Tuesday, November 4, 2014

MH Sentral Hotel Sungai Siput

Salam,

Pada 30 Oct - 2 Nov yang lepas, saya bersama rakaniaga saya mengadakan event di MH Sentral Hotel Sungai Siput, Perak. Satu event seminar keusahawanan untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan.

Saya sungguh kagum dengan hotel ini yang terletak di Selatan Sungai Siput. Sebuah hotel yang berusia 2 tahun. Lengkap dengan fasiliti bilik seminar dan ballroom yang selesa. Bilik juga selesa dan bersih sangat berpatutan fengan harganya.

Di dalam hotel ini juga ada coffee house yang selesa, sedap dengan harga yang berpatutan sesuai dengan tagline coffee house haji ni iaitu, "makan di hotel, harga macam warung". Hidangan ala kampung yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Layanan pekerja2 hotel ini juga memuaskan hati kami sebagai pelanggan. Segala apa yang kami perlukan dilayan baik dan disediakan dengan cepat.

Saya memang mencadangkan kepada mereka yang ingin membuat apa-apa event di sini utk mendapatkan perkhidmatan yang baik pada harga yang berpatutan.

5 star saya berikan, syabas MH Sentral Hotel

Saturday, October 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kita adalah JUARA!!

Saban hari bila kita lihat disekeliling kita, satu kehidupan rutin yg senantiasa berulang dan berulang dan berulang dek sistem yg dicipta oleh manusia itu sendiri. Kita melaluinya dgn tanpa disedari sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan sifat semulajadi kita ke arah kehidupan seperti satu mesin atau robot.

Kita bukan mesin atau robot. Kita dikurniakan akal dan fikiran. Kita ciptaan yg terindah!!. Kita yg menentukan nasib kita. Kita yg menentukan hala tuju kita. Usah pernah jemu berangan. Namun, angan-angan tidak akan bertukar menjadi cita-cita. Cita-cita takkan bertukar menjadi kenyataan tanpa usaha di landasan yg betul.

Terdapat pelbagai landasan, laluan dan sebagainya yang betul hanya kita tidak lagi menemuinya. Masakan kita akan menemuinya jika kita tak pernah jemu mencarinya atau menciptanya. Mencipta jalan adalah yg paling baik dlm pencarian ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kerana dengan mencipta, tidak akan membataskan kemungkinan dan peluang yang ada.

Mampukah kita menciptanya? Mampukah kita melakukannya? Semua insan mempunyai peluang yang sama. Namun, jika dibatasi oleh ketakutan dan fikiran yang negatif, kita akan senantiasa berada di takuk yang lama.

Usah membuang masa lagi. Jom kita maju kehadapan kerana ragu-ragu dan was-was hanya akan melambatkan proses untuk kita sampai ke puncak. Selagi apa yang dijuangkan tidak melanggar batas kemanusiaan, undang-undang negara dan batas agama, teruskan walau berapa kali kita tersungkur kerana kita semua dilahirkan sebagai seorang JUARA!!

Sunday, September 21, 2014

Taktik terbaru perogol

Sampaikan.....

Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 orang lelaki , pada malam Rabu yg lepas, sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat.

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana mana wanita yang mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana perogol, boleh memperolehi/mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!

PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA,KOLEJ ATAU SEK0LAH SENDIRIAN. Jika anda terjumpa budak kecil sedang menangis atas jalan, yang memberi anda alamatnya dan meminta anda agar menghantarnya ke alamat tersebut. Sila bawanya ke balai polis. Tak kira apa yang anda mahu lakukan, JANGAN bawanya ke alamat yang diberikan. Ini adalah taktik baru untuk penjenayah merogol wanita. Sila sms kan pesanan ini kepada semua rakan anda agar mereka boleh memberi tahu maklumat ini kepada rakan2 mereka dan ahli keluarga mereka. Terima kasih. Dari ASP SUMAN KUMAR D9-Bukit Aman.

Friday, September 19, 2014

Never give up

Hari ini bagaikan memanggil untuk menyatakan perihal kemenangan. Pelbagai jenis kemenangan pasti tidak tercapai jika tiada perjuangan. Perjuangan pula bukan sekadar perjuangan yang sambil lewa. Jika perjuangan itu sambil lewa, maka kemenangan yang bakal diperolehi juga adalah kemenangan yang sambil lewa.

Kerap kali diingatkan diri sendiri dan ahli kumpulan untuk berjuang bermati-matian. Jika ada yang bertanya pada saya, "mengapa saya masih belum berjaya?". Saya akan lontarkan soalan ini pada mereka "kuat tak your fighting spirit sehingga pernah terlelap ketika berdiri?". Itulah gambarannya jika ditanyakan bagaimana rupanya berjuang bermati-matian.

Inilah perjalanan seorang juara yang ramai dikalangan kita mahu mengecapi kemenangan itu, namun, tidak sanggup untuk melaluinya. Jika dikategorikan dua jenis masalah individu dalam dunia ini iaitu masalah kekurangan wang dan masalah terlalu banyak wang, yang mana satu kita akan pilih? Jawapannya ada pada kita.

Selamat berjuang semua dan jom kita berjuang bersama-sama. Marilah menuju KEJAYAAN!

Nobody's PERFECT

Peringatan buat diri ku dan untuk semua .....

Satu kisah:
Suatu hari, aku bertanya kepada guruku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga walau satu pun..??"

Aku : "Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya, tapi saya tidak memetiknya, karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika saya sudah sampai di ujung, baru saya sedar bahawa yang saya lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan saya pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"

Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya kerana kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila terlalu sukar & sulit utk mengasihi, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan pula mengeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

��"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"

Thursday, September 18, 2014

Marah - HR Bukhari & Muslim

Suatu malam seekor ular menyelit  ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya magergajigergaji menyebabkan per.ut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Tuesday, September 9, 2014

Zaman Gila

'Zaman gila' jangan dijemput

Selasa, 9 September 2014 - 5:36AM
Oleh Dr Anwar Ridhwan

bhrencana@bh.com.my

Berdasarkan beberapa peristiwa kalut dan kusut kebelakangan ini, mungkinkah negara kita mula memasuki 'zaman gila'? Ungkapan ini kedengaran kasar, tetapi ungkapan ini jugalah yang telah digunakan oleh seorang pujangga Jawa bernama Ronggowarsito ketika memerikan 'zaman edan' di Indonesia pada abad ke-19.

Dalam Kamus Dewan edan disama-ertikan dengan gila, bukan kurang waras atau kurang siuman. Ia memang suatu situasi yang teruk. Dalam puisi Jawa atau tembang 12 bait Ronggowarsito yang diberi judul Serat Kalatida, ia menurunkan beberapa ciri zaman gila. Antaranya ialah semakin merosotnya nilai kehidupan, manusia tidak mengendahkan peraturan dan zaman yang penuh keragu-raguan.

Jika benar kita sedang memasuki 'zaman gila', ini adalah fasa awal malapetaka nasional kita. Ia bukan kemalangan atau kecelakaan kecil yang dialami individu, tetapi akan membabitkan banyak orang. Kalau malang dan celaka, atau 'geruh' menurut orang Utara Semenanjung hanya membabitkan individu, dulu-dulu dipulihkan dengan mandi tolak bala. Tetapi 'zaman gila' mendatangkan bala yang sangat besar.

Ciri pertama 'zaman gila' Ronggowarsito iaitu semakin merosotnya nilai kehidupan, dapat kita saksikan melalui beberapa peristiwa mutakhir ini. Antaranya ialah bagaimana aspek akhlak, moral serta budi pekerti mula dikesampingkan.

Bertindak biadab

Pengguna media sosial yang tidak mengendahkan nilai murni kehidupan, bertindak biadab secara terang-terangan menghina individu lain, atau budaya serta kepercayaan penganut agama lain. Perlakuan jenayah dan seksual disebarkan secara maya. Sebilangan ahli politik celupar sudah membelakangkan etika ketika membelasah musuh politik atau polisi yang tidak disenanginya.

Sebelum 'zaman gila' tidak ada pasangan pengantin baharu yang berpakaian separuh bogel, merayau-rayau di bandar memanifestasikan fasa baharu kehidupan mereka. Begitu juga belum pernah ada pesta rekreasi bogel-bogelan untuk jantan dan betina di pantai tanah air kita.

Ciri kedua 'zaman gila' Ronggowarsito iaitu manusia tidak mengendahkan peraturan, bukan sahaja terlihat pada contoh di atas. Ia terjadi di sekeliling kita sehari-hari, termasuk peristiwa yang dianggap 'biasa' seperti vandalisme yang merosakkan kemudahan awam, peraturan jalan raya tidak dipatuhi, dan iklan-iklan haram digantung dan ditampal sesuka hati.

Lebih serius daripada itu adalah tindakan tidak mengendahkan peraturan yang lebih tinggi berupa kontrak sosial, undang-undang dan Perlembagaan. Ini termasuk persoalan berterusan mengenai kedudukan agama Islam, Raja-raja Melayu dan hak Bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, cabaran terhadap kesatuan Persekutuan Malaysia dan sebagainya.

