Tuesday, August 30, 2011

Hormat Menghormati

Apa perbezaan hormat dan takut? Di kebanyakan organisasi atau institusi atau mana-mana badan tak kira kerajaan atau swasta, pasti kan ada insan yang mengepalai sesuatu badan itu. Tentang isu hormat menghormati ini kita menjurus kepada satu komuniti itu yang mempunyai dua golongan status perkahwinan iaitu, bujang dan berkahwin dahulu.

Isunya di sini ialah, tentang tanggungjawap di dalam melaksanakan satu tugas itu. Pada sesuatu ketika, akan ada mereka yang menyerahkan kepada orang lain hanya kerana tidak dapat menyelesaikan tugas itu atas alasan ada urusan keluarga. Maka si penerima tugas yang sepatutnya bukan diberikan pada beliau pada awalnya terpaksa menerima tugas tersebut kerana masih bujang dan tiada komitmen keluarga. Faktor menghormati mereka yang sudah berkeluarga atau lebih tua juga membuatkan si bujang menerima dalam keadaan paksa rela. Adilkah ini?. 

Tidak dinafikan, memang lebih banyak alasan dari mereka yang berumahtangga untuk mendapat pelepasan, cumanya, kadang-kadang, alasan yang sama digunakan apabila malas melanda. Bila penyakit malas melanda, maka, tak dapat dibezakan dah alasan yang mana yang asli  dan yang mana tiruan.

Walaupun bujang, si bujang ada ibu, bapa, abang, kakak dan adik (jika bukan yatim piatu la) yang mana perlukan juga perhatian si bujang. Apa keluarga si bujang boleh dikemudiankan?
Hormat menghormati tidak mengenal erti tua atau muda, miskin atau kaya, lelaki ataupun perempuan. Kita haruslah hormat menghormati di antara sesama insan. Emosi marah yang melanda apabila terasa tidak dapat penghormatan dari insan lain akan hanya mengundang ketidakhormatan kepada si pemarah yang jika diteruskan, mampu menghilangkan rasa hormat sama sekali dengan si pemarah.

Rasa hormat adalah kuasa yang paling sukar diperolehi dan boleh hilang dalam sekelip mata. Untuk mendapatkan rasa hormat setelah ianya tercalar nyata memakan masa. Elemen-elemen jujur, ikhlas, bertanggungjawap, toleransi dan sebagainya, adalah kunci untuk menaiktaraf lagi peringkat atau tahap hormat seseorang kepada seseorang yang lain. Bunyi macam senang kan? Memang senang kalau tiada rasa dengki, iri hati dan benci di dalam hati.

80% dari penduduk dunia dahagakan pujian dalam erti kata lain, mendapat penghormatan dari insan lain. Dalam dunia ini, kita seringkali berurusan dengan satu sama lain dengan cara berkomunikasi tak kira sama ada dengan cara literal atau verbal. Peratus keberjayaan sesuatu urusan itu selepas sessi berkomunikasi berlaku akan lebih bermakna dan menguntungkan kedua-dua belah pihak apabila pujian dan rasa hormat itu tersulam di dalam komunikasi semasa berurusan. Rugi ke kalau tak buat? Luakkah duit dalam bank kita apabila kita berkomunikasi sesama insan dalam rasa penuh keharmonian dan tanpa unsur-unsur kasta dalam organisasi.

Akurasi atau ketepatan maklumat dalam berkomunikasi tanpa rasa hormat menghormati akan meleset dan tidak tercapai matlamatnya. Pendek kata, kegagalan dalam berkomunikasi. Kecenderungan orang untuk menipu dalam menyampaikan maklumat akan lebih ketara hanya kerana untuk menamatkan sessi berurusan dengan segera kerana tidak selesa dalam komunikasi. Hah! ini barulah pembaziran berlaku dari segi masa dan wang apabila matlamat tidak tercapai.

Jom kita saling hormat menghormati sesama insan dan bukannya takut sesama insan kerana hormat menghormati mampu meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita. :)

Tambah Pendapatan, Buat Simpanan dan Kekalkan Gaya Hidup

"Tambah Pendapatan, Buat Simpanan dan Kekalkan Gaya Hidup" .. Apa maksudnya nih? .. Bermula dengan "Tambah Pendapatan" dulu. Adakah tambah pendapatan ini hanya terhad kepada Overtime (OT) selepas waktu kerja sahaja?. Efektif tapi, tak efisien tindakan itu. Efektif, kerana, di hujung bulan, gaji kita lebih dari sepatutnya selepas melakukan OT. Tak efisien, kerana, masa yang di luangkan tidak berbaloi dengan pendapatan yang diterima. Dalam masa lebih kurang 4 jam yang diluangkan untuk melakukan OT, sepatutnya lebih efektif dan efisien lagi kalau kita menjalankan perniagaan. Dengan effort yang sama, masa yang sama diluangkan tapi, pendapatan yang lebih.
Perniagaan apa? Ada bermacam-macam jenis perniagaan yang boleh dijalankan secara separuh masa yang boleh kita ceburi. Tanya rakan-rakan anda yang menjalankan perniagaan secara sampingan. Pilih yang sesuai dengan diri, yang sah dari segi undang-undang dan halal. Asal tidak menipu sudah. Untuk memastikan ianya sesuai, tepuk dada, tanya selera. Untuk memastikan ianya sah dari segi undang-undang, rujuk badan-badan kerajaan yang memantau aktiviti perniagaan di negara kita ini. Kita ada SSM, KPDNKK dan sebagainya. Untuk memastikan ianya halal, kita boleh rujuk dengan JAKIM dan sebagainya.
"Buat Simpanan", sudah biasa kita dengar. Tapi, bagaimana membuat satu simpanan yang baik. Kita ada bank, ASB, emas dan sebagainya. Bukan buat pinjaman dan simpan. Tanyalah sesiapa yang berjaya dalam bidang perniagaan mana-mana pun, mereka akan buat simpanan dengan duit sendiri dan bukannya pinjaman. Pinjaman hanya dilakukan untuk memulakan perniagaan, menambah pusingan modal dan yang berkaitan dengan perbelanjaan perniagaan.
"Kekalkan Gaya Hidup" bermakna, kemampuan menangguhkan kehendak dan mendahulukan keperluan. Bukan tak boleh, cuma, tangguhkan sahaja. Kehendak memakai kenderaan yang lebih hebat, kehendak untuk melancong lebih jauh dan sebagainya. "Kekalkan Gaya Hidup" juga bermaksud mengekalkan apa yang sedia ada di ketika ini dengan lebih selesa dan mampu memberi 30% dari lebihan pendapatan kepada simpanan.
Mari kita cuba sama-sama untuk keselesaan hidup di masa akan datang dan mencapai kebebasan kewangan dan masa sehingga boleh diwarisi. :)

Dulu Lain.. Sekarang Lain ...

25 tahun dulu lain ... Sekarang, lain ... Dulu, time aku sekolah dulu, 50cent dah cukup dah .. Balik kenyang ... Boleh jer nak fokus dalam kelas ... Dulu, gaji org tua kita tak sampai RM1K pun ... Mampu jer nak sara kehidupan keluarga anak 4 ... Tapi sekarang RM3k pun x cukup. Dulu, kalau Raya, selamba je nak main mercun. Sekarang, nak cari penyakit?

Apa2 pun, ini lah yg dinamakan peredaran zaman. Kalau kita tak kejar, bakal ketinggalan. Kalau kita x bersedia, bakal bertemu kegagalan. Ramai yang dibelenggu dengan perasaan takut. Takut akan perubahan. Kerana selesa dalam kesusahan. Perubahan yg dirisaukan akan menyusahkan. Jika kita dpt tangani mindset negatif, InsyaAllah, hasilnya akan menjadi positif. Positif akan perubahan yang mungkin akan memberi kehidupan yang lebih selesa di masa depan.

Sekadar berkongsi dan happy sgt kalau ada yg nak berjuang bersama-sama jihad ekonomi. Mmg tak dinafikan, bilangan individu yg mahu berkongsi dan berjuang bersama-sama utk kehidupan yg lebih sempurna ni mmg sikit bilangannya. Namun, adakah kita nak ambil ianya sbg satu alasan utk tidak berubah?. Sebaiknya, kita bercita-cita berada dalam golongan yg sikit itu. Memang sgt berbaloi baloi. Kalau tak, tak kan ada ungkapan bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Ye tak?

Marilah menuju kejayaan!

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya datang lagi .. Masing2 ada cerita masing2 tahun ni. Mungkin sama, mungkin berbeza.. Tapi, kalau diteliti betul2, pasti akan nampak or jumpa kelainannya.. Seiring dengan peredaran waktu itu sudah pastinya bagi segala2 yang berkaitan dengan umur atau usia. Namun begitu, dikesempatan ini, apa jua ceritanya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dengan ingatan tulus ikhlas dan maaf zahir batin. Semoga panjang umur, murah rezeki. Semoga apa yang dicitakan tercapai, kalau tidak sekarang, di masa akan datang .. Tidak banyak yang boleh direncanakan diketika ini. Kita berjumpa lagi di lain masa, InsyaAllah ... Salam Aidilfitri ... :)