Wednesday, April 22, 2015

Monday, April 20, 2015

Mentor

Dalam apa jua bidang sekali pun, tak kiralah bidang hiburan, nyanyian, sukan, perniagaan, hartanah, dan lain-lain lagi, mentor atau coach penting utk memastikan kita berada di atas landasan yang betul ke arah kejayaan. Satu faktor yg penting yg perlu ada pada seorang mentor itu sebelum kita memilih utk belajar dgnnya ialah, mentor itu mestilah seorang yg sudah berjaya dan berpengalaman dlm bidang yg diceburinya. Kita akan mendapat panduan the do's and the dont's dalam perjuangan kita untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Namun begitu, tak dinafikan ramai yang berjuang dan terbukti kehebatan mentornya, masih belum menemui kejayaan dan diimpikan. Berbalik kepada diri sendiri. Sehebat mana mentor kita di dalam bidangnya, jika diri sendiri tidak mempunyai semangat juang yang tinggi, kita akan tetap bertemu dengan jalan buntu. Mentor boleh memberi bertan-tan ilmu, semangat, motivasi, tips, dan sebagainya, tapi, akhirnya, jika kita tidak melaksanakannya dengan fokus dan semangat juang yang tinggi, destinasi kejayaan akan berada jauh dengan kita.

Perasaan takut juga adalah faktor yang mentor sama sekali tidak dapat bantu untuk mengatasinya melainkan diri kita sendiri mengatasinya. Takut untuk mencuba, takut untuk bersaing, takut akan kegagalan, punca kita tidak akan bergerak ke mana-mana. Takut kepada sesuatu yang belum pun berlaku lagi.

Sekadar berkongsi untuk peringatan diri juga. Saya amat menghormati mentor-mentor saya. Saya tidak hanya mempunyai satu mentor. Perjuangan masih belum tamat. Marilah menuju kejayaan!

Monday, April 13, 2015

Renungan....

Salam

Tengok Pertandingan 90 minit
Tengok Drama bersiri 60 minit
 Tengok Movie 130 minit
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja
~Di dalam api neraka jahannam sepanjang hayat
  ~Untuk Akal yang maju !!
.. Renungkan!
~ Di Whatsapp 300 Kawan
~ Di blackberry 500 kawan
~ Di contact phone 80 Kawan
.. di Kampung 50 Kawan
 Dalam Keadaan susah hanya ada 1 kawan.
 Dalam Jenazah mu, Hanya keluargamu saja yang menguruskannya.
 Dalam Kubur hanya kau sendirian.
Jangan anggap Aneh kenyataan ini.. ..
Sebab memang seperti ini lah kenyataan Hidup..
 Pada Hakikat nya :
"Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagi mu kecuali Solatmu"
Duduk setelah salam dari solat yang telah di wajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab Pada waktu itu Turun Rahmat Allah Azza wajalla.
Jangan tergesa-gesa berdiri, Bacalah Istikhfar,bertasbih lah, Baca ayat Al-kursi, dan jangan Lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan dzat yang maha Rahman Azza wa jalla.
فإذا فرغت فانصب والى ربك فارغب
~ Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.
..LANGKAH MENUJU SYURGA..
Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai.
.. Ada Lima perkara, kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkan nya.
1. Wajah yang cantik
2. duit berjuta-juta
3. sihat dan kuat
4. anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.
~ Hal itu Mudah kita peroleh.. hanya perlukan waktu 15 minit saja.
Bagaimana caranya... ..
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
من ترك صلاة الفجر فليس في وجهه نور
✔ 1. Nabi bersabda : Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajah nya tak akan ada cahaya
ومن ترك صلاة الظهر فليس في رزقه برگة
✔ 2. Barangsiapa yang Tinggalkan solat zohor nescaya Tak ada keberkatan dalam rezekinya.
ومن ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة
✔ 3. Barangsiapa yang tinggalkan solat asar nescaya  tak ada kekuatan dalam jasad nya.
ومن ترك صلاة المغرب فليس في أولاده ثمرة
✔ 4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh di petik dari anak-anak nya.
ومن ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة’’’’
✔ 5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidur nya.
.. Tahu kenapa Kalimah La ilaha Illallah tidak sampai menggerakkan bibir jika di ucapkan
 Sebab ini adalah Rahmat Dari Allah ke atas orang islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.
 Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah La ilaha Illallah.
 Bila ini bermanfaat bagi mu , sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi , berbahagi perkara yang bermanfaat adalah bahagian dari amal-amal soleh.
Sahabatmu dlm perkongsian...