Thursday, October 13, 2011

perHUBUNGan

Berapa lama mencipta satu perhubungan? Mungkin 1 tahun, 2 tahun atau 1 jam mungkin? ... Berapa lama mengekalkan satu perhubungan? .. Mungkin forever, 2 bulan, 1 minggu atau tak sempat nak kekalkan pun ... Berapa lama memutuskan satu perhubungan? ... Mayb sekelip mata, mayb 1 hari ... Begitu senang memutuskan hubungan dan bukan senang untuk memulihkan sesuatu perhubungan itu. Sehelai kertas A4 putih yang terdapat tompokan hitam di atasnya pastinya akan kelihatan lebih jelas dari majoriti area putih yang terdapat pada kertas A4 tersebut. Itu lah lumrah manusia.. Yang pastinya akan menjadi cabaran kepada setiap insan dalam mengejar apa yang diimpikan. Perhubungan adalah penting dalam menjalani kehidupan seharian. Berhubung dalam keluarga dan masyarakat berlaku saban hari, setiap saat, setiap detik dalam pelbagai jenis urusan seharian. Urusan mendidik anak-anak, adik-adik, rakan-rakan, rakaniaga, rakan sekerja dan sebagainya. Ada yang tak menyedari kepentingannya namun, hari2 terlibat dalam suatu perhubungan. Perhubungan akan InsyaAllah stabil dan kekal lama apabila kurang penglibatan emosi dalam suatu perhubungan itu. Namun, penglibatan emosi ini sering kali sedikit sebanyak terlibat dalam suatu perhubungan itu.. Jika ia terlibat, maka cuba kekalkan emosi positif yang terbaik yang termampu kita lakukan. Gembira, bangga, berterimakasih, bersyukur dan sebagainya akan mengelakkan konflik dalam suatu perhubungan itu. Emosi berkadar terus dgn tempoh sesuatu perhubungan itu. Maknanya, semakin lama terjalin sesuatu perhubungan itu, semakin kita akan emotionally intact. Semakin lama, semakin kita sukar untuk lari dari melibatkan emosi dalam suatu perhubungan itu. Namun, ia boleh dikawal. Bagaimana mengawalnya?.. Gunakan minda anda untuk berfikir secara rasional.. Biasanya dalam membuat sesuatu keputusan. Jika tidak dikawal, maka, akan menjejaskan keputusan yang bakal dibuat. Selamat berhubung, selamat menjalinkan perhubungan dan selamat mengekalkan perhubungan. Berhati-hati dalam menjalinkan perhubungan dan jadilah penghubung yang baik dan membawa ke arah kebaikan... :)

Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'

Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In' <-- Klik di sini
Sekadar berkongsi maklumat dan pandangan agar kita dapat manafaat darinya. Ramai yang sekarang ini sudah mula sedar akan kepentingan bersedia sekarang dari segi ekonomi peribadi dan keluarga untuk persediaan di masa akan datang. Dalam keghairahan itu, kita patut berhati-hati dalam mengejar apa yang dicita agar tidak tergelincir jauh dari landasan kebenaran. Sekadar untuk mengingati sesama sendiri agar ukhwah di antara kita semakin kuat demi bangsa, agama dan negara. Islam is the way of LIFE.