Friday, September 19, 2014

Never give up

Hari ini bagaikan memanggil untuk menyatakan perihal kemenangan. Pelbagai jenis kemenangan pasti tidak tercapai jika tiada perjuangan. Perjuangan pula bukan sekadar perjuangan yang sambil lewa. Jika perjuangan itu sambil lewa, maka kemenangan yang bakal diperolehi juga adalah kemenangan yang sambil lewa.

Kerap kali diingatkan diri sendiri dan ahli kumpulan untuk berjuang bermati-matian. Jika ada yang bertanya pada saya, "mengapa saya masih belum berjaya?". Saya akan lontarkan soalan ini pada mereka "kuat tak your fighting spirit sehingga pernah terlelap ketika berdiri?". Itulah gambarannya jika ditanyakan bagaimana rupanya berjuang bermati-matian.

Inilah perjalanan seorang juara yang ramai dikalangan kita mahu mengecapi kemenangan itu, namun, tidak sanggup untuk melaluinya. Jika dikategorikan dua jenis masalah individu dalam dunia ini iaitu masalah kekurangan wang dan masalah terlalu banyak wang, yang mana satu kita akan pilih? Jawapannya ada pada kita.

Selamat berjuang semua dan jom kita berjuang bersama-sama. Marilah menuju KEJAYAAN!

No comments: