Friday, March 13, 2015

Dark Side ... :)

Ada yang mungkin rasa tersinggung membicarakan soal dark side dalam diri mereka. Apa benda tuh? Satu sifat atau siapa diri kita tanpa diketahui oleh orang lain atau hanya diketahui oleh kelompok yang berbeza dari kehidupan seharian kita. Perlu ada kah dark side dalam diri seseorang? Perlu ada atau tidak, bukan bergantung pada individu itu. Kadang-kadang kehadirannya datang tanpa dirancang, tanpa dipinta. Mungkin akibat tekanan hidup, mungkin disebabkan pengaruh luar dan sebagainya bergantung kepada masing-masing. Isu ini agak dalam pengertiannya kerana, kalau boleh ia tidak mahu sama sekali dibincangkan secara terbuka. Nama pun dark side ye tak? .. Cuma, entry ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada mereka yang tidak menyedari yang mereka mempunyai dark side dalam diri mereka. Mesti ada yang pernah terdengar ungkapan dari orang yang mengatakan... "Aaahh dia tu, sembahyang tak pernah tinggal, tapi, sanggup dia buat camtu ...". Ungkapan ini dapat kita dengar kerana individu yang diperkatakan itu may b tidak sedar yang dia telah menimbulkan kesusahan orang lain akibat dari tindakannya. Jadi diharapkan, apa yang kita boleh kongsikan di sini, dapat dimanafaatkan. Dark side boleh dikawal.
Kalau anda pernah dengar tentang "Tingkap Johari" .. Sesuatu perkara yg dpt dilihat oleh org lain, tapi, diri sendiri tidak menyedari kewujudannya dalam diri. Perlu diambil kira teguran dari sekeliling. Kerana mungkin kalau tidak diendah, akan mengheret kita perlahan-lahan ke arah kegelapan yang semakin lama semakin tidak dapat diselamatkan. Walaupun ianya boleh dikawal, namun, yang terbaik adalah berubah sepenuhnya ke arah kebaikan. Susah, tapi perlu dilakukan demi masa depan dan orang yang tersayang di keliling kita,

No comments: