Kalo nak tengok, ini jer yang tinggal tentang site tuh http://www.fortunecity.com/bennyhills/standup/669/member/memberdepan.htm :) ... hehe .. erm .. 1998 - 2003 R.I.P .... So.... Friends & Family ... Dari cerita di atas, banyak yang kita boleh ambil sebagai panduan dan sempadan ... Tak perlu diuraikan .. Bergantung kepada masing2 ... Jom kita menafaatkan social network ke arah kebaikan... Jadikan Social Network sbg tools utk apa saja yang kita lakukan seharian ke arah kemajuan dan kebaikan.. Elakkan jadikan Social Network sbg satu tempat luahan emosi yang menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa... silap2... tersilap kata, boleh mengaibkan diri sendiri ... Ramai kawan, murah rezeki ... :) Ingat lagi?? ... :) .. Ingatan utk semua dan diriku sendiri ... :) ... I Luv Social Network .. :)
Tuesday, June 28, 2011
Social Network

Wednesday, June 15, 2011
Mutiara kata .......
Cara Untuk Bermula
Cara untuk bermula adalah dengan berhenti bercakap dan mula melakukan. The way to get started is to quit talking and begin doing. ~ Walt Disney
Kegagalan
Kegagalan2 di masa lalu saya merupakan pelajaran yang sangat berharga yang akhirnya berbuah kesuksesan. Saya belajar banyak dari kegagalan saya, saya bisa menjadi ‘lebih pintar’ karena saya pernah gagal. Saya pernah gagal, tapi saya masih di sini… Saya tidak membiarkan kegagalan merampas impian saya untuk dapat bekerja dari rumah saja.
~ Dini Shanti
Keluarga dan Bisnes
Seseorang sebaiknya tidak pernah mengabaikan keluarganya demi bisnesnya. A man should never neglect his family for business. ~ Walt Disney
Ahli Perniagaan
Ya, anda tahu kan, saya dulu adalah seorang manusia biasa sebelum saya menjadi seorang ahli perniagaan. Well, you know, I was a human being before I became a businessman. ~ George Soros
Kepercayaan
Sekecil benih kepercayaan adalah lebih baik dari sebesar-besar tuaian kebahagiaan. The smallest seed of faith is better than the largest fruit of happiness. ~ Henry David Thoreau
Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.
Pendahuluan :
- Hijrah dari Mekah ke Madinah.
- Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
- Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
- Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
- Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
- Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
- Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
- Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.
Isi-isi :
Kepentingan Hijrah :
Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
- Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
- Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :
- Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
- Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
- Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :
- Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
- Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
Pertumbuhan Umat Islam :
- Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
- Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :
- Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
- Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :
- Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :
- Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :
- Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
- kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :
- Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.
Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.