Tuesday, August 30, 2011

Tambah Pendapatan, Buat Simpanan dan Kekalkan Gaya Hidup

"Tambah Pendapatan, Buat Simpanan dan Kekalkan Gaya Hidup" .. Apa maksudnya nih? .. Bermula dengan "Tambah Pendapatan" dulu. Adakah tambah pendapatan ini hanya terhad kepada Overtime (OT) selepas waktu kerja sahaja?. Efektif tapi, tak efisien tindakan itu. Efektif, kerana, di hujung bulan, gaji kita lebih dari sepatutnya selepas melakukan OT. Tak efisien, kerana, masa yang di luangkan tidak berbaloi dengan pendapatan yang diterima. Dalam masa lebih kurang 4 jam yang diluangkan untuk melakukan OT, sepatutnya lebih efektif dan efisien lagi kalau kita menjalankan perniagaan. Dengan effort yang sama, masa yang sama diluangkan tapi, pendapatan yang lebih.
Perniagaan apa? Ada bermacam-macam jenis perniagaan yang boleh dijalankan secara separuh masa yang boleh kita ceburi. Tanya rakan-rakan anda yang menjalankan perniagaan secara sampingan. Pilih yang sesuai dengan diri, yang sah dari segi undang-undang dan halal. Asal tidak menipu sudah. Untuk memastikan ianya sesuai, tepuk dada, tanya selera. Untuk memastikan ianya sah dari segi undang-undang, rujuk badan-badan kerajaan yang memantau aktiviti perniagaan di negara kita ini. Kita ada SSM, KPDNKK dan sebagainya. Untuk memastikan ianya halal, kita boleh rujuk dengan JAKIM dan sebagainya.
"Buat Simpanan", sudah biasa kita dengar. Tapi, bagaimana membuat satu simpanan yang baik. Kita ada bank, ASB, emas dan sebagainya. Bukan buat pinjaman dan simpan. Tanyalah sesiapa yang berjaya dalam bidang perniagaan mana-mana pun, mereka akan buat simpanan dengan duit sendiri dan bukannya pinjaman. Pinjaman hanya dilakukan untuk memulakan perniagaan, menambah pusingan modal dan yang berkaitan dengan perbelanjaan perniagaan.
"Kekalkan Gaya Hidup" bermakna, kemampuan menangguhkan kehendak dan mendahulukan keperluan. Bukan tak boleh, cuma, tangguhkan sahaja. Kehendak memakai kenderaan yang lebih hebat, kehendak untuk melancong lebih jauh dan sebagainya. "Kekalkan Gaya Hidup" juga bermaksud mengekalkan apa yang sedia ada di ketika ini dengan lebih selesa dan mampu memberi 30% dari lebihan pendapatan kepada simpanan.
Mari kita cuba sama-sama untuk keselesaan hidup di masa akan datang dan mencapai kebebasan kewangan dan masa sehingga boleh diwarisi. :)

No comments: