Saturday, July 11, 2015

All in 1

Salam,

Raya nak dekat. Dah bersedia nak Raya? 12 July, malam ni ramai yg berpusu-pusu keluar shopping Raya. Jemm sana sini. Offer dan promosi Raya sana sini. Karnival Aidilfitri sana sini. Bersesak sesak pun tak apa. Janji happy. Janji menjadi sebahagian dari kemeriahan menyambut Aidilfitri. Sambil kita ghairah, sambil kita perlu beringat. Beringat pada keselamatan diri, berbelanja, kesihatan diri dan keluarga dan sebagainya. Dan yang paling penting sekali, kita beringat menempuh hari muka. Masa depan kita bersama.

Disamping kita mengambilkira soal ekonomi individu, perihal emosi kekeluargaan, adat berRaya setahun sekali, kita juga perlahan-lahan dihimpit oleh kesesakkan yang bakal kita tempuh di masa hadapan. Ada di