Monday, October 6, 2008

Money, Wang dan Duit.


Ramai orang mencari wang .. Adakah wang segala-galanya? Bagi sesetengah org, sampai rasa tak boleh nak hidup kalau tak de wang .. Ada yang senang sangat cari duit dan senang jugak menghabiskannya. Namun, wang hanya sebagai tanda, sebagai lambang dan bukan segala-galanya bagi aku. Kepada mereka yang mempunyai wang yang banyak, rasa berkuasa dan rasa boleh membeli apa sahaja. Dapatkah dia membeli kebahagiaan?. Kata-kata itu, memang selalu kita dengar.. Bolehke beli kebahagiaan?.. Ada yang kata, "Bolehhh...! Zaman sekarang nie, kebahagiaan pun boleh dibeli dengan wang" . Hmm .. Entah lah.. Itu terletak pada masing2..
Uruskanlah kewangan anda dengan betul. Pernah dengar "money makes money?" atau "Yang kaya akan semakin kaya?". Semua ini bermula dengan pendidikan. Cara pengurusan wang. Biar RM1k, biar RM2K atau biar RM600 sebulan sekalipun gaji, yang semestinya, kita mahukan kesenangan kalau tidak kekayaan pun. Kesenangan dari segi fikiran... Senang nak makan, senang nak beli pakaian, senang nak ke sana nak ke sini, senang nak menyara kehidupan seharian. Orang kata lagi " Ukur baju badan sendiri".. Dah kalau gaji RM2K hidupnya macam seorang yang gaji RM3K ... Senang ke dia?..
Macam mana nak tau seseorang itu, nak hidup mengikut kesesuaian pendapatan masing2? Kalau ikutkan buku, ikut kan teori, kalau nak menyimpan tu, 1/3 dari gaji bang oii ... erm .. kalau gaji RM2k tu, dekat2 RM600 lebih lah jugak untuk menyimpan. Maknanya, dah tinggal balance RM 1400. So, hiduplah dengan duit RM1400 selama sebulan.... Tak ramai yang boleh buat bang ... :) Tu la pasal, semua orang tau, peperangan paling besar dalam dunia ni ialah "Peperangan Nafsu" kalau dapat menang peperangan ni, maknanya , tak de la masalah kewangan dalam hidup ni. Betul tak?
Ada banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang wang dan duit ni... Kalau nak diikutkan, memang panjang berjela.. Namun, wang bukanlah segalanya, terletak pada kita untuk mengawalnya. Jangan kita dikawal olehnya pulak. Kita yang menentukan perjalanan hidup kita sendiri.....................

No comments: