Thursday, October 9, 2008

Suasana Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu.. Memberikan kenangan indah pada setiap insan di dunia. Semua insan yang beragama Islam menyambutnya dengan rasa kesyukuran. Di mana jua mereka berada. Seperti di tahun2 sebelumnya, berkemungkinan sambutannya sama.. Namun perasaannya berbeza.. Mungkin kerna pelbagai faktor yang berbeza pada setiap individu.. Faktor umur, ekonomi dan sebagainya...

Kalau dulu, 80an dulu, kanak2 pada mereka ada banyak benda yang memeriahkan.. Bunga api, mercun, duit raya, balik kampung ... Meriahlah .. Tp, x bermakna sekarang tak meriah.. meriah jugak .. cuma lain caranya .. Aku pernah menjadi perantau .. dan merindukan Raya sebagai seorang perantau .. tapi, bukannya tak balik raya di perantauan.. Just, time balik raya tu, best jer .. Naik bas.. kat stesen bas tu satu hal.. semua satu tujuan.. Balik beraya.. Aku dulu balik sorang2.. lagi perasaan tu syahdu jer .. Dengan lagu Raya dalam bas nya .. fuhh .. syahdu + best lar ..


Bila sampai di kampung, berbuka bersama keluarga pulak .. Yang slalunya kita berbuka kat kedai nih .. Tetiba, rasa pulak berbuka di kampung... mm .. masa zaman aku dulu .. ada siri TV yang pasti ada di bulan puasa.. Siri "Rumah Kedai" ... :) .. Duduk lar tengok siri tu sampai dekat nak buka puasa .. Dekat nak hujung2 bulan puasa tu, dah start dah gi shopping raya .. Makk aiii .. Punya lar ramai orang ... Berlaga bahu lar kalau shopping tu .. Shoppingnya dari hujung rambut, sampai lar ke hujung kaki .. Serba baru .. Tapi, ingatlah .. tak semua yang mampu .. Ada yang ala kadar saja .. Aku bersyukurlah sebab aku tergolonglah dalam keluarga yang mampu .. Walaumcmmanapun, Raya nie, tak kira tua atau muda, miskin atau kaya.. Semua sambut dgn meriah .. kan? ... :)


Di pagi raya .. Kita menunaikan Solat Aidilfitri .. Sekali dalam setahun .. Time tu, bila takbir bergema tu .. Ada satu feeling yang susah nak describe .. Aku rasa, bukan aku saja kot.. Ramai yang akan terasa .. Yang pastinya, feeling tu, tak de dalam hari2 lain.. Balik dari masjid, bersalam-salaman bermaafan dengan keluarga dan sanak saudara .. Dan selepas tu, kunjung mengunjung di antara satu sama lain .. Memang rutin hari Raya setiap tahun cuma, disambut dengan perasaan yang berbeza setelah umur meningkat tua ... :) ...


Zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya tua ... 4 stage perasaan berbeza meraikan Aidilfitri ... Apa2 pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua ... :)

No comments: