Tuesday, February 17, 2015

Ener Al Kurma

PADANG PASIR YANG MISTERI, FATAMORGANA YANG WUJUD DALAM LEGENDA.....
KURMA YANG TUMBUH DALAM KEADAAN SEKELILING YANG SERBA KEKURANGAN, MEMBAWA BANYAK CERITA YANG MENARIK......
AL KURMA, PRODUK SUCI, KURNIAAN TUHAN

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Khasiat kurma "Ajwa" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah SWT sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Di antara 600 jenis kurma, Kurma Ajwa merupakan jenis kurma yang paling tinggi nutrisinya dan juga nilai perubatan yang paling tinggi.

Menurut "Compendian of Materia Medical", Kurma mempunyai fungsi untuk meningkatkan tenaga dalaman, melegakan batuk serta menguatkan paru-paru, menghilangkan kahak dan asma, ia juga boleh meningkatkan proses tumbesaran dan sistem imunisasi kanak-kanak, serta mengurangkan masalah sembelit. Bagi pelajar atau pekerja yang tidak sempat untuk mengambil sarapan pagi, 3 biji kurma dapat membekalkan nutrisi dan stamina yang diperlukan sepanjang pagi. Kurma juga merupakan makanan penting untuk ibu yang sedang mengandung dan selepas bersalin, ia boleh mengawal tekanan darah dan mencegah metroragia. Perubatan moden juga telah membuktikan kurma boleh membantu gusi gigi, memulihkan sakit perut, anti diarea dan hemostasis.

Kesimpulannya, kurma merupakan makanan kesihatan semulajadi yang komprehensif.

Fungsi Ener Al-Kurma

Kombinasi Serat dan Kalium yang tinggi, pilihan terbaik untuk melangsingkan badan.

Kaya dengan Kumpulan Vitamin B, sesuai untuk menjaga kejelitaan

Kandungan glukosa yang tinggi,tidak memudaratkan kesihatan badan .

Sembelit --- Ener Al-Kurma menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam Usus untuk membantu proses perkumuhan.

Melangsingkan badan --- minum bersama yogurt, membantu penyahtoksinan dan memberi tenaga.

Melindungi hati --- Minum Ener Al-kurma pada waktu pagi boleh membantu menyahtoksikkan logam berat dan toksin asid daripada hati.

Waktu kedatangan haid --- Ener Al-kurma menambahkan keperluan kalsium dan zat besi kepada wanita.

Ener Al-kurma mengandungi glukosa dan fruktosa yang tinggi, tetapi sukrosa adalah sangat sedikit, tidak membawa kepada masalah obesiti.

Ener Al-kurma kaya dengan fruktosa semulajadi,mudah untuk penghadaman,digunakan sebagai gula gantian kepada pesakit kencing manis. Selain itu, paras kolesterol juga rendah, tidak perlu bimbang tentang obesiti, sebaliknya kaya dengan vitamin dan mineral, menggalakkan fungsi badan untuk mencapai kesihatan optima.

Satu laporan daripada PURDUE UNIVERSITY, Amerika Syarikat, kurma mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut : menguatkan gastrousus, menghilangkan panas badan, melegakan kahak, menguatkan sistem pembiakkan, mengawal kanser dan tumor, menguatkan daya ketahanan, membantu penghasilan hormon, melegakan cirit-birit,sembelit,asma,sakit bahagian dada,Anemia dan sebagainya.

Soalan Yang Sering Ditanya - Ener Ener Al-Kurma

Q1: Apakah perbezaan antara Ener Ener Al-Kurma dengan jus kurma yang lain?

J:
No Butiran Ener Ener Al-Kurma Jus Kurma Lain
1 Jenis Kurma Dibuat daripada Kurma yang paling tinggi nilai khasiat iaitu Kurma Ajwa Jenis kurma biasa
2 Buah Menggunakan buah segar dan buah kering, diimport dari Arab Saudi Buah kering
3 Teknik Penghasilan Melalui proses penapaian dan ionisasi yang berteknologi tinggi, mengekalkan semua khasiat dan bermolekul kecil Melalui teknik pemanasan, khasiat kurma dirosakkan, seperti " air gula"
4 Kaedah Penghasilan Teknologi canggih, syarikat memegang hak cipta Tiada hak cipta
5 Nilai Khasiat Sangat tinggi Sangat rendah, mungkin tiada khasiat

Q2: Bolehkah pesakit kencing manis minum Ener Ener Al-Kurma?

J: Boleh, ini disebabkan gula yang terkandung dalam Ener Al-Kurma adalah dalam bentuk Glukosa dan Fruktosa, dimana bentuk gula adalah sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga, terutamanya kepada bahagian otak. Tetapi dihadkan satu botol sehari.

Q3: Dari manakah buah kurma Ajwa untuk penghasilan Ener Ener Al-Kurma diimport?

J: Dari Arab Saudi.

Q4: Dimanakah Ener Ener Al-Kurma dihasilkan?

J: Ener Ener Al-Kurma dihasilkan oleh satu kilang di Malaysia yang mendapat kelulusan GMP dan HACCP dari kerajaan Malaysia.

Q5: Terdapat sedikit mendapan pada Ener Ener Al-Kurma, bolehkah ia diminum lagi? Ada kesan sampingan kepada kita?

J: Tentu boleh diminum dan tidak ada kesan sampingan kerana mendapan yang terdapat pada Ener Ener Al-Kurma sebenarnya adalah serat atau fiber dari kulit kurma, ia adalah serat paling baik untuk badan kita, mempunyai fungsi untuk membersihkan usus dan menyerap toksin daripada badan.

Q6: Bolehkan Ener Ener Al-Kurma diminum oleh bayi yang berusia setahun ke atas dan berapa kuantiti yang sesuai? Apakah kelebihannya?

J: Bayi yang berusia setahun ke atas memang boleh minum Ener Ener Al-Kurma, sebotol sehari dan masa yang sesuai adalah pada 10 hingga 11 pagi atau 2 hingga 3 petang. Ener Ener Al-Kurma adalah terdiri daripada glukosa yang sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga, terutamanya kepada bahagian otak, keadaan ini akan memberi kecergasan dan daya kepintaran kepada bayi yang sedang membesar.

Q7: Adakah Ener Ener Al-Kurma boleh digunakan sebagai makanan gantian? Maksudnya untuk orang yang hendak menguruskan badan!

J: Ener Ener Al-Kurma tidak boleh digunakan sebagai makanan gantian terutama mereka yang hendak menguruskan badan. Untuk menguruskan badan, kita mesti mengambil makanan yang seimbang di mana makanan tersebut mesti terdapat protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang seimbang. Kandungan utama dalam Ener Ener Al-Kurma adalah glukosa (karbohidrat), vitamin dan mineral, tetapi kurang protein dan lemak. Oleh itu, tidak sesuai digunakan sebagai makanan gantian.

Q8: Apakah nilai nutrisi bagi Ener Al-Kurma?

J: Ener Al-Kurma sangat kaya dengan kalium yang merupakan garam mineral yang paling banyak didalam tubuh manusia, berfungsi untuk membantu pertumbuhan sel-sel. Kalium merupakan mineral zat mikro penting dalam gizi makanan; ia membantu dalam pengecutan otot dan pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh. Kekurangan kalium akan melemahkan otot-otot yang menyebabkan keletihan pada otot dan mengganggu fungsi jantung sehingga terjadi gangguan irama jantung.

Ener Al-Kurma mengandungi vitamin C yang mencukupi, di mana memiliki fungsi biologi, seperti dalam proses redoks tubuh, pembentukan darah, detoksifikasi dan sebagainya. Bagi orang tua, vitamin C dapat melindungi tubuh daripada ancaman radikal bebas dan mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar pembentukkan katarak.

Q9: Bolehkah pesakit diabetes minum Ener Al-Kurma?

J: Boleh minum, tetapi hanya dengan pengambilan 1 botol sehari yang diasingkan 2 kali untuk diminum dalam tempoh 1 jam.

Q10: Mengapakah rasa Ener Al-Kurma berubah dari masa ke semasa?

J: Proses pengeluaran Ener Al-Kurma adalah menggunakan kaedah penapaian, proses penapaian akan menyebabkan zat-zat Ener Al-Kurma dicernakan menjadi molekul kecil yang mudah diserap oleh tubuh manusia. Namun, selepas pembotolan, proses penapaian masih berlaku, maka rasa Ener Al-Kurma akan berubah dari masa ke semasa. Kecuali, pendedahan pada suhu yang tinggi akan merosakkan semua nutrisi yang akan menghentikan proses penapaian, dan menyebabkan rasanya tidak akan berubah lagi.

Q11: Apakah mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma?

J: Mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma adalah fiber Kurma, boleh diminum. Selulosa dapat membantu dalam pembuangan air besar.

Q12: Adakah Ener Al-Kurma mengandungi pengawet?

J: Tidak, ia juga tidak diperlukan. Kerana Ener Al-Kurma sangat kaya dengan gula yang semulajadi, di mana gula tersebut merupakan pengawet jus ini.

Q13: Apakah bahan mentah yang digunakan bagi Ener Al-Kurma?

J: Ener Al-Kurma adalah menggunakan sejenis kurma buah palma yang disebut Kurma Ajwa (KurmaNabi) sebagai bahan mentah. Kami mengabungkan dua jenis buah-buahan segar dan buah kering. Buah segar mengandungi nilai nutrisi yang lebih tinggi, yang mana mengalami masalah bermusim; manakala buah kering tiada masalah bermusim.

Q14: Berapakah botol Ener Al-Kurma boleh saya minum setiap hari?

J: Jika anda tidak mempunyai penyakit diabetes, boleh minum sebanyak 3 hingga 5 botol sehari.

Q15: Mengapakah Ener Al-Kurma begitu manis? Adakah ia telah ditambahkan dengan gula?

J: Kurma (buah-buah palma) mengandungi 75% gula secara semulajadi, di mana sebahagian besar adalah glukosa, mudah digunakan oleh tubuh badan, maka Ener Al-Kurma sangat manis. Al-Kumar tidak mengandungi tambahan gula.

RM226
WhatsApp/Call for best price : 0199958326
NADYAKAZMAN ENTREPRENEURSHIP VENTURES
IG : ByNadya.Kazman

No comments: