Wednesday, October 29, 2008

Ibu ... Ibu ...


Mak, ibu, ummi, mama, mom dan sebagainya hanya panggilan dan memberi maksud yang satu ... Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu .. Jangan berde "chit" langsung bila mendapat arahan dari ibu .. Sayangi ibu, cintai ibu .. 9 bulan mengandungkan kita .. Membesarkan kita dari kecil sampai ke besar .. Lain orang lain ceritanya .. Biar apa pun ceritanya, dari mana kita datang sudah pastinya sama .. Dari ibu kita juga .. Tak mungkin kita tiba2 ada je di atas muka bumi yang fana ini .. Ibu adalah segala-galanya .. Tidak ada ibu yang mahu anaknya menderita .. Tidak ada ibu yang mahu anaknya sengsara.. Ibu bersedia berkorban apa sahaja .. Ibu tahu setiap karekter anak-anaknya ... Ibu rasakan kebahagiaan dan penderitaan anaknya .. Ibu mahu ada setiap masa bersama anaknya .. Ibu memang ada senantiasa bersama walau jauh di mata namun dekat di hatinya.. Bekerjalah, belajarlah, buatlah apa saja di dunia ini ... Pada ibu jangan dilupa .. Salam, dakap, cium ibumu dengan rasa kasih dan sayang .. Ibu mahu, ibu suka, ibu ceria, bila anaknya berada di sisi dan menyayangi dirinya .. Di saat suka di saat duka ... Yang penting di saat duka dan derita, percayalah tiada yang lebih mahu mendekati diri mu lebih daripada ibumu ... Di ketika teman menjauh, ibumu mendekatimu .. di ketika teman mendekatimu, jangan dilupa ibumu ... Pastikan ibumu berada dalam keadaan sihat sejahtera sebelum dirimu menjalani kehidupanmu .. Doa ibu itu senantiasa menemani mu ... Ibu senantiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahateraan anaknya dalam melalui liku-liku kehidupan .. Tiada kata yang dapat menggambarkan segala-galanya tentang ibu .... Hanya Tuhan sahaja yang tahu.... Oh! Ibu ....

Thursday, October 16, 2008

Tipu


Tipu ada banyak jenis tipu ... Asal nama tipu saja, ada yang tak dapat terima langsung .. Reject !! Tak mahu ada unsur penipuan dalam hidup.. Fikir2 kan .. selama kita hidup, pernah tak kita menipu?? Apakah niat kita di ketika kita pernah menipu itu? Masa tu, kita rasa tindakan kita betul ke? Tipu ni banyak dikaitkan dengan tidak ikhlas, tidak jujur dan sebagainya .. Menipu ini biasanya akhirnya berakhir dengan yang tertipu adalah diri sendiri dan ia menggalakkan lagi atau membawa kepada penipuan lagi di masa hadapan. Contohnya, apabila seseorang mengaku yang dia ini masih bujang, walhal, sudah berkahwin, maka, untuk mengekalkan fakta itu, setiap kali dia sebenarnya bersama isteri, dia akan senantiasa mencari alasan dan menipu yang dia bukan bersama isterinya.. Penipuan demi penipuan demi penipuan .... Satu2 penipuan itu tidak akan berakhir dengan begitu sahaja.. Lambat laun, jika seseorang itu tidak mampu lagi memberikan sebarang alasan baru, ia akan terbongkar jua. Mangsa yang paling kerap ditipu oleh si penipu ialah tak lain dan tak bukan, hanya lah dirinya sendiri ..

Tipu sunat? Ada ke istilah ni? .. Tipu ini banyak dikaitkan dengan "menjaga hati yang tersayang" .. Ia tetap satu penipuan.. Tapi, adakah ianya dibolehkan? .. "Truth hurts" kata omputih .. Memang kebenaran itu menyakitkan.. So, belajarlah menerima hakikat .. Walaubagaimanapun, bergantung kepada situasi.. Bergantung kepada niat masing2 .. Jangan sekali-kali menipu untuk kepentingan diri dan menghancurkan org lain .. Sebelum menipu, fikirkan, ada hati yang akan terluka tak, atau fikirkan jika anda ditipu pula bagaimana perasaannya.

Wednesday, October 15, 2008

Mari Belajar


Belajar... Belajar apa? .. Apa2 sahaja .. mengikut minat dan kecenderongan kita .. Kadang2, mengkut persekitaran kita .. Belajar juga ada banyak kaedahnya .. Yang pentingnya, kena ada guru ... Kalau tak de guru, nanti, takut sesat pulak .. Kalau sesat, merbahaya, boleh jadi gila .. Guru pula, ada macam2 jenis guru.. Biasanya guru ini mestilah seorg yang layak mengajar .. Siapakah guru yang layak mengajar? .. Guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang yang ingin kita pelajari. Jika tiada kelulusan pun, kita boleh lihat latar belakang beliau dalam kejayaannya dalam bidang yang diceburi. Contohnya, kalau dia tiada kelulusan dalam perniagaan pun, tiada ijazah dalam pengurusan perniagaan katakan, tapi, kalau dia ada perniagaan yang nyata berjaya, mesti beliau ada cara dan jalan yang boleh dipelajari untuk kita mencontohi kejayaannya ..


Self learning walaupun tiada guru tersuratnya, tapi, tersiratnya sebenarnya ada... Nama dia ialah En Pengalaman. :) . Setelah kita mempelajari sesuatu dalam buku atau secara pemerhatian, untuk kita mengaplikasikannya pula, kita mestilah mencuba.. Setelah mencuba, tidak semestinya kita akan berjaya.. Maka, dari situ, En Pengalaman akan datang mengajar kita untuk kita mencuba lagi di masa hadapan. Sedar tak sedar, berguru juga kita kan?.. Tapi kaedah self learning ini, memakan masa.. Apabila kita menghabiskan masa melakukan kesilapan demi kesilapan dahulu sebelum mencapai kejayaan. Tak salah untuk belajar sendiri tapi, apa salahnya kita belajar dari seseorang yang lebih dahulu melaluinya supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dilalui olehnya.. Orang kata, malu bertanya, sesat jalan. Kan?


Masa itu emas, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membeli masa sebenarnya. Belajarlah untuk memenuhi masa, supaya hidup ini dipenuhi dengan banyak perkara yang masih belum kita terokai. Kenali diri, kenali persekitaran, kenali keadaan semasa dan belajarlah. Jangan berhenti belajar, tak kira di mana, bila , tak kira usia, miskin atau kaya... Belajarlah..

Thursday, October 9, 2008

Suasana Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu.. Memberikan kenangan indah pada setiap insan di dunia. Semua insan yang beragama Islam menyambutnya dengan rasa kesyukuran. Di mana jua mereka berada. Seperti di tahun2 sebelumnya, berkemungkinan sambutannya sama.. Namun perasaannya berbeza.. Mungkin kerna pelbagai faktor yang berbeza pada setiap individu.. Faktor umur, ekonomi dan sebagainya...

Kalau dulu, 80an dulu, kanak2 pada mereka ada banyak benda yang memeriahkan.. Bunga api, mercun, duit raya, balik kampung ... Meriahlah .. Tp, x bermakna sekarang tak meriah.. meriah jugak .. cuma lain caranya .. Aku pernah menjadi perantau .. dan merindukan Raya sebagai seorang perantau .. tapi, bukannya tak balik raya di perantauan.. Just, time balik raya tu, best jer .. Naik bas.. kat stesen bas tu satu hal.. semua satu tujuan.. Balik beraya.. Aku dulu balik sorang2.. lagi perasaan tu syahdu jer .. Dengan lagu Raya dalam bas nya .. fuhh .. syahdu + best lar ..


Bila sampai di kampung, berbuka bersama keluarga pulak .. Yang slalunya kita berbuka kat kedai nih .. Tetiba, rasa pulak berbuka di kampung... mm .. masa zaman aku dulu .. ada siri TV yang pasti ada di bulan puasa.. Siri "Rumah Kedai" ... :) .. Duduk lar tengok siri tu sampai dekat nak buka puasa .. Dekat nak hujung2 bulan puasa tu, dah start dah gi shopping raya .. Makk aiii .. Punya lar ramai orang ... Berlaga bahu lar kalau shopping tu .. Shoppingnya dari hujung rambut, sampai lar ke hujung kaki .. Serba baru .. Tapi, ingatlah .. tak semua yang mampu .. Ada yang ala kadar saja .. Aku bersyukurlah sebab aku tergolonglah dalam keluarga yang mampu .. Walaumcmmanapun, Raya nie, tak kira tua atau muda, miskin atau kaya.. Semua sambut dgn meriah .. kan? ... :)


Di pagi raya .. Kita menunaikan Solat Aidilfitri .. Sekali dalam setahun .. Time tu, bila takbir bergema tu .. Ada satu feeling yang susah nak describe .. Aku rasa, bukan aku saja kot.. Ramai yang akan terasa .. Yang pastinya, feeling tu, tak de dalam hari2 lain.. Balik dari masjid, bersalam-salaman bermaafan dengan keluarga dan sanak saudara .. Dan selepas tu, kunjung mengunjung di antara satu sama lain .. Memang rutin hari Raya setiap tahun cuma, disambut dengan perasaan yang berbeza setelah umur meningkat tua ... :) ...


Zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya tua ... 4 stage perasaan berbeza meraikan Aidilfitri ... Apa2 pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua ... :)

Tuesday, October 7, 2008

Politikus.. Kerja lah ..

Saban hari berita mengenai politik negara mewarnai akhbar tempatan dan di TV. OKlah tu.. tapi, berita yang mengisarkan tentang apa tu? .. Kerja yang mereka lakukan? Atau .. Apa? .. Anda rasa apa? .. Aku tak tau lah .. tapi apa yang aku paham , Kuasa... Kuasa... Kuasa ... Hak.. Hak ... Hak ... Dia salah... Aku betul ... Dia kaya .. Aku tak berapa nak kaya ... Kami? ... Macam mana? .. Mungkin aku jahil mengenai senario politik tempatan .. Tapi, aku rakyat ... Aku mengundi baru2 ni untuk memilih dan menjalankan tanggungjawap ku .. Itu aku buat .. Tapi lepas tu? .. Kenapa kesannya sebegini? .. Sebegini? Seperti yang masing2 rasalah .. Tak kira dalam apa jua bentuk sekalipun ...
Buatlah kerja .. Rakyat bekerja .. nak cari rezki .. Pemimpin pun bekerja .. Untuk rakyat .. So, kerjalah .. Jangan buang masa ... Buktikan sesuatu dalam bentuk output yang diingini oleh rakyat .. Output yang boleh dilihat, dinikmati .. didengari pun jadilah kalau tak dikecapi pun .. Kerja lah .. dah tak de masa dah nie ... masa itu emas .. Berjalan je masa tu tak menunggu pun .. Umur semakin meningkat .. Sekali lagi .. Kerja lah .. Bagi la rakyat dengar yang indah2 jer .. Kalau nak kan tempat yang teratas yang paling mungkin, kan ada masanya .. Bukan setiap hari nak berebut .. Bila nak bekerja?.. Kalau asyik meminta, bila pulak nak memberi? .. Kalau asyik nak salah menyalahi, siapa pulak yang betul? .. Kita semua manusia .. Semua makan nasi .. Semuanya orang jugak .. Hormat menghormati lah .. Sesama sendiri .. Satu kaum tu tak kan maju kalau kaum itu sendiri yang mengubahnya ... Kerja Lah .. Kerja ...

Monday, October 6, 2008

Money, Wang dan Duit.


Ramai orang mencari wang .. Adakah wang segala-galanya? Bagi sesetengah org, sampai rasa tak boleh nak hidup kalau tak de wang .. Ada yang senang sangat cari duit dan senang jugak menghabiskannya. Namun, wang hanya sebagai tanda, sebagai lambang dan bukan segala-galanya bagi aku. Kepada mereka yang mempunyai wang yang banyak, rasa berkuasa dan rasa boleh membeli apa sahaja. Dapatkah dia membeli kebahagiaan?. Kata-kata itu, memang selalu kita dengar.. Bolehke beli kebahagiaan?.. Ada yang kata, "Bolehhh...! Zaman sekarang nie, kebahagiaan pun boleh dibeli dengan wang" . Hmm .. Entah lah.. Itu terletak pada masing2..
Uruskanlah kewangan anda dengan betul. Pernah dengar "money makes money?" atau "Yang kaya akan semakin kaya?". Semua ini bermula dengan pendidikan. Cara pengurusan wang. Biar RM1k, biar RM2K atau biar RM600 sebulan sekalipun gaji, yang semestinya, kita mahukan kesenangan kalau tidak kekayaan pun. Kesenangan dari segi fikiran... Senang nak makan, senang nak beli pakaian, senang nak ke sana nak ke sini, senang nak menyara kehidupan seharian. Orang kata lagi " Ukur baju badan sendiri".. Dah kalau gaji RM2K hidupnya macam seorang yang gaji RM3K ... Senang ke dia?..
Macam mana nak tau seseorang itu, nak hidup mengikut kesesuaian pendapatan masing2? Kalau ikutkan buku, ikut kan teori, kalau nak menyimpan tu, 1/3 dari gaji bang oii ... erm .. kalau gaji RM2k tu, dekat2 RM600 lebih lah jugak untuk menyimpan. Maknanya, dah tinggal balance RM 1400. So, hiduplah dengan duit RM1400 selama sebulan.... Tak ramai yang boleh buat bang ... :) Tu la pasal, semua orang tau, peperangan paling besar dalam dunia ni ialah "Peperangan Nafsu" kalau dapat menang peperangan ni, maknanya , tak de la masalah kewangan dalam hidup ni. Betul tak?
Ada banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang wang dan duit ni... Kalau nak diikutkan, memang panjang berjela.. Namun, wang bukanlah segalanya, terletak pada kita untuk mengawalnya. Jangan kita dikawal olehnya pulak. Kita yang menentukan perjalanan hidup kita sendiri.....................

