Tuesday, September 23, 2008

Belum milikmu lagi ..



Semua mengalami pengalaman cinta .. Dan ada yang tidak mahu langsung berbicara mengenainya .. Mungkinkah kerana pengalaman yang dilalui, atau takut melaluinya terletak pada masing2 .. Apa yang pasti, manusia sinonim dengan perasaan cinta ... Cinta pada Ilahi, cinta sesama manusia, cinta pada negara ... "Belum milikmu lagi" memfokuskan cinta sesama manusia ..


Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita.. Saling lengkap dan melengkapi antara satu sama lain.. Tapi, sedang kita bercinta, sebelum termeterainya talian pernikahan, adakan pasti si dia itu milikmu?... Ada yang menggambarkan sesuatu tanda itu memaksudkan dia milikmu .. Tak kira apa tandanya yang anda lihat.. Anda sendiri yang mendefinisikannya .. Tak kira berapa meyakinkan gambaran itu.. Itu tetap hanya sebagai satu gambaran dan tidak lebih dari itu .. Anda sendiri yang mahukan ianya terbukti bahawa dia milikmu .. Anda tidak boleh memaksa org lain mempercayainya .. Kerana pada mata org lain, mungkin berbeda .. Pada mata insan lain ada yang bersetuju, dan ada juga menyangkal .. Ada yang bersetuju kerana mungkin ianya betul dan ada yang hanya sekadar menjaga hati ... Begitulah sebaliknya bagi mereka yang menyangkal ..


Banyak yang berlaku disekelilingku dan juga pada diriku sendiri .. Pengamatan ku sendiri menggambarkan yang seperti ku nyatakan dari awal lagi .. Belum, belum dan tetap belum milikmu selagi belum termeterai talian pernikahan .. Ini perlu disematkan ke dalam fikiran insan2 yang bercinta kerana ia akan menenangkan fikiran di setiap saat dan di setiap detik . Tak bermakna mereka yang bercinta kini bolehlah mencari cari dan merisik-risik org baru selain dari dia, cuma, jangan terlalu berharap .. dan bercintalah secukup rasa.. Bukan bulan bintang menjadi saksi dan bukan lautanm api ku redahi ... Kan? ..


Harapan yang tinggi menggunung... ? Sakit kan? kalau jatuh? .. Bukan diminta jatuh dalam bercinta .. cuma, perlulah bersedia dalam setiap sudut .. Cover all angle omputih kata .. :) .. Kalau gol jugak, tiada jodoh .. dan Life Goes On ... ada sesuatu yang lebih baik menanti anda di harapan .. Kalau murung, masa berlalu sia-sia .. Masa yang sepatutnya diisi dengan benda2 yang boleh membuatkan anda berada di tempat yang lebih baik dari semalam .. Dia sudah menjadi bukan milikmu .. Apa yang dilalui bersama itu hanya kenangan pahit manis dilalui bersama.. Jika sudah tidak bersama, masing2 dah menjadi cerita yang berbeza ..


Satu tips yang agak berguna yang digunapakai olehku sekarang nie .. Anggaplah dia milikmu semasa dia di depan mu atau semasa dia denganmu agar dapat kamu dapat melayan dirinya seperti puteri yang ditatang bagai minyak yang penuh , cherish the moment .. Tapi, apa saja boleh berlaku semasa dia di belakangmu.. Dan bersedia dengan segala kemungkinan.. Tips ini sesuai bagi mereka yang sangat merasakan keserasian di antara mereka dan jarang2 sekali berselisih faham .. Itu lah sebabnya org tua kata, jangan tak de gaduh langsung dalam satu perhubungan tu .. Pelik sangat .. Perfect sangat .. Mustahil .. Kalau si dia begitu senang dengan mu .. Dia juga begitu senang sekali blend dengan sesiapa saja ... Aaaaaaa ... Fikirkan ..

Wednesday, September 10, 2008

Sampah Masyarakat Atau Penyakit?

Sampah Masyarakat Atau Penyakit? ermm.. itu bergantung kepada definisi masing2 ... Jika seseorang individu itu melihat suatu kelompok itu sebagai sampah, maka sampah lah di mata mereka.. kepada yang menanggungnya, mungkin sebagai satu alasan yang sesuai ialah penyakit .. tapi, penyakit yang dicari sendiri .. bukan dipaksa atau terpaksa .. Dengan kerelaan hati .. Untuk yang terlibat, maka melarikan diri or "escape" amatlah perit .. pedih dan sukar .. berjuta kali lebih sukar dari menjerumuskan diri ke dalamnya ... Tidak semua yang merasakannya .. kepada yang berani mencuba, mungkin dah dapat merasakan kesannya .. Apakah berbaloi mencuba? Tidak .. percayalah .. tidak .. Perkara ini bukan satu pengalaman yang dicari .. Biar apa kata org .. Biar mcm mana sekalipun pujuk rayu yang datang ... Elak lah ... Sekali terjerumus... Menyesal seumur hidup ...

Pernah berlaku pada seorang rakan yang menceritakan pengalaman beliau .. Pengaruh rakan katanya .. Bagaimana dengan pendirian kita sendiri? Tiada? ... Masing2 ada akal masing2 ... Fikir yang mana baik dan yang mana buruk .. so, nak yang baik ke, nak yang buruk? .. Pelbagai cara dah dibuat nak mengelak .. Tapi, tak berjaya ... Seperti ada satu bisikan ... Bisikan syaitan ke? .. pelik nie .. ermm ... "Bergantung pada kau lah kalau kau nak percaya atau tak... Macam ada bisikan..." .. Takut aku mendengarnya .... Apabila apa percubaan yang telah dilakukannya.. Dia menjawap... Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan ... Reminder, mengsibukkan diri .. dan sebagainya ... Saya tanya lagi... " Bagaimana dengan solat?... Jaga solat tak? .. " .. Beliau menjawap.. " Dah cuba dah ... " Ada yang tak kena ni... Ada yang tak kena pada perlaksanaan solatnya .. Pastinya tidak sempurna .. Itu bukan kita yang menentukan .. sempurna atau tak.. diterima atau tak .. Namun.. ujian akan semakin kuat datang kalau semakin kuat kita mencuba untuk "Kembali" ...

Bila didengar ceritanya .. Memang sakit .. dan memang boleh dikategorikan sebagai penyakit .. Ubatnya ada .. tapi, bergantung kepada pesakit itu sendiri ... Jika tidak, tak mujarab .. amal la ubat apa pun ... Sendiri dulu ....

Apa kata anda?