Tuesday, March 24, 2015

Shortnote Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Tuan Guru Haji Bidin Dungun. Isnin | 23.3.2015

Kitab Majmuk Rasail

Bab Solat

1. Berdoa selepas solat ni bukan rukun sembahyang.Habis solat ialah selesai salam,wajib ikut imam dr takbir sampai salam dan sunat ikut imam dr selepas salam hingga balik.

2. Makne saknim doa selepas solat itu akan menyempurnakan lagi solat.Maka ulamak kate afdhol zikir dan doa bersama imam,boleh je makmum nk bace zikir lain dgn imam tp kene roi la jemaah waktu itu,baca perlahan pasa majlis itu diketuai imam.

3. Leni mcm2 peseng leni dia kata xleh bzkir lepas solat lah xleh bdoa lepas solat lah haa ni jenis giler belaka lah ni pasa lek lek nabi kata berdoa lah lepas solat zikirlah lepas solat mari puok dia ni kate xleh doa selepas solat,rama leni ustaz2 giler ustaz segere,lambat tgk org ngajor dia nk ngajor etek buh serbang paka comel ade ah org ikut dia ngajor,sedangkan ilmu dok kemas lagi jd sesat dalam terang.

4. Sekurg2 syarat makbul solat itu ade 10 iaitu kene tahu solat itu wajib,kene belajor mcmana nk buat dgn molek dan kene tahu solat itu diterima atau x,dan ulamak jelas lagi antara syarat terima ni kene bersuci,kene tahu masuk waktu,kene tutup aurat dan pelbagai syarat lagi.

5. Dari segi tasauf plok penerimaan solat kita ni nombor 1 kene pakaian dan makan minumnya dr sumber halal.Kite sibuk nk nunjuk halal haram dok tahu kehala,Walau 40 rakaat malam2 tahajud tp makan haram maka balik awal jugok.Org kafir pun wajib makan halal org kafir haram makan mende haram,leni ade org gaduh nk jd ust dia kata org kafir boleh makan haram,gaduh nk wak bijok etek piye ajor mu?Ulamak ane kate bulih?Duk diam doh ah kalu dok tahu.Org kafir haram makan mende haram,haram makan mende kotor sbgaimana org islam haram makan,krn jelas dlm Al Quran "wahai sekelian manusia hendaklah kamu makan ape yg dibumi itu yg halal dan bersih jgn kamu ikut syaitan krn ia adakah musuh bg kamu" faham dok agi or?Dok perlu terjemah doh paham doh ah tu Wahai sekelian manusia tu kan maka ia menjadi syarat makan halal ni adkh syarat diterima amal ibadat.

6. Makan haram yg kait dgn harta org mmg rohok,rumit sgguh nk selesai pasa kene pulang balik harta org tu,makang babi abih situ je tp kalu makang harta org selagi dok pulang balik selagi tu amal mu dok diterima,sbb tu makang herte org tipu ke ape ke lebih bhya drpd makang babi.Ibadat dok diterima selama ade harta haram pd dirinya.

7. Jadi dlm kitab fiqah kabo syarat supaya amalan kite betul dan kitab tasauf tu ajor supaya amalan kite diterima olih Allah.

8. Kite leni kut ade lah main paka buoh rezeki jangan ditolak,walhasil jangan makang lah hok haram pasal amalan pun tidok diterima.Hok haram ni kalau sikit pun tetap amalan tidok diterima olih Allah,mase jd wakil rakyat dulu sikit je ambik herte org ambik balak negeri,sikit ni tidak diterima amalannya krn xdimaaf dia baham duit itu krn duit itu hak rakyat negeri itu.

9. Nabi kata sekalipun sebatang kayu sugi hok org wajib kita pulang balik harta org itu.Jgn main bab harta org ni.Pasal ape sikit gni pun xleh gok?Pasal hok haram ni ade power,kalu gabung dgn hok halal menang hok haram lagi cth air zamzam 1 gelas campur dgn stitik air kencing mu nok minum dok?Haa jawak sdiri lah.

10. Bab harta ni org tua pun power jugok dia,kalu ajok mari dgr mcm mcm alasan dokleh duduk lame lah lenguh tubuh lah tp kalu bagi pitih brim atah pentah molek2 ade  poklong naik atah pentah.Sulong bin Muda RM 500 ringgit,begedik naik atah pentah,doh nk wak wane ke dia.

11. Leni byk sgt sumber nk belajor,dlm web pum kite boleh belaja,dlm utube pun boleh belajor tp dlm fb leni pelik2 org,jgn layan la sek sek giler gtu,kalu xtahu agama duduk diam jgn ckp byk baik post gmbr kuih ke jeput ke xdok dosa kalu gtu.

12. Bila saja solat xditerima maka akan rosak lah segala amalan lain nye sekalipun solatnya sah bile makan haram tetap Allah dok terima.

13. Sbb tu 3 ilmu wajib belajor iaitu Tauhid Feqah dan Tasawuf,xdok pilihan dlm bab ngaji 3 kare ni wajib kene belajor dulu biar reti base.

Kitab Penawar Bagi Hati m/s 28

14. Tentang lidah,lidah ni tuhan suruh ckp bende baik,ape yg baik iaitu Al quran lah,sleawat zikir,kalu xmbuh ckp hok Al Quran ckp la bende dunia yg baik,kalu xmbuh jgn bende baik pun ckplah bende lagha drpd ckp bende dosa.Kalu xmbuh ckp bende baik2 maka diam lah.Kalu dlm fb tu ade rase nk ckp bende baik2 post la bende baik2,kalu mu rase mu beriman dgn Allah maka mung ada akaun fb ke ig ke bkait rapat dgn zaman kite ni maka mung post lah bende baik baik.Drpd duk ckp bende bodo,fitnoh la kutuk lah mcm org bodo leni dlm fb lebih baik diam.

15. Jadi syeikh Abdul Qadir kate bckp yg baik itu adalah emas bckp yg lagha adalah tanah dan bckp bende yg haram itu adlh api neraka.

16. Leni rama org gila,tolok Al Quran ambik surat kabor,tolak hadis ambik fb,ruginya ckp bende dosa sbb tu lah kene dakwah,semua kite ni kene dakwoh,dakwoh ni ajok buat bende baik,walaupun pakai luo jin topi sudu tp sapa waktu smyg dia ajok org lain solat bjemaah inilah dinamakan dakwah.

Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dr page koleksi shortnote kuliah Ustaz Azhar Idrus deh

IKBN

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Pengambilan pelajar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 6 April 2015. Layari www.upu.moe.gov.my. Dapatkan no pin di BSN terdekat. Pin berharga RM15.60.

Terbuka kpd lepasan SPM / SPMV dan lepasan SKM

Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Tiada rekod jenayah
4. Berumur 18 - 30 tahun
5. Bujang
6. Tidak rabun warna*(kursus tertentu shj)

Kelayakan khusus :
1. Program Sijil Kemahiran
- Tamat Tingkatan 5
- Minima dalam SPM/ SPM(V)

2. Program Diploma
- kredit dlm BM,MAT, dan satu mata pelajaran Sains atau setaraf. Lulus BI

Tidak perlu membuat sebarang pinjaman.
Ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Kemudahan :
1. Asrama
2. Makan & minum
3. Bahan pembelajaran
4. Elaun RM100 - RM300 mengikut tahap pembelajaran.
��semua di atas adalah PERCUMA, ditanggung/ dibiayai oleh KBS.

Mohon dikonsi dan viralkan. Agar peluang ini dapat direbut oleh para belia kita. Kenapa perlu bayar sehingga puluhan ribu. Program ini dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tahukah anda KBS membelanjakan puluhan ribu setahun bagi setiap orang pelajar.Jadi jom rebut peluang ini....Jom pilih IKBN!!! www.kbs.gov.my ������������

Wednesday, March 18, 2015

Sekadar hiburan

English yang ada bunyi nama tempat di Perak. :-)

Taktik perompak

Pesanan dari PDRM,          Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan pasang wiper atau pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga korang tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan.  yang akan memaksa anda berhenti. Disitulah anda akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan oleh perompak dijalanan. Pesanan dari Polis DiRaja Malaysia. Jika anda SAYANG dan AMBIL BERAT kat kengkawan, family, sedara-mara dan rakyat Malaysia... SILALAH SHARE dan KONGSI kan perkara ni...          Dipersilakan "SHARE" SEBANYAK MUNGKIN. TQ

Friday, March 13, 2015

Bertangguh

Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup, tetapi mulut berkata “Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Begitulah hakikatnya keadaan yang sering berlaku. Menangguhkan kerja menjadi penghalang semangat dan motivasi untuk berubah. Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.

Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah- hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!

3 sebab utama penangguhan kerja:
  • Terlalu banyak alasan
  • Tidak sirius dalam mengambil keputusan
  • Tiada deadline dalam matlamat
buang masa

Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:
  • Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
  • Mula sirius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
  • Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)

Merkea yang berjaya, dan mereka yang dalam keadaan “biasa-biasa” sahaja, semuanya mempunyai 24 jam sehari dalam hidup. Apa yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah penggunaan masa yang lebih efektif oleh orang yang berjaya.
Sememangnya melakukan sesuatu yang baru adalah sukar. Walaupun bagi mereka yang berjaya juga. Namun, orang yang berjaya tahu bahawa untuk mencapai kejayaan, ianya terpaksa dilakukan juga tanpa melengah-lengahkan masa  supaya ianya tidak mencuri masa dan hidup mereka!

Sumber : http://www.irfankhairi.com/blog/

Pesona Ego

Apa itu pesona ego .. atau ego itu sendiri ... erm ..tak payahlah kte cerita pasal maksudnya sgt ... Apa yg nak saya sampaikan di sini ialah mengenai bagaimana seseorg individu itu merasakan segala tindakannya betul tanpa mengira pendapat org lain. Apa salahnya kalo kita mengambil kira pendapat org lain semata2 utk melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yg berbeza... Mmg kalo difikirkan, what for? .. Buat apa nak dengar.. sbb.. yg mengalaminya kita sendiri.. bukan si dia yang menanggungnya ... Kembali pada apa yg org lain nampak, tapi kita sendiri tak nampak.. Ini berlaku.. tidak semua tentang situasi diri kita boleh dilihat sendiri .. Ada yg perlu dicermin oleh org lain.. Cuma, lihat dan nilai pencerita diri kita itu adakah boleh didengari ... diiktiraf oleh org yg kita percaya ... atau seseorg yg selfish atau mempunyai agenda sendiri ... Inilah life .. macam tak percaya kan? ... Kategorikan ego kepada ego baik dan ego jahat. Tidak dinafikan, ego itu perlu pada seseorang jika kena pada masanya. Di sini datangnya emosi sebagai penentu kepada pengkategorian ego itu sendiri. Yang mana, jika orang tersayang berasa bahagia dengan kita, ego baik ada di situ. Jika orang tersayang bangga dengan kita, ego baik ada di situ. :-)

Dark Side ... :)

Ada yang mungkin rasa tersinggung membicarakan soal dark side dalam diri mereka. Apa benda tuh? Satu sifat atau siapa diri kita tanpa diketahui oleh orang lain atau hanya diketahui oleh kelompok yang berbeza dari kehidupan seharian kita. Perlu ada kah dark side dalam diri seseorang? Perlu ada atau tidak, bukan bergantung pada individu itu. Kadang-kadang kehadirannya datang tanpa dirancang, tanpa dipinta. Mungkin akibat tekanan hidup, mungkin disebabkan pengaruh luar dan sebagainya bergantung kepada masing-masing. Isu ini agak dalam pengertiannya kerana, kalau boleh ia tidak mahu sama sekali dibincangkan secara terbuka. Nama pun dark side ye tak? .. Cuma, entry ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada mereka yang tidak menyedari yang mereka mempunyai dark side dalam diri mereka. Mesti ada yang pernah terdengar ungkapan dari orang yang mengatakan... "Aaahh dia tu, sembahyang tak pernah tinggal, tapi, sanggup dia buat camtu ...". Ungkapan ini dapat kita dengar kerana individu yang diperkatakan itu may b tidak sedar yang dia telah menimbulkan kesusahan orang lain akibat dari tindakannya. Jadi diharapkan, apa yang kita boleh kongsikan di sini, dapat dimanafaatkan. Dark side boleh dikawal.
Kalau anda pernah dengar tentang "Tingkap Johari" .. Sesuatu perkara yg dpt dilihat oleh org lain, tapi, diri sendiri tidak menyedari kewujudannya dalam diri. Perlu diambil kira teguran dari sekeliling. Kerana mungkin kalau tidak diendah, akan mengheret kita perlahan-lahan ke arah kegelapan yang semakin lama semakin tidak dapat diselamatkan. Walaupun ianya boleh dikawal, namun, yang terbaik adalah berubah sepenuhnya ke arah kebaikan. Susah, tapi perlu dilakukan demi masa depan dan orang yang tersayang di keliling kita,

Sumber Informasi

Sumber Informasi

Ramai orang sekarang taksub akan kemudahan mendapat informasi melalui internet. Sehinggakan apa saja yang mereka perolehi dari internet dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa dari mana datang punca informasi itu. Tidak dinafikan dengan kecanggihan teknologi malumat yang ada sekarang memudahkan ramai orang dalam mencapai apa saja maklumat yang diinginkan. Kebebasan teknologi maklumat tanpa batasan antara kelebihannya adalah sebagai alternatif sumber informasi selain dari tv, surat khabar dan sebagainya. Namun begitu perlu berhati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan dengan menggunakan teknologi maklumat dengan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan sahih. Yang menjadi mangsanya ialah mereka yang taksub dan bergantung penuh dengan teknologi maklumat yang kini semakin mudah diakses termasuk melalui telefon mudah alih. Antara mereka yang menjadi mangsa juga ialah mereka yang cuba mencari alasan demi alasan untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perkara, Carilah apa saja fakta untuk menyokong anda di dalam internet sudah pastinya ada. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari keburukan tentang institusi kerajaan itu, sudah pasti anda akan berjumpa dengan beribu link yang berkaitan dengan maklumat-maklumat negatif tentang tokoh tersebut. Dan begitulah sebaliknya jika kita ingin mencari maklumat-maklumat negatif tentang pembangkang juga anda akan jumpa. Persoalannya, kita hanya memilih apa yang kita NAK percaya. :-)

Wednesday, March 4, 2015

EnerBest

EnerBest

Ener Best merupakan satu formula makanan berkhasiat terkini yang dikaji dan diselidik oleh sekumpulan pakar sains makanan kesihatan yang terkemuka di dunia. Kandungan daripada 100% bijirin merupakan makanan penggantian berkhasiat yang paling lengkap, ia mengandungi karbohidrat komplek, protein lengkap dan asid lemak perlu. Gandum barli, kacang soya mengandungi protein yang diperlukan, membekalkan asid amino yang lengkap dan seimbang kepada anda. Ener Best mengandungi khasiat yang tinggi seperti serat, merupakan makanan serat tinggi dan lemak rendah. Satu minuman yang mempunyai rasa mulut yang sedap, di samping dapat membekalkan jumlah kalori yang yang diperlukan untuk sehari.

Gandum Barli

Gandum barli mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi, kandungan protein adalah 400% lebih tinggi daripada tepung gandum kecil. Kandungan asid aminonya adalah paling seimbang di antara semua jenis bijirin. Gandum barli mempunyai asid lemak perlu, vitamin, mineral yang tinggi, di mana vitamin A adalah paling tinggi di antara semua jenis bijirin, ia juga merupakan sumber serat yang paling baik.

Gandum barli mengandungi serat larut air yang tinggi, di mana Beta Glukan dapat merendahkan paras kolesterol dan trigliserida, ia dapat mengurangkan kebahayaan serangan penyakit jantung darah dan angin ahmar,, di samping itu, ia dapat menguatkan sistem imunisasi kita, mengawal paras gula darah meningkat pada masa selepas makan dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Kacang Soya

Kacang soya dikenali sebagai "raja kacang", ia berada di tempat pertama di dalam kedudukan makanan semulajadi. Ia mengandungi protein, asid lemak, lesitin, kolina dan pelbagai vitamin yang tinggi. Jika dibanding dengan makanan lain, dikandungan protein sahaja, adalah lebih daripada 100% berbanding dengan daging, 200% berbanding dengan telur dan 100% daripada berbanding dengan susu lembu.

Protein di dalam kacang soya pasti dapat merendahkan paras LDL, meningkatkan paras HDL, berkesan sekali untuk melindungi jantung darah kita. Kacang soya juga mempunyai lesitin yang sangat penting untuk pembinaan dan perlindungan otak, meningkatkan kecergasan dan fungsi saraf otak.

Kenyataan :

• Setiap hidangan makanan sekurang-kurangnya mesti mengandungi 0.75g Beta Glukan.

