Wednesday, October 15, 2008

Mari Belajar


Belajar... Belajar apa? .. Apa2 sahaja .. mengikut minat dan kecenderongan kita .. Kadang2, mengkut persekitaran kita .. Belajar juga ada banyak kaedahnya .. Yang pentingnya, kena ada guru ... Kalau tak de guru, nanti, takut sesat pulak .. Kalau sesat, merbahaya, boleh jadi gila .. Guru pula, ada macam2 jenis guru.. Biasanya guru ini mestilah seorg yang layak mengajar .. Siapakah guru yang layak mengajar? .. Guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang yang ingin kita pelajari. Jika tiada kelulusan pun, kita boleh lihat latar belakang beliau dalam kejayaannya dalam bidang yang diceburi. Contohnya, kalau dia tiada kelulusan dalam perniagaan pun, tiada ijazah dalam pengurusan perniagaan katakan, tapi, kalau dia ada perniagaan yang nyata berjaya, mesti beliau ada cara dan jalan yang boleh dipelajari untuk kita mencontohi kejayaannya ..


Self learning walaupun tiada guru tersuratnya, tapi, tersiratnya sebenarnya ada... Nama dia ialah En Pengalaman. :) . Setelah kita mempelajari sesuatu dalam buku atau secara pemerhatian, untuk kita mengaplikasikannya pula, kita mestilah mencuba.. Setelah mencuba, tidak semestinya kita akan berjaya.. Maka, dari situ, En Pengalaman akan datang mengajar kita untuk kita mencuba lagi di masa hadapan. Sedar tak sedar, berguru juga kita kan?.. Tapi kaedah self learning ini, memakan masa.. Apabila kita menghabiskan masa melakukan kesilapan demi kesilapan dahulu sebelum mencapai kejayaan. Tak salah untuk belajar sendiri tapi, apa salahnya kita belajar dari seseorang yang lebih dahulu melaluinya supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dilalui olehnya.. Orang kata, malu bertanya, sesat jalan. Kan?


Masa itu emas, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membeli masa sebenarnya. Belajarlah untuk memenuhi masa, supaya hidup ini dipenuhi dengan banyak perkara yang masih belum kita terokai. Kenali diri, kenali persekitaran, kenali keadaan semasa dan belajarlah. Jangan berhenti belajar, tak kira di mana, bila , tak kira usia, miskin atau kaya... Belajarlah..

No comments: