Monday, February 22, 2016

Mahukan yang terbaik?

Mahu yang terbaik? Mahu yang terhebat? Semua orang pun mahukannya. Tapi, ada sebab mengapa kita tidak memilikinya. Kenapa?. Banyak kemungkinan.

  1. Kita tak mampu menanganinya
  2. Belum bersedia untuk menerimanya
  3. Ada yang masih belum cukup
  4. Ada yang lebih baik menanti
  5. Dsbgnya.....
Ada juga unsur-unsur paksaan berlaku demi mendapat yang terbaik. Namun, kebiasaanya, sesuatu itu akan retak atau pecah jika dipaksa. Akhirnya, akan kecewa. Banyak masa akan terbuang begitu sahaja. Sesuatu yang hebat dan baik itu memang mahal harganya. Itu adalah fakta. Bukan hanya dari segi mata wang, tapi, mahal dari pelbagai sudut.

Mengharap sesuatu yang hebat dengan kos yang rendah, kemungkinan kekecewaan akan datang itu tinggi. Ianya tidak mustahil, tapi, elemen mengharap itu haruslah diminimumkan dan sentiasa bersedia menghadapi kenyataan.

No comments: