Posts

Showing posts from 2014

MH Sentral Hotel Sungai Siput

Image
Salam, Pada 30 Oct - 2 Nov yang lepas, saya bersama rakaniaga saya mengadakan event di MH Sentral Hotel Sungai Siput, Perak. Satu event seminar keusahawanan untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan. Saya sungguh kagum dengan hotel ini yang terletak di Selatan Sungai Siput. Sebuah hotel yang berusia 2 tahun. Lengkap dengan fasiliti bilik seminar dan ballroom yang selesa. Bilik juga selesa dan bersih sangat berpatutan fengan harganya. Di dalam hotel ini juga ada coffee house yang selesa, sedap dengan harga yang berpatutan sesuai dengan tagline coffee house haji ni iaitu, "makan di hotel, harga macam warung". Hidangan ala kampung yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat. Layanan pekerja2 hotel ini juga memuaskan hati kami sebagai pelanggan. Segala apa yang kami perlukan dilayan baik dan disediakan dengan cepat. Saya memang mencadangkan kepada mereka yang ingin membuat apa-apa event di sini utk mendapatkan perkhidmatan yang baik pada harga yang b...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Image
Selamat Hari Raya Aidiladha

Kita adalah JUARA!!

Saban hari bila kita lihat disekeliling kita, satu kehidupan rutin yg senantiasa berulang dan berulang dan berulang dek sistem yg dicipta oleh manusia itu sendiri. Kita melaluinya dgn tanpa disedari sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan sifat semulajadi kita ke arah kehidupan seperti satu mesin atau robot. Kita bukan mesin atau robot. Kita dikurniakan akal dan fikiran. Kita ciptaan yg terindah!!. Kita yg menentukan nasib kita. Kita yg menentukan hala tuju kita. Usah pernah jemu berangan. Namun, angan-angan tidak akan bertukar menjadi cita-cita. Cita-cita takkan bertukar menjadi kenyataan tanpa usaha di landasan yg betul. Terdapat pelbagai landasan, laluan dan sebagainya yang betul hanya kita tidak lagi menemuinya. Masakan kita akan menemuinya jika kita tak pernah jemu mencarinya atau menciptanya. Mencipta jalan adalah yg paling baik dlm pencarian ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kerana dengan mencipta, tidak akan membataskan kemungkinan dan peluang yang ada. Mampu...

Taktik terbaru perogol

Sampaikan..... Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 orang lelaki , pada malam Rabu yg lepas, sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung ...

Never give up

Image
Hari ini bagaikan memanggil untuk menyatakan perihal kemenangan. Pelbagai jenis kemenangan pasti tidak tercapai jika tiada perjuangan. Perjuangan pula bukan sekadar perjuangan yang sambil lewa. Jika perjuangan itu sambil lewa, maka kemenangan yang bakal diperolehi juga adalah kemenangan yang sambil lewa. Kerap kali diingatkan diri sendiri dan ahli kumpulan untuk berjuang bermati-matian. Jika ada yang bertanya pada saya, "mengapa saya masih belum berjaya?". Saya akan lontarkan soalan ini pada mereka "kuat tak your fighting spirit sehingga pernah terlelap ketika berdiri?". Itulah gambarannya jika ditanyakan bagaimana rupanya berjuang bermati-matian. Inilah perjalanan seorang juara yang ramai dikalangan kita mahu mengecapi kemenangan itu, namun, tidak sanggup untuk melaluinya. Jika dikategorikan dua jenis masalah individu dalam dunia ini iaitu masalah kekurangan wang dan masalah terlalu banyak wang, yang mana satu kita akan pilih? Jawapannya ada pada kita. Selamat ...

Nobody's PERFECT

Peringatan buat diri ku dan untuk semua ..... Satu kisah: Suatu hari, aku bertanya kepada guruku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?" Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!" Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.. Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga walau satu pun..??" Aku : "Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya, tapi saya tidak memetiknya, karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika saya sudah sampai di ujung, baru saya sedar bahawa yang saya lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan saya pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!" Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya kerana kesempurnaan yang hakiki tidak pern...

