Tuesday, August 30, 2011

Hormat Menghormati

Apa perbezaan hormat dan takut? Di kebanyakan organisasi atau institusi atau mana-mana badan tak kira kerajaan atau swasta, pasti kan ada insan yang mengepalai sesuatu badan itu. Tentang isu hormat menghormati ini kita menjurus kepada satu komuniti itu yang mempunyai dua golongan status perkahwinan iaitu, bujang dan berkahwin dahulu.

Isunya di sini ialah, tentang tanggungjawap di dalam melaksanakan satu tugas itu. Pada sesuatu ketika, akan ada mereka yang menyerahkan kepada orang lain hanya kerana tidak dapat menyelesaikan tugas itu atas alasan ada urusan keluarga. Maka si penerima tugas yang sepatutnya bukan diberikan pada beliau pada awalnya terpaksa menerima tugas tersebut kerana masih bujang dan tiada komitmen keluarga. Faktor menghormati mereka yang sudah berkeluarga atau lebih tua juga membuatkan si bujang menerima dalam keadaan paksa rela. Adilkah ini?. 

Tidak dinafikan, memang lebih banyak alasan dari mereka yang berumahtangga untuk mendapat pelepasan, cumanya, kadang-kadang, alasan yang sama digunakan apabila malas melanda. Bila penyakit malas melanda, maka, tak dapat dibezakan dah alasan yang mana yang asli  dan yang mana tiruan.

Walaupun bujang, si bujang ada ibu, bapa, abang, kakak dan adik (jika bukan yatim piatu la) yang mana perlukan juga perhatian si bujang. Apa keluarga si bujang boleh dikemudiankan?
Hormat menghormati tidak mengenal erti tua atau muda, miskin atau kaya, lelaki ataupun perempuan. Kita haruslah hormat menghormati di antara sesama insan. Emosi marah yang melanda apabila terasa tidak dapat penghormatan dari insan lain akan hanya mengundang ketidakhormatan kepada si pemarah yang jika diteruskan, mampu menghilangkan rasa hormat sama sekali dengan si pemarah.

Rasa hormat adalah kuasa yang paling sukar diperolehi dan boleh hilang dalam sekelip mata. Untuk mendapatkan rasa hormat setelah ianya tercalar nyata memakan masa. Elemen-elemen jujur, ikhlas, bertanggungjawap, toleransi dan sebagainya, adalah kunci untuk menaiktaraf lagi peringkat atau tahap hormat seseorang kepada seseorang yang lain. Bunyi macam senang kan? Memang senang kalau tiada rasa dengki, iri hati dan benci di dalam hati.

80% dari penduduk dunia dahagakan pujian dalam erti kata lain, mendapat penghormatan dari insan lain. Dalam dunia ini, kita seringkali berurusan dengan satu sama lain dengan cara berkomunikasi tak kira sama ada dengan cara literal atau verbal. Peratus keberjayaan sesuatu urusan itu selepas sessi berkomunikasi berlaku akan lebih bermakna dan menguntungkan kedua-dua belah pihak apabila pujian dan rasa hormat itu tersulam di dalam komunikasi semasa berurusan. Rugi ke kalau tak buat? Luakkah duit dalam bank kita apabila kita berkomunikasi sesama insan dalam rasa penuh keharmonian dan tanpa unsur-unsur kasta dalam organisasi.

Akurasi atau ketepatan maklumat dalam berkomunikasi tanpa rasa hormat menghormati akan meleset dan tidak tercapai matlamatnya. Pendek kata, kegagalan dalam berkomunikasi. Kecenderungan orang untuk menipu dalam menyampaikan maklumat akan lebih ketara hanya kerana untuk menamatkan sessi berurusan dengan segera kerana tidak selesa dalam komunikasi. Hah! ini barulah pembaziran berlaku dari segi masa dan wang apabila matlamat tidak tercapai.

Jom kita saling hormat menghormati sesama insan dan bukannya takut sesama insan kerana hormat menghormati mampu meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita. :)

No comments: