Monday, February 22, 2016

Kamu tidak diperlukan lagi. Noktah.

Memang telah menjadi kebiasaan apabila sesuatu itu tidak diperlukan lagi, ia akan dibuang atau dilupuskan. Percaya atau tidak, sesuatu itu juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Pendek kata, setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Ramai insan-insan yang hebat menyatakan bahawa "bagaimana kita melalui atau meredah suatu perjalanan itu lebih penting dari bagaimana ianya berakhir. Ianya adalah suatu perjalanan". Jika suatu perjalanan itu di lalui dengan baik maka InsyaAllah pengakhirannya akan baik jua.

Sebaik mana suatu perjalanan itu dilalui dengan penuh tabah dan sabar, tapi masih tidak menunjukkan kesan yang diingini, maka, sudah pasti ada sesuatu mesej yang nak disampaikan olehNya kepada kita. Dalam mengharungi satu perjalanan itu, ada insan lain yang bersama-sama dengan kita mengharunginya atas dasar hubungan yang dikatakan luar biasa. Dengan hubungan atau ukhwah yang dikatakan sangat utuh. Sebaliknya, segalanya seolah kelihatan palsu bila ujian mendatang di tengah jalan. Tidak dinafikan ada yang masih menggenggam erat tangan kita demi meneruskan suatu perjalanan itu.

Kebenaran itu sangat menyakitkan. Namun, kebenaran tetap kebenaran. Hakikat yang tidak mampu diubah oleh insan biasa. Insan yang melihat kepada survival sendiri itu lebih penting dari yang lain. Usah dikesahkan. Dosanya hanya pada janji di awal perjalanan. Namun, janji hanya tinggal janji. Terimalah bahawa kita tidak diperlukan lagi. Redha dengan keadaan yang berlaku. Bersedia untuk meneruskan perjalanan demi masa depan yang lebih sempurna. Life goes on......

No comments: