Tuesday, October 26, 2010

Memenuhi Masa...


Hari ini ku kata pada rakan2ku semua .. Kenapa perasaan ku berkecamuk ni? ... Kenapa ada rasa macam lain macam dlm dada nie? ... Apasal ada rasa cam kosong je ni? ... Tak de sapa dapat memberi jawapan yg memuaskan padaku .. Yang ada, hanya persoalan demi persoalan .. Cmner pun, ku teruskan juga ... Hampir seharian perasaan itu mengganggu ... Hampir membawa ke sekarang lah ceritanya .. Nak tido pun susah .. Maka, tangan ku mula on laptop ni.. Dan terus menaip sekadar memenuhi masa ... Sebelum menaip tadi, dah terfikir2 dah .. Apa laa yg nak aku taipkan ni?? .. Tapi, selepas aku mula menaip... Jari ini terus menaip .. dan menaip ... dan menaip ... Sedar tak sedar ... Masa beredar ... 1.35am 27 Oct 2010 .... Time kat laptopku ... erm .. ada org kata dah lewat ... ada org kata ... baru nak mula ... semua memberi jawapan yg berbeza2 ... Namun, pastinya semua org bersetuju bahawa masa tidak pernah menunggu sesiapa ... Ia akan terus berputar ... berjalan ... Sinonim lah kalau kita ini sebenarnya sedang merentasi masa ... Tanpa memasuki mesin masa pun ... :) .. Tapi dgn kadar yg semua org di dunia ini melaluinya .. Tak semua yg menghargai masa .. Walau semua org tau .. Masa itu berharga ... Ramai sekarang dah pandai membeli masa demi pelaburan di masa hadapan .. Demi meninggalkan nama yg baik selepas pergi .. Bagaimana nak membeli masa atau menghargai masa? ... Semua org ada caranya tersendiri .. Namun ada yg tanpa menyedari dah membeli masa ... Tapi, paling senang utk kita sedar ialah apabila kita telah membazirkan atau membuang masa ... Ini berlaku atas pilihan sendiri ... Tiada siapa yg boleh memaksa atau membuat keputusan utk kita utk membazir masa .. Begitu sayangnya aku utk membuang masa, walau rasa perasaan ini berkecamuk, aku bertindak utk memenuhinya dgn menyedarinya bahwa ia adalah pembaziran masa ... Jangan berkira utk membeli masa ... Demi masa ............................................................................