Thursday, October 16, 2008

Tipu


Tipu ada banyak jenis tipu ... Asal nama tipu saja, ada yang tak dapat terima langsung .. Reject !! Tak mahu ada unsur penipuan dalam hidup.. Fikir2 kan .. selama kita hidup, pernah tak kita menipu?? Apakah niat kita di ketika kita pernah menipu itu? Masa tu, kita rasa tindakan kita betul ke? Tipu ni banyak dikaitkan dengan tidak ikhlas, tidak jujur dan sebagainya .. Menipu ini biasanya akhirnya berakhir dengan yang tertipu adalah diri sendiri dan ia menggalakkan lagi atau membawa kepada penipuan lagi di masa hadapan. Contohnya, apabila seseorang mengaku yang dia ini masih bujang, walhal, sudah berkahwin, maka, untuk mengekalkan fakta itu, setiap kali dia sebenarnya bersama isteri, dia akan senantiasa mencari alasan dan menipu yang dia bukan bersama isterinya.. Penipuan demi penipuan demi penipuan .... Satu2 penipuan itu tidak akan berakhir dengan begitu sahaja.. Lambat laun, jika seseorang itu tidak mampu lagi memberikan sebarang alasan baru, ia akan terbongkar jua. Mangsa yang paling kerap ditipu oleh si penipu ialah tak lain dan tak bukan, hanya lah dirinya sendiri ..

Tipu sunat? Ada ke istilah ni? .. Tipu ini banyak dikaitkan dengan "menjaga hati yang tersayang" .. Ia tetap satu penipuan.. Tapi, adakah ianya dibolehkan? .. "Truth hurts" kata omputih .. Memang kebenaran itu menyakitkan.. So, belajarlah menerima hakikat .. Walaubagaimanapun, bergantung kepada situasi.. Bergantung kepada niat masing2 .. Jangan sekali-kali menipu untuk kepentingan diri dan menghancurkan org lain .. Sebelum menipu, fikirkan, ada hati yang akan terluka tak, atau fikirkan jika anda ditipu pula bagaimana perasaannya.

1 comment:

Lala said...

tipu sunat takper lah...!hehe
tipu terpaksa pun tkper...
tipu menyelamatkan diri, dimaafkan..!
hehehe