Tuesday, November 4, 2014

MH Sentral Hotel Sungai Siput

Salam,

Pada 30 Oct - 2 Nov yang lepas, saya bersama rakaniaga saya mengadakan event di MH Sentral Hotel Sungai Siput, Perak. Satu event seminar keusahawanan untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan.

Saya sungguh kagum dengan hotel ini yang terletak di Selatan Sungai Siput. Sebuah hotel yang berusia 2 tahun. Lengkap dengan fasiliti bilik seminar dan ballroom yang selesa. Bilik juga selesa dan bersih sangat berpatutan fengan harganya.

Di dalam hotel ini juga ada coffee house yang selesa, sedap dengan harga yang berpatutan sesuai dengan tagline coffee house haji ni iaitu, "makan di hotel, harga macam warung". Hidangan ala kampung yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Layanan pekerja2 hotel ini juga memuaskan hati kami sebagai pelanggan. Segala apa yang kami perlukan dilayan baik dan disediakan dengan cepat.

Saya memang mencadangkan kepada mereka yang ingin membuat apa-apa event di sini utk mendapatkan perkhidmatan yang baik pada harga yang berpatutan.

5 star saya berikan, syabas MH Sentral Hotel