Terdapat juga demonstrasi yang dijana oleh emosi dan kepentingan tertentu penganjurnya, pada hal isu yang dibangkitkan telah jelas tertulis dalam Perlembagaan atau undang-undang tubuh sesebuah negeri.

Kehidupan bersosial

Namun apa yang lebih membimbangkan dalam 'zaman gila' adalah ciri ketiga, iaitu apabila kehidupan kita bersosial dan bernegara penuh dengan keragu-raguan. Ia membabitkan semua peristiwa dalam dua ciri di atas, apabila pemimpin dan penguasa dilihat lambat atau ragu-ragu untuk bertindak tegas secara menyeluruh dan telus.

Kalau pemimpin dan penguasa tidak ragu-ragu bertindak, kita dapat menghapuskan atau mengurangkan pelbagai salah laku yang melanggar etika dan undang-undang. Begitu juga kita tidak akan menghadapi isu lambakan jutaan pendatang asing yang mengancam budaya serta anggota masyarakat kita dengan perlakuan jenayah serta penyakit bawaan sebilangan mereka.

Apabila isu-isu itu tidak dapat diatasi, pada hal kita mempunyai pemimpin dan penguat kuasa, orang awam mungkin mempunyai persepsi bahawa gejala rasuah sedang berlaku apabila penerima rasuah perlu mendapatkan wang tambahan dalam 'zaman gila', dan pemberi rasuah bertindak oportunis dalam 'zaman gila' yang menolak hukum rasional akal, moral dan agama.

Senario politik

Lebih malang, kemelutnya ditambah oleh situasi politik. Perubahan senario politik tanah air selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan (PRU13) seolah-olah menyaksikan 'keyakinan baharu' di suatu pihak, yang dengannya mencabar pelbagai institusi dan pihak berkuasa.

Kita tidak mahu 'keyakinan baharu' ini akan menjadi api marak yang akan memusnahkan keharmonian masyarakat serta masa depan negara kita.

'Zaman gila' jangan dijemput. Tetapi jika ia sudah muncul di halaman rumah kita, sebagai rakyat wajar kembali rasional dalam serba-serbi tindakan. Lebih penting daripada itu pemimpin kita dan pihak berkuasa harus bertindak pantas, telus dan menyeluruh agar rakyat tidak berasa ragu-ragu dengan kuasa eksekutif mereka, serta yakin bahawa Malaysia akan bebas dari 'zaman gila'.

Penulis ialah Sasterawan Negara dan Pensyarah di Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

Sumber Berita Harian 10 September

Wednesday, September 3, 2014

Program Jaringan Usahawan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menjemput mereka yang ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan untuk bersama-sama dalam Program Jaringan Usahawan anjuran Galaxy Entrepreneur Network. Tidak kira kepada mereka yang telah menceburi bidang perniagaan, baru bermula atau baru berniat untuk memulakan perniagaan.

Antara faedah-faedah menceburi jaringan ini ialah :

1. Kolabrasi di antara usahawan yang untuk bekerjasama bagi meluaskan empayar perniagaan dalam bentuk teknikal, bahan mentah, tenaga kerja, logistik, fasiliti pejabat, mesin/jentera dan sebagainya.

2. Perpindahan teknologi dan maklumat melalui seminar, business preview atau proposal berskala kecil (<30 peserta) , sederhana (>100 peserta) atau besar (>1000 peserta)

3. Perkongsian modal & kepakaran teknikal perniagaan yang berdaya saing agar dapat meminimumkan kos, mengawal pengurusan risiko dengan efektif dan efisien serta memaksimumkan keuntungan.

4. Meluaskan kuasa pasaran dari segi batas geografi, kepelbagaian profil klien dan pengguna, perbezaan kaum, jantina, umur, agama dan sebagainya. Kuasa pasaran juga dapat diluaskan apabila jaringan dapat memenuhi kehendak setempat dari segi permintaan terhadap kepantasan perkhidmatan oleh faktor jarak.

Untuk keterangan lanjut, email ke shemly@ymail.com . Kami akan membalas email anda beserta borang permohonan.

Harap maklum & terima kasih.

Manager
Galaxy Entrepreneur Network

Jangan takut mulakan perniagaan

TIDAK dinafikan, ramai yang ingin wang tambahan dalam gaya hidup yang menekankan hari ini. Antara cara menjana pendapatan tambahan ialah memulakan perniagaan sambilan. Namun, ia tidak semudah yang disangka bagi mereka yang belum menjalankan perniagaan.

Sememangnya sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan. Tetapi masalahnya, sembilan daripada 10 perniagaan gagal. Kebanyakannya gagal pada tahun pertama saja. Hendak memulakan perniagaan memang mudah tetapi susahnya menjalankan perniagaan yang berjaya.

Ketika menjalankan seminar dan kursus perniagaan serata Malaysia, soalan yang sering ditanya, apakah perniagaan yang terbaik? Jawapan saya, “Apakah minat anda?”

Dalam memulakan perniagaan, sebaiknya ia mengikut minat, kebolehan atau kepakaran yang ada pada diri sendiri. Kebanyakan perniagaan yang gagal kerana menjalankan perniagaan yang tidak diminati. Selalu saya dengar usahawan mengadu selepas gagal berniaga baru sebulan dua kerana memulakan perniagaan sebab “ikut kawan”, “perlukan wang sangat” atau “saja nak cuba”.

Teringat saya 12 tahun lalu ketika saya mulakan perniagaan Internet saya yang pertama untuk menjana wang tambahan iaitu perkhidmatan mereka cipta. Selama setahun, saya cuma berjaya mendapat tiga orang pelanggan saja. Tiga pelanggan dalam masa setahun ternyata satu kegagalan juga tak pulang modal!

Tetapi walaupun gagal, saya tidak putus asa dan meneruskan juga perniagaan sebab saya amat berminat dalam bidang reka cipta. Ketika di sekolah agama dulu, jika ada pertandingan tulisan khat, pasti saya menang. Ketika di sekolah rendah dan menengah, saya sering jual hasil lukisan saya kepada kawan-kawan. Di ITM dan universiti pula, saya membuat kemeja-T dan kad raya untuk dijual sesama kawan. Minat dan bakat saya sememangnya dalam bidang reka cipta, justeru walaupun menjalankan perniagaan dengan hanya tiga pelanggan setahun, saya tetap melakukannya kerana minat, bukan kerana wang.

Apabila membaca kisah bilionair berjaya seperti Bill Gates, Steve Jobs, Oprah Winfrey dan Richard Branson, semuanya menjalankan perniagaan yang menurut minat dan kebolehan masing-masing. Jadi, bukan lagi rahsia minat menjadi kunci kejayaan perniagaan.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, tidak perlu lihat di tempat lain, tetapi lihat dalam diri sendiri. Apakah minat anda? Apakah kekuatan anda? Apakah kebolehan anda? Apakah latar belakang anda? Jawapan kepada soalan ini menjadi permulaan untuk menentukan jenis perniagaan terbaik untuk anda lakukan.

Apabila dalam keadaan memerlukan wang tambahan, pelbagai cara difikirkan, antaranya memulakan perniagaan sambilan. Jika dalam keadaan terdesak, sering kali emosi mengawal perasaan kita dalam menyertai program perniagaan, skim pelaburan dan macam-macam lagi peluang menjana pendapatan.

Fikir sebelum melaburkan apa saja wang yang kita ada kerana terlalu banyak peluang perniagaan, menjana pendapatan dan melabur yang hanya meleburkan duit kita. Fikirkan minat yang pertama dan wang kedua!

Memulakan Perniagaan Internet :

PERNIAGAAN Internet mempunyai pelbagai kelebihannya. Antaranya, kos memulakan perniagaan Internet rendah dan mudah dimulakan oleh sesiapa saja. Dengan gajet telefon pintar dan tablet yang sering digunakan hari ini, ia memudahkan perniagaan Internet dijalankan di mana saja pada bila-bila masa.

Selain itu, perniagaan Internet membolehkan kita mendapat pasaran yang lebih besar - bukan saja Malaysia tetapi global. Perniagaan Internet seperti perniagaan bukan Internet yang biasa kita lihat. Anda perlu mempunyai produk atau perkhidmatan untuk diniagakan. Mulakan dengan minat anda. Bidang apa yang anda minat, produk dan perkhidmatan dalam bidang itulah yang terbaik untuk anda niagakan.

Langkah kedua dalam perniagaan Internet memerlukan ‘kedai’ di Internet. Kedai di Internet pula zaman ini datang dalam pelbagai jenis. Mungkin ia laman web, blog atau Facebook. Dengan hanya mempunyai tempat di Internet untuk menjual seperti Facebook itu sendiri, ia sudah memadai untuk menjual produk atau perkhidmatan anda.

Langkah ketiga ialah promosi. Amat penting promosi dalam perniagaan Internet malah lebih banyak cara promosi yang diketahui, lagi hebat perniagaan Internet anda.

Dalam apa saja perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet, ilmu amat penting. Dalami ilmu perniagaan terlebih dulu sebelum memulakan apa saja perniagaan. Baca buku, layari Internet, hadiri kursus dan apa saja untuk menambahkan ilmu perniagaan di dada.

Irfan Khairi

Sumber :
Harian Metro
Majalah M

Thursday, June 12, 2014