Tuesday, September 23, 2008

Belum milikmu lagi ..



Semua mengalami pengalaman cinta .. Dan ada yang tidak mahu langsung berbicara mengenainya .. Mungkinkah kerana pengalaman yang dilalui, atau takut melaluinya terletak pada masing2 .. Apa yang pasti, manusia sinonim dengan perasaan cinta ... Cinta pada Ilahi, cinta sesama manusia, cinta pada negara ... "Belum milikmu lagi" memfokuskan cinta sesama manusia ..


Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita.. Saling lengkap dan melengkapi antara satu sama lain.. Tapi, sedang kita bercinta, sebelum termeterainya talian pernikahan, adakan pasti si dia itu milikmu?... Ada yang menggambarkan sesuatu tanda itu memaksudkan dia milikmu .. Tak kira apa tandanya yang anda lihat.. Anda sendiri yang mendefinisikannya .. Tak kira berapa meyakinkan gambaran itu.. Itu tetap hanya sebagai satu gambaran dan tidak lebih dari itu .. Anda sendiri yang mahukan ianya terbukti bahawa dia milikmu .. Anda tidak boleh memaksa org lain mempercayainya .. Kerana pada mata org lain, mungkin berbeda .. Pada mata insan lain ada yang bersetuju, dan ada juga menyangkal .. Ada yang bersetuju kerana mungkin ianya betul dan ada yang hanya sekadar menjaga hati ... Begitulah sebaliknya bagi mereka yang menyangkal ..


Banyak yang berlaku disekelilingku dan juga pada diriku sendiri .. Pengamatan ku sendiri menggambarkan yang seperti ku nyatakan dari awal lagi .. Belum, belum dan tetap belum milikmu selagi belum termeterai talian pernikahan .. Ini perlu disematkan ke dalam fikiran insan2 yang bercinta kerana ia akan menenangkan fikiran di setiap saat dan di setiap detik . Tak bermakna mereka yang bercinta kini bolehlah mencari cari dan merisik-risik org baru selain dari dia, cuma, jangan terlalu berharap .. dan bercintalah secukup rasa.. Bukan bulan bintang menjadi saksi dan bukan lautanm api ku redahi ... Kan? ..


Harapan yang tinggi menggunung... ? Sakit kan? kalau jatuh? .. Bukan diminta jatuh dalam bercinta .. cuma, perlulah bersedia dalam setiap sudut .. Cover all angle omputih kata .. :) .. Kalau gol jugak, tiada jodoh .. dan Life Goes On ... ada sesuatu yang lebih baik menanti anda di harapan .. Kalau murung, masa berlalu sia-sia .. Masa yang sepatutnya diisi dengan benda2 yang boleh membuatkan anda berada di tempat yang lebih baik dari semalam .. Dia sudah menjadi bukan milikmu .. Apa yang dilalui bersama itu hanya kenangan pahit manis dilalui bersama.. Jika sudah tidak bersama, masing2 dah menjadi cerita yang berbeza ..


Satu tips yang agak berguna yang digunapakai olehku sekarang nie .. Anggaplah dia milikmu semasa dia di depan mu atau semasa dia denganmu agar dapat kamu dapat melayan dirinya seperti puteri yang ditatang bagai minyak yang penuh , cherish the moment .. Tapi, apa saja boleh berlaku semasa dia di belakangmu.. Dan bersedia dengan segala kemungkinan.. Tips ini sesuai bagi mereka yang sangat merasakan keserasian di antara mereka dan jarang2 sekali berselisih faham .. Itu lah sebabnya org tua kata, jangan tak de gaduh langsung dalam satu perhubungan tu .. Pelik sangat .. Perfect sangat .. Mustahil .. Kalau si dia begitu senang dengan mu .. Dia juga begitu senang sekali blend dengan sesiapa saja ... Aaaaaaa ... Fikirkan ..

Wednesday, September 10, 2008

Sampah Masyarakat Atau Penyakit?

