Thursday, April 2, 2009

Rasionalnya Bisnes

Mengapa rasionalnya bisnes? Ini adalah kerana semua org tahu pasal bisnes.. Tapi adakah ramai yg faham mengenainya?.. Kalau semua faham dan rasional, ramai yg akan berniaga... Tak kira samaada mereka sedang bekerja makan gaji, jika faham mengenai bisnes, mesti seseorg itu akan menjalankan bisnes sekurang-kurangnya secara sambilan..
Seperti semua org tahu, 9/10 pendapatan itu dtgnya dari bisnes. 1/10 saja yg diperolehi oleh mereka jika makan gaji. Nabi Muhammad S.A.W juga menceburi dunia perniagaan. Mengapa seseorg itu tidak terlibat dalam bisnes. Antara sebab-sebabnya ialah, selsesa dgn pendapatan tetap dan tidak mahu menanggung risiko. Golongan ini adalah golongan pekerja dan bukan dari golongan jenis yang berniaga. Tapi, ini bukan bermakna, golongan ini tidak boleh mengecapi kehidupan mewah dan selesa. Cuma, mungkin ilmu dan pendedahan dalam dunia perniagaan tidak cukup.
Walaupun kita bekerja, ilmu juga penting dalam kita melaksanakan tugas harian kita. Ilmu yg kita dapat dalam institusi pengajian contohnya. Ada juga mereka yg mendapat ilmu setelah lama bekerja iaitu melalui pengalaman. Sesungguhnya pengalaman itu adalah cikgu yg terbaik. Ada juga mereka yang belajar atau mengikut jejak langkah mereka yang telah terbukti kejayaanya. Kalau kita ingin menjadi seorg mekanik yang berjaya contohnya .. mestilah kita menjejaki langkah seorg mekanik yg berjaya dan bukan kita merujuk pada seorg tukang masak, akauntan atau peguam.
Dua key features yang penting utk berjaya dalam dunia perniagaan ialah ilmu dan usaha. Kalau diikutkan, bukan dalam dunia bisnes saja kedua-dua key features ini penting, malah dalam semua bidang pun, betul tak? .. Contohnya untuk menjadi seorg penyanyi.. Ada terdapat banyak kelas2, saluran2 tertentu untuk menjadi seorg penyanyi yg suksess. Cumanya, adakah semuanya akan lahir sebagai penyanyi yg sukses?. Di Akademi Fantasia contoh yg saya rasa semua org tahu, akan ada lahir seorg bintang yg akan menyinar dan mewarnai dunia hiburan tanahair. Dan akan ada beberapa peserta lagi yg akan end up mencari rezeki dalam entertaintment biz. Dan akhir sekali, terdapat ramai yang gagal mencapai impian mereka jika dilihat dari mula audition. Beribu peserta mencuba nasib tapi tak semua yg berjaya. Mengapa?.. Setiap individu ada jawapan tersendiri utk persoalan ini mengikut persepsi masing2.
Jika dalam dunia pekerjaan juga, persaingan ini ada.. dan berapa ramai yang mengikuti jurusan undang2 tidak menjadi peguam yg suksess.
Tidak ada ketekunan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan juga adalah punca kegagalan dalam apa jua bidang yg diceburi. Quitting tidak akan dapat membuktikan apa2 kejayaan melainkan kegagalan.
Ada juga yg mengatakan bahawa bagaimana ingin menceburi dan berjaya dalam sesuatu bisnes ini sedangkan mereka yang berjaya adalah mereka yg lebih dahulu mempelopori dan memonopoli sesuatu bisnes itu. Ya! .. mmg benar, mereka yg berjaya, adalah mereka yang terlebih dahulu menceburinya dan yg telah lama menjalankannya. Sebagai contoh, jika kita membeli sebuah rumah sebagai hartanah kita dan smp pada satu masa, harganya telah naik dan kita menjualnya kepada pembeli yg berminat dan meraih keuntungan. Begitu juga yang dilakukan oleh pembeli dan seterusnya. Bill Gates juga adalah seorg pioneer dlm Microsoft dan sebagainya. Maka, mereka yang merebut peluang yg awal akan mendpt pulangan yg lebih dulu dari mereka yang melihat peluang itu dan pergi begitu sahaja.
Bagaimana untuk menceburi bidang bisnes? Bisnes apa? Ilmu, Modal, Pasaran adalah faktor2 yg perlu diambil kira dalam memulakan perniagaan.
Modal, antara satu faktor yg utama yg menghalang seseorg itu dalam memulakan perniagaan. Belum cukup modal, tidak mahu menambahkan beban dgn memohon pinjaman dan sebagainya. Ternyata, peluang yg dtg itu akan berlalu begitu sahaja.. atau, akan menangguhkan lagi seseorg itu utk terus berjaya. Ya, mmg pinjaman akan menjadi beban apabila kita tidak membayarnya. Seorg usahawan akan menganggap pinjaman itu adalah "Kemudahan" atau "Facilities" dan bukannya "Bebanan" . Tidak dinafikan ia boleh bertukar menjadi bebanan apabila kita gagal membayar pinjaman. Bagaimana seseorg itu boleh gagal dalam membayar pinjaman? Ini bermakna seseorg itu gagal merancang dalam pengurusan kewangan. Ini juga dikategorikan dalam kurang ilmu pengetahuan dalam pengurusan kewangan. Gagal merancang, merancang kegagalan.
Communication skill adalah satu elemen penting dalam setiap urusan di dalam kehidupan seharian tidak kira dalam bisnes mahupun pekerjaan. Bagaimana kita berkomunikasi dgn pelanggan atau rakan sekerja memberi kesan dalam menentukan kejayaan kita dalam apa jua bidang yg diceburi. Tidak ada apa bidang dlm dunia ini, yg mana, kita tidak berurusan dgn org lain. Mahu atau tidak, sikit atau banyak, mesti kita memerlukan kemahiran dalam berkomunikasi. Kemahiran ini juga boleh dituntut dan dipelajari dan harus dipraktikkan supaya kita dapat menguasai kemahiran dalam berkomunikasi.
Jika diuraikan lagi mengenai rasionalnya bisnes ini, mmg pangjang lebar ceritanya. Itulah sebabnya terdapat kursus pengurusan perniagaan yang mengambil masa ada yg sehingga 4 tahun untuk melengkapkannya sehingga mendapat segulung ijazah.
Mungkin ada yang bertanya, adakah dengan hanya merasionalkan diri tanpa mengikut apa2 kursus di Universiti kita boleh berjaya dalam perniagaan? jawapannya, Boleh!.. Positive things happen to positive thinkers. Ukur baju badan sendiri. Ada bisnes yg sesuai utk setiap org dan boleh berjaya sehingga keselesaan hidup dan dapat membantu mereka yg tersayang dan terdekat di sekeliling kita. Open ur minds... Timbulkan persoalan jika terdapat keraguan untuk menceburi bidang bisnes. Kerana tiap persoalan itu ada jawapannya dan ada rasional di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri. shemly@ymail.com