Wednesday, May 7, 2008

LIFE


Life .. Hidup umpama roda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah .. Tidak ada siapa yg tahu apa yg menanti kita di hadapan .. Kita mampu merancang .. Apa yang berlaku di belakang, akan memberi kesan di masa hadapan .. Namun, apa yang berlaku di masa lampau, mengajar kita erti kehidupan. Itulah gunanya sejarah. Tapi, bukan untuk meratapnya, cuma, untuk di ambil sebagai pedoman di hari muka. Apa yang berlaku di masa lampau, tidak mungkin akan kita dapat kembali.. Yang berlalu tetap berlalu.. Dengan apa yang ada padamu sekarang. cherish the moment.. Sementara ada, hargainya, jangan abaikannya.. Selalunya kita akan menyedari apa yang ada pada kita hanya selepas kita kehilanganya..

Kesihatan contohnya.. tak ramai yang menyedarinya.. Sehinggalah kita jatuh sakit, dan pada ketika itu barulah kita menyedarinya. Cinta, semasa kita ada, kita mengabaikannya, setelah dia meninggalkan kita, baru kita terasa. Harta, langsung tak beringat ketika ada, dah habis, baru tenganga. Apa pun jua, di ketika ada, beringatlah.. Lawanlah nafsu peperangan yang terbesar sekali menewaskan segala peperangan yang ada di dunia. Kehidupan itu indah, beringat ketika hidup untuk bekalan semasa di sana. Jangan tunggu sehingga di akhir waktu.

Bekerjalah kita seolah-olah kita hidup selamanya dan beramal lah seolah-olah kita akan mati esok ....