Sampah Masyarakat Atau Penyakit? ermm.. itu bergantung kepada definisi masing2 ... Jika seseorang individu itu melihat suatu kelompok itu sebagai sampah, maka sampah lah di mata mereka.. kepada yang menanggungnya, mungkin sebagai satu alasan yang sesuai ialah penyakit .. tapi, penyakit yang dicari sendiri .. bukan dipaksa atau terpaksa .. Dengan kerelaan hati .. Untuk yang terlibat, maka melarikan diri or "escape" amatlah perit .. pedih dan sukar .. berjuta kali lebih sukar dari menjerumuskan diri ke dalamnya ... Tidak semua yang merasakannya .. kepada yang berani mencuba, mungkin dah dapat merasakan kesannya .. Apakah berbaloi mencuba? Tidak .. percayalah .. tidak .. Perkara ini bukan satu pengalaman yang dicari .. Biar apa kata org .. Biar mcm mana sekalipun pujuk rayu yang datang ... Elak lah ... Sekali terjerumus... Menyesal seumur hidup ...

Pernah berlaku pada seorang rakan yang menceritakan pengalaman beliau .. Pengaruh rakan katanya .. Bagaimana dengan pendirian kita sendiri? Tiada? ... Masing2 ada akal masing2 ... Fikir yang mana baik dan yang mana buruk .. so, nak yang baik ke, nak yang buruk? .. Pelbagai cara dah dibuat nak mengelak .. Tapi, tak berjaya ... Seperti ada satu bisikan ... Bisikan syaitan ke? .. pelik nie .. ermm ... "Bergantung pada kau lah kalau kau nak percaya atau tak... Macam ada bisikan..." .. Takut aku mendengarnya .... Apabila apa percubaan yang telah dilakukannya.. Dia menjawap... Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan ... Reminder, mengsibukkan diri .. dan sebagainya ... Saya tanya lagi... " Bagaimana dengan solat?... Jaga solat tak? .. " .. Beliau menjawap.. " Dah cuba dah ... " Ada yang tak kena ni... Ada yang tak kena pada perlaksanaan solatnya .. Pastinya tidak sempurna .. Itu bukan kita yang menentukan .. sempurna atau tak.. diterima atau tak .. Namun.. ujian akan semakin kuat datang kalau semakin kuat kita mencuba untuk "Kembali" ...

Bila didengar ceritanya .. Memang sakit .. dan memang boleh dikategorikan sebagai penyakit .. Ubatnya ada .. tapi, bergantung kepada pesakit itu sendiri ... Jika tidak, tak mujarab .. amal la ubat apa pun ... Sendiri dulu ....

Apa kata anda?



Wednesday, May 7, 2008

LIFE


Life .. Hidup umpama roda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah .. Tidak ada siapa yg tahu apa yg menanti kita di hadapan .. Kita mampu merancang .. Apa yang berlaku di belakang, akan memberi kesan di masa hadapan .. Namun, apa yang berlaku di masa lampau, mengajar kita erti kehidupan. Itulah gunanya sejarah. Tapi, bukan untuk meratapnya, cuma, untuk di ambil sebagai pedoman di hari muka. Apa yang berlaku di masa lampau, tidak mungkin akan kita dapat kembali.. Yang berlalu tetap berlalu.. Dengan apa yang ada padamu sekarang. cherish the moment.. Sementara ada, hargainya, jangan abaikannya.. Selalunya kita akan menyedari apa yang ada pada kita hanya selepas kita kehilanganya..

Kesihatan contohnya.. tak ramai yang menyedarinya.. Sehinggalah kita jatuh sakit, dan pada ketika itu barulah kita menyedarinya. Cinta, semasa kita ada, kita mengabaikannya, setelah dia meninggalkan kita, baru kita terasa. Harta, langsung tak beringat ketika ada, dah habis, baru tenganga. Apa pun jua, di ketika ada, beringatlah.. Lawanlah nafsu peperangan yang terbesar sekali menewaskan segala peperangan yang ada di dunia. Kehidupan itu indah, beringat ketika hidup untuk bekalan semasa di sana. Jangan tunggu sehingga di akhir waktu.

Bekerjalah kita seolah-olah kita hidup selamanya dan beramal lah seolah-olah kita akan mati esok ....

Thursday, April 10, 2008

Ini bukan demokrasi kita - SMH

Ini bukan demokrasi kita .... Kesengsaraan dan kesedihan melanda di tempat orang .. Bersyukurlah kita berada di MALAYSIA yang tercinta.....