• Pengambilan 3g Beta Glukan sehari dapat mengurangkan paras kolesterol, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Authoriti Keselamatan Makanan Eropah,

Pentadbiran Makanan dan Ubat, U.S.A.,

Lembaga Makanan Kesihatan Canada,

Kementerian Kesihatan Switzerland,

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Kementerian Kesihatan Chile.

Ramuan :

Serbuk Gandum Barli dengan 25% Beta Glukan, Serbuk Kacang Soya Organik, Fruktosa, Perasa Vanilla Semulajadi.

Fungsi kesihatan Ener Best:

1. Beta glukan boleh memperbaiki penyakit jantung darah, terutama fungsi menurunkan paras kolesterol, LDL dan trigliserida di dalam darah, di samping menambah pembuangan asid hempedu.

2. Mengurangkan penyerapan kalori, membekalkan serat untuk rasa kekenyangan, membersihkan usus tanpa kelaparan.

3. Menambah saiz najis, memendekkan masa najis berhenti di dalam usus besar, mengurangkan masalah sembelit.

4. Membaiki persekitaran flora bakteria, menambah pertumbuhan bakteria baik.

5. Membantu mengurangkan berat badan, atau mengekalkan berat badan yang ideal dalam jangkamasa panjang.

6. Melambatkan proses penghadaman di dalam perut, mengimbangkan paras gula darah dan rasa kekenyangan.

Ciri-Ciri Ener Best:

1. Kandungan yang mendapat pengesahan daripada Malaysia, Canada, Amerika Syarikat, EU, Switzerland, Chile.

2. Dihasilkan di Canada, teknik pengeluaran dipatenkan.

3. Menggunakan jenis gandum barli yang tulen, tanpa campuran gandum kecil atau bijirin lain.

4. 100% semulajadi, jenis bahan yang bukan perubahan genetik, tanpa penggunaan baja kimia dan ubat serangga.

5. Tanpa penambahan laktosa, gula pasir, pengawet, pewarna atau gula tiruan.

6. Tanpa kolesetrol, lemak trans.

7. Makanan gantian untuk sarapan, masa rehat.

Sesuai Untuk :

1. Semua tidak kira peringkat usia.

2. Individu yang mempunyai masalah intoleransi Laktosa.

3. Vegetarian atau pengamal sayuran.

Cara Pengambilan :

1. Ambil 2 sudu Ener Best, Campurkan pada cawan yang mengandungi 200ml air suam.

2. Ambil 1-2 kali sehari .

3. Paling ideal adalah ambil sebelum makan.

4. Boleh campur pada minuman dan makanan lain.

Cara Penyimpanan :

Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik. Gunakan segera selepas membuka.

PENERANGAN FAQ
Frequently Asked Question

Q1: Apakah kegunaan Ener Best kepada kesihatan kita ?

A: Terdapat 2 fungsi utama Ener Best :

(a) Menurunkan paras kolesterol, mencegah penyakit jantung dan darah

(b) Sebagai makanan penggantian (meal replacement).

Q2: Kenapa Ener Best boleh menurunkan paras kolesterol dan mencegah Penyakit jantung?

A : Ener Best boleh menurunkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung disebabkan ia mengandungi sejenis khasiat yang dinamakan Beta Glukan. Beta Glukan merupakan sejenis serat larut air yang terdapat di dalam gandum barli yang berfungsi untuk menyerap dan mengangkut keluar kolesterol yang berlebihan supaya tiada mendapan tertimbul di dalam saluran darah, dan akhirnya mencegah terwujud panyakit jantung.

Q3: Badan kerajaan Negara manakah yang mengesahkan Beta Glukan dapat menurunkan paras kolesterol dan seterusnya mencegah penyakit jantung?

A: Terdapat banyak negara yang telah mengesankan bahawa Beta Glukan daripada Gandum barli mempunyai fungsi untuk menurunkan paras kolesterol dan mencegah penyakit jantung, di antaranya adalah :

Pentadbiran Makanan dan Ubat, U.S.A.,

Authoriti Keselamatan Makanan Eropah,

Lembaga Makanan Kesihatan Canada,

Kementerian Kesihatan Switzerland,

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Kementerian Kesihatan Chile.

Q4: Apakah kandungan Ener Best ?

A: Ramuan : Serbuk Gandum Barli dengan 25% Beta Glukan, Serbuk Kacang Soya Organik, Fruktosa, Perasa Vanilla Semulajadi.

Gandum barli mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi, kandungan protein adalah 400% lebih tinggi daripada tepung gandum kecil. Kandungan asid aminonya adalah yang paling seimbang di antara semua jenis bijirin. Gandum barli mempunyai asid lemak perlu, vitamin, mineral yang tinggi, di mana vitamin A adalah paling tinggi di antara semua jenis bijirin, ia juga merupakan sumber serat yang paling baik.Gandum barli mengandungi serat larut air yang tinggi, di mana Beta Glukan dapat merendahkan paras kolesterol dan trigliserida, ia dapat mengurangkan kebahayaan serangan penyakit jantung darah dan angin ahmar,, di samping itu, ia dapat menguatkan sistem imunisasi kita, mengawal paras gula darah meningkat pada masa selepas makan dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Kacang soya mempunyai nilai khasiat yang tinggi, ia dikenali sebagai "raja kacang", ia berada di rempat pertama di dalam kedudukan makanan semulajadi. Ia mengandungi protein, asid lemak, lesitin, kolina dan pelbagai vitamin yang tinggi. Jika dibanding dengan makanan lain, kandungan proteinnya sahaja, adalah lebih 100% berbanding dengan daging, 200% berbanding dengan telur dan 100% berbanding dengan susu lembu.Protein di dalam kacang soya pasti dapat merendahkan paras LDL, meningkatkan paras HDL, berkesan sekali untuk melindungi jantung darah kita. Kacang soya juga mempunyai lesitin yang sangat penting untuk pembinaan dan perlindungan otak, meningkatkan kecergasan dan fungsi saraf otak.

Q5: Apakah fungsi kesihatan Ener Best kepada tubuh badan kita?

A:

a. Beta glukan boleh memperbaiki penyakit jantung darah, terutama fungsi menurun paras kolesterol, LDL dan trigliserida di dalam darah, di samping menambah pembuangan asid hempedu.

b. Mengurangkan penyerapan kalori, membekalkan serat untuk rasa kekenyangan, membersihkan usus tanpa kelaparan.

c. Menambah saiz najis, memendekkan masa najis berhenti di dalam usus besar, mengurangkan masalah sembelit.

d. Membaiki persekitaran flora bakteria, menambah pertumbuhan bakteria baik.

e. Membantu mengurangkan berat badan, atau mengekalkan berat badan yang ideal dalam jangkamasa panjang.

F. Melambatkan proses penghadaman di dalam perut, mengimbangkan paras gula darah dan rasa kekenyangan.

Q6: Macam mana menyediakan Ener Best ?

A: Ambil 2 sudu Ener Best, campurkan pada cawan/gelas yang mengandungi 200ml air suam. Anda juga boleh tambahkan ke dalam minuman bijirin and salad.

Q7: Saya dengar Ener Best boleh digunakan sebagai Makanan Penggantian ? Hidangan mana yang boleh digantikan?

A: Ya, Ener Best boleh digunakan sebagai makanan penggantian, tetapi dengan syarat hanya boleh menggantikan satu (1) hidangan utama sahaja. Cadangan penggantian hidangan adalah makan malam (dinner), ini disebabkan badan kita akan mula berehat dan membuang toksik selepas pukul 9 malam, oleh itu, makanan yang dimakan harus ringan tetapi berkhasiat lengkap dan seimbang.

Q8: Bolehkan saya menggantikan 2 hidangan utama ?

A: Tidak boleh. Ini akan menjejaskan sistem penghadaman anda.

Q9: Bolehkan saya menggunakan Ener Best untuk melangsingkan badan ?

A: Tidak boleh. Ener Best tidak ada fungsi untuk menguruskan atau melangsingkan badan.

Q10: Apakah kebaikan saya menggantikan satu hidangan utama dengan Ener Best ?

A: 2 sudu Ener Best adalah lebih kurang 200 kalori, ia bersamaan dengan 2 biji epal saiz sederhana. Untuk satu pinggan ayam nasi goreng, kalorinya adalah lebih kurang 700-900 kalori. Ini bermakna jikalau anda menggantikan nasi goreng ayam dengan 2 sudu Ener Best, maka anda dapat menjimatkan 500 – 700 kalori.

WhatsApp 0199958326 for best price
NADYAKAZMAN ENTREPRENEURSHIP VENTURES
IG : byNadya.Kazman