air, vitamin, karbohidrat dan sebagainya, ia juga dikenali sebagai "tukang sapu hijau" oleh pakar pemakanan. Fungsinya boleh menyerap air dan kembang, keadaan ini dapat melembutkan sisa-sisa buangan menjadi lembut, dengan ini dapat melalui usus dengan cepat, dalam masa yang sama menggalakkan pergerakan usus, mengurangkan penyerapan bahan toksin, menyingkirkan toksin badan, memulihkan keadaan nafas berbau, akne dan jerawat, kulit kasar, pigmentasi dan masalah-masalah kulit yang lain serta menyihatkan tubuh badan!

Ener Fiber :

Soalan-soalan yang sering ditanya

1. Apa itu Ener Fiber ?

J: Ener Fiber adalah sejenis produk serat makanan.

2. Apakah itu serat makanan?

J: Serat makanan adalah salah satu unsur tumbuhan yang tidak mudah diserap oleh badan manusia secara langsung. Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis: serat larut air dan serat tidak larut air, yang terutamanya berasal daripada dinding sel tumbuhan. Serat makanan merupakan khasiat yang penting untuk kesihatan badan. Ia mengekalkan kesihatan sistem pencernaan di samping mencegah penyakit jantung dan darah, kanser, penyakit kencing manis dsb. Makanan harian yang mengandungi serat termasuk biji-bijian, bijirin, gandum, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi, makanan binatang (lembu, kambing, ikan, makanan laut dsb) tidak mempunyai serat makanan.

3. Apakah kepentingan serat dalam kesihatan?

J: Pengambilan serat yang mencukupi membantu memelihara kesihatan sistem pencernaan dan usus badan. Selain itu, serat juga dapat meningkatkan pergerakan peristalsis gastro usus dan mengelakkan masalah sembelit. Tambahan pula, ia memberi rasa kekenyangan. Justeru itu, ini membantu manusia mengurangkan kuantiti pengambilan makanan serta mengawal berat badan.

4. Siapakah yang memerlukan serat?

J: Setiap orang memerlukan kira-kira 20 - 35 gram serat setiap hari.

5. Bagaimanakah serat membantu mengekalkan sistem penghadaman?

J: Serat dapat meningkatkan peristalsis usus. Lendirin serat berupaya melincinkan usus dan menyingkirkan koprostasis. Selain itu, serat dapat membantu meningkatkan bilangan bakteria baik dalam usus supaya memelihara kesihatan sistem penghadaman.

6. Bagaimanakah serat menbantu mengawal berat badan?

J: Serat berupaya memanjangkan proses penghadaman makanan di dalam usus kecil dan memberi rasa kekenyangan. Dengan ini, seseorang akan mengurangkan pengambilan makanan. Selain daripada itu, tabiat makan yang seimbang serta senaman yang sederhana juga membantu dalam pengawalan berat badan.

7. Apakah intipati yang digunakan untuk menghasilkan Ener Fiber?

J: Ener Fiber menggunakan intipati yang 100% semula jadi daripada buah-buahan, sayuran dan bijirin. Bahannya adalah Serbuk Buah Kiwi, Serbuk Epal, Serbuk Jambu Batu, Oat, Guar Gum, Oligosakarida, Perasa Lemon Semulajadi, Wheat Grass, Barley Grass, Spirulina, Stevia dan Klorofil Alfafa.

8. Adakah Ener Fiber mengandungi bahan pengawet ?

J: Ener Fiber tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, bahan yang mengekalkan kesegaran produk ini adalah kulit lemon semulajadi.

9. Bagaimana cara mengambil Ener Fiber ?

J: Orang dewasa dicadangkan mengambil 1 - 3 paket sehari manakala kanak-kanak 1 – 2 paket. Campurkan 1 paket Ener Fiber ke dalam 200- 250 ml air, minum dengan segera selepas digoncang rata. Boleh diambil bila-bila masa sebelum atau selepas makan.

10. Apakah peringkat usia dan keadaan kesihatan yang sesuai untuk mengambil Ener Fiber?

J: Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas sehingga ke warga tua sesuai untuk mengambil Ener Fiber. Ia juga sesuai untuk sebarang keadaan kesihatan sama ada mereka yang sihat ataupun sakit.

11. Apakah perbezaan di antara Ener Fiber dengan produk serat di pasaran luar?

J: Di pasaran luar, produk serat kebanyakannya dihasilkan daripada perubatan cina (mengandungi duan senna, rubarb dsb), tumbuhan biji(sekam psilium, hempseed dsb) dan perubatan barat, yang mana teori bantuan pembuangan tersebut hanya berkesan sementara waktu sahaja. Ener Fiber mengandungi serat makanan yang dikenali sebagai " nutrisi ke-7". Ia boleh menambahkan saiz tinja, menggalakkan pergerakan usus, dan seterusnya menggalakkan pembuangan tinja. Ia dapat mengimbangkan pertumbuhan flora bakteria di dalam usus dan merangsangkan daya gerakan usus supaya tinja keluar dalam bentuk pisang. Serat makanan juga menggalakkan pembuangan lemak di dalam usus dan memberi bantuan yang baik kepada mereka yang mempunyai penyakit kelebihan nutrisi (obesiti, lemak darah tinggi dsb). Secara kesimpulannya, Ener Fiber merupakan produk serat makanan yang paling selamat dan berkesan di pasaran.

12. Apakah tujuan pengambilan Ener Fiber ?

J:

A. Boleh menggalakkan pembuangan sisa –sisa makanan dan toksin daripada usus.

B. Boleh menggalakkan penyahtoksikan toksin-toksin di dalam darah.

13. Apakah fungsi Ener Fiber ?

J:

A. Mengekalkan pembuangan yang normal.

B. Musuh kepada batu hempedu.

C. Mengimbangkan paras gula darah.

D. Meningkatkan sistem imun.

E. Mengurangkan kadar jangkitan kanser.

F. Mengawal berat badan, mengurangkan kolesetrol.

14. Bolehkah Ener Fiber menyebabkan ketidakselesaan selepas mengambilnya ?

J: Ener Fiber tidak akan menyebabkan keadaan ketidakselesaan selepas makan, ini adalah disebabkan fungsinya yang sederhana (mild), tidak menyebabkan kekejangan usus dan pembuangan tinja yang berbentuk cecair.

15. Adakah Ener Fiber sesuai diambil oleh golongan pesakit khas ?

J: Ener Fiber sesuai diambil oleh golongan pesakit khas seperti pesakit buasir, fisur dubur, mereka yang tidak dapat bangun, mereka yang menerima kimoterapi dan sebagainya.

16. Apakah bahayanya masalah sembelit ?

J: Tinja pada akhirnya akan berkumpul di bahagian usus besar. Fungsi usus besar adalah menyerap semula air daripada sisa-sisa makanan. Apabila air di dalam sisa-sisa makanan diserap berlebihan, tinja akan menjadi kering dan keras. Pada masa yang sama toksin-toksin di dalam tinja juga akan diserap ke dalam darah. Keadaan ini akan membebankan fungsi hati (sebagai organ penyahtoksikan). Keadaan ini yang menyebabkan perubahan patologi usus besar. Sebab inilah yang menambahkan kes jangkitan kanser usus besar tidak dapat diturunkan. Masalah pengumpulan tinja di usus dalam jangka masa panjang akhirnya akan menyebabkan penyakit yang menakutkan. Oleh itu kesihatan usus dan kelancaran pembuangan tinja haruslah dijadikan sebagai panduan penting untuk menjaga kesihatan kita.

RM268 sekotak
Whatsapp/Call for best price
0199958326
Nadyakazman Entrepreneurship Ventures
IG : byNadya.Kazman