Marah - HR Bukhari & Muslim

Suatu malam seekor ular menyelit  ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya magergajigergaji menyebabkan per.ut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri. Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR B...

Zaman Gila

'Zaman gila' jangan dijemput Selasa, 9 September 2014 - 5:36AM Oleh Dr Anwar Ridhwan bhrencana@bh.com.my Berdasarkan beberapa peristiwa kalut dan kusut kebelakangan ini, mungkinkah negara kita mula memasuki 'zaman gila'? Ungkapan ini kedengaran kasar, tetapi ungkapan ini jugalah yang telah digunakan oleh seorang pujangga Jawa bernama Ronggowarsito ketika memerikan 'zaman edan' di Indonesia pada abad ke-19. Dalam Kamus Dewan edan disama-ertikan dengan gila, bukan kurang waras atau kurang siuman. Ia memang suatu situasi yang teruk. Dalam puisi Jawa atau tembang 12 bait Ronggowarsito yang diberi judul Serat Kalatida, ia menurunkan beberapa ciri zaman gila. Antaranya ialah semakin merosotnya nilai kehidupan, manusia tidak mengendahkan peraturan dan zaman yang penuh keragu-raguan. Jika benar kita sedang memasuki 'zaman gila', ini adalah fasa awal malapetaka nasional kita. Ia bukan kemalangan atau kecelakaan kecil yang dialami individu, tetapi akan memba...

Program Jaringan Usahawan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menjemput mereka yang ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan untuk bersama-sama dalam Program Jaringan Usahawan anjuran Galaxy Entrepreneur Network . Tidak kira kepada mereka yang telah menceburi bidang perniagaan, baru bermula atau baru berniat untuk memulakan perniagaan. Antara faedah-faedah menceburi jaringan ini ialah : 1. Kolabrasi di antara usahawan yang untuk bekerjasama bagi meluaskan empayar perniagaan dalam bentuk teknikal, bahan mentah, tenaga kerja, logistik, fasiliti pejabat, mesin/jentera dan sebagainya. 2. Perpindahan teknologi dan maklumat melalui seminar, business preview atau proposal berskala kecil (<30 peserta) , sederhana (>100 peserta) atau besar (>1000 peserta) 3. Perkongsian modal & kepakaran teknikal perniagaan yang berdaya saing agar dapat meminimumkan kos, mengawal pengurusan risiko dengan efektif dan efisien serta memaksimumkan keuntungan. 4. Meluaskan kuasa pasaran dari segi batas geograf...

Jangan takut mulakan perniagaan

TIDAK dinafikan, ramai yang ingin wang tambahan dalam gaya hidup yang menekankan hari ini. Antara cara menjana pendapatan tambahan ialah memulakan perniagaan sambilan. Namun, ia tidak semudah yang disangka bagi mereka yang belum menjalankan perniagaan. Sememangnya sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan. Tetapi masalahnya, sembilan daripada 10 perniagaan gagal. Kebanyakannya gagal pada tahun pertama saja. Hendak memulakan perniagaan memang mudah tetapi susahnya menjalankan perniagaan yang berjaya. Ketika menjalankan seminar dan kursus perniagaan serata Malaysia, soalan yang sering ditanya, apakah perniagaan yang terbaik? Jawapan saya, “Apakah minat anda?” Dalam memulakan perniagaan, sebaiknya ia mengikut minat, kebolehan atau kepakaran yang ada pada diri sendiri. Kebanyakan perniagaan yang gagal kerana menjalankan perniagaan yang tidak diminati. Selalu saya dengar usahawan mengadu selepas gagal berniaga baru sebulan dua kerana memulakan perniagaan sebab ...

HOUSE OF STYLISTA

HOUSE OF STYLISTA Terdapat pelbagai rekaan menarik dan berkualiti untuk kita intai-intai.