Tuesday, September 23, 2008

Belum milikmu lagi ..



Semua mengalami pengalaman cinta .. Dan ada yang tidak mahu langsung berbicara mengenainya .. Mungkinkah kerana pengalaman yang dilalui, atau takut melaluinya terletak pada masing2 .. Apa yang pasti, manusia sinonim dengan perasaan cinta ... Cinta pada Ilahi, cinta sesama manusia, cinta pada negara ... "Belum milikmu lagi" memfokuskan cinta sesama manusia ..


Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita.. Saling lengkap dan melengkapi antara satu sama lain.. Tapi, sedang kita bercinta, sebelum termeterainya talian pernikahan, adakan pasti si dia itu milikmu?... Ada yang menggambarkan sesuatu tanda itu memaksudkan dia milikmu .. Tak kira apa tandanya yang anda lihat.. Anda sendiri yang mendefinisikannya .. Tak kira berapa meyakinkan gambaran itu.. Itu tetap hanya sebagai satu gambaran dan tidak lebih dari itu .. Anda sendiri yang mahukan ianya terbukti bahawa dia milikmu .. Anda tidak boleh memaksa org lain mempercayainya .. Kerana pada mata org lain, mungkin berbeda .. Pada mata insan lain ada yang bersetuju, dan ada juga menyangkal .. Ada yang bersetuju kerana mungkin ianya betul dan ada yang hanya sekadar menjaga hati ... Begitulah sebaliknya bagi mereka yang menyangkal ..


Banyak yang berlaku disekelilingku dan juga pada diriku sendiri .. Pengamatan ku sendiri menggambarkan yang seperti ku nyatakan dari awal lagi .. Belum, belum dan tetap belum milikmu selagi belum termeterai talian pernikahan .. Ini perlu disematkan ke dalam fikiran insan2 yang bercinta kerana ia akan menenangkan fikiran di setiap saat dan di setiap detik . Tak bermakna mereka yang bercinta kini bolehlah mencari cari dan merisik-risik org baru selain dari dia, cuma, jangan terlalu berharap .. dan bercintalah secukup rasa.. Bukan bulan bintang menjadi saksi dan bukan lautanm api ku redahi ... Kan? ..


Harapan yang tinggi menggunung... ? Sakit kan? kalau jatuh? .. Bukan diminta jatuh dalam bercinta .. cuma, perlulah bersedia dalam setiap sudut .. Cover all angle omputih kata .. :) .. Kalau gol jugak, tiada jodoh .. dan Life Goes On ... ada sesuatu yang lebih baik menanti anda di harapan .. Kalau murung, masa berlalu sia-sia .. Masa yang sepatutnya diisi dengan benda2 yang boleh membuatkan anda berada di tempat yang lebih baik dari semalam .. Dia sudah menjadi bukan milikmu .. Apa yang dilalui bersama itu hanya kenangan pahit manis dilalui bersama.. Jika sudah tidak bersama, masing2 dah menjadi cerita yang berbeza ..


Satu tips yang agak berguna yang digunapakai olehku sekarang nie .. Anggaplah dia milikmu semasa dia di depan mu atau semasa dia denganmu agar dapat kamu dapat melayan dirinya seperti puteri yang ditatang bagai minyak yang penuh , cherish the moment .. Tapi, apa saja boleh berlaku semasa dia di belakangmu.. Dan bersedia dengan segala kemungkinan.. Tips ini sesuai bagi mereka yang sangat merasakan keserasian di antara mereka dan jarang2 sekali berselisih faham .. Itu lah sebabnya org tua kata, jangan tak de gaduh langsung dalam satu perhubungan tu .. Pelik sangat .. Perfect sangat .. Mustahil .. Kalau si dia begitu senang dengan mu .. Dia juga begitu senang sekali blend dengan sesiapa saja ... Aaaaaaa ... Fikirkan ..

No comments: