Sunday, March 29, 2020

COVID19 - Perintah Kawalan Pergerakan - PKP

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

Dalam keadaan situasi sekarang ini, terdapat pelbagai reaksi orang ramai tentangnya. Cuma, saya terpanggil untuk mencoret mengenai segelintir masyarakat yang pentingkan diri sendiri “selfish” tanpa menghiraukan keselamatan orang lain, terutama, orang yang kita sayang yang berada di sekeliling kita. Golongan yang saya maksudkan ini, ialah golongan yang mengingkari perintah yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk kita menghadkan pergerakan kita.

Untuk keberkesanan usaha kita dalam menangani penularan wabak Covid19 ini, perlulah kerjasama dari semua pihak. Kita tidak dapat melihat virus ini dengan mata kasar. Kita tidak dapat menjangkakan jika kita akan dijangkiti oleh virus ini. Dan jika ini berlaku kerana hanya alasan kita bosan duduk di rumah, berbaloikah jika kita terpaksa berpisah dengan anak isteri jika dijangkiti, warga tua yang mungkin duduk sekali dengan kita? Berbaloikah?



Jika nak sangat keluar rumah hanya kerana bosan atau nak berjumpa dengan kawan, atau menyelesaikan kerja yg sebenarnya boleh ditangguh sementara, terus keluar dan jangan kembali ke rumah sehingga PKP tamat. Dengan cara ini, kita tidak akan menyusahkan orang lain. Duduklah di pejabat bersama rakan2. Mungkin golongan ini sudah bosan duduk bersama keluarga. Kanak-kanak dan orang tua adalah dua golongan yang paling terdedah dengan risiko virus ini.


Ini adalah ujian Tuhan untuk kita semua. Di ketika PKP inilah menguji kekuatan mental dan fizikal kita untuk terus bersama-sama dalam memainkan peranan masing2 supaya kita dapat menangani penularan wabak ini dari terus merebak dan mengancam keselamatan kita. Ada yang berperanan sebagai barisan hadapan “frontliners” dalam menangani penularan virus ini seperti anggota keselamatan, doktor, jururawat dan sebagainya. Bagi yang bukan, mainkan peranan kita iaitu, duduk di rumah. Jaga keselamatan, kebersihan diri dan keluarga.

Kita pasti boleh lakukannya. InsyaAllah. Dengan izin tuhan, berkat usaha, doa dan tawakal, segalanya akan berakhir dan kita akan memulakan kehidupan seperti sedia kala. InsyaAllah.. Amin...