Saturday, October 4, 2014

Kita adalah JUARA!!

Saban hari bila kita lihat disekeliling kita, satu kehidupan rutin yg senantiasa berulang dan berulang dan berulang dek sistem yg dicipta oleh manusia itu sendiri. Kita melaluinya dgn tanpa disedari sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan sifat semulajadi kita ke arah kehidupan seperti satu mesin atau robot.

Kita bukan mesin atau robot. Kita dikurniakan akal dan fikiran. Kita ciptaan yg terindah!!. Kita yg menentukan nasib kita. Kita yg menentukan hala tuju kita. Usah pernah jemu berangan. Namun, angan-angan tidak akan bertukar menjadi cita-cita. Cita-cita takkan bertukar menjadi kenyataan tanpa usaha di landasan yg betul.

Terdapat pelbagai landasan, laluan dan sebagainya yang betul hanya kita tidak lagi menemuinya. Masakan kita akan menemuinya jika kita tak pernah jemu mencarinya atau menciptanya. Mencipta jalan adalah yg paling baik dlm pencarian ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kerana dengan mencipta, tidak akan membataskan kemungkinan dan peluang yang ada.

Mampukah kita menciptanya? Mampukah kita melakukannya? Semua insan mempunyai peluang yang sama. Namun, jika dibatasi oleh ketakutan dan fikiran yang negatif, kita akan senantiasa berada di takuk yang lama.

Usah membuang masa lagi. Jom kita maju kehadapan kerana ragu-ragu dan was-was hanya akan melambatkan proses untuk kita sampai ke puncak. Selagi apa yang dijuangkan tidak melanggar batas kemanusiaan, undang-undang negara dan batas agama, teruskan walau berapa kali kita tersungkur kerana kita semua dilahirkan sebagai seorang JUARA!!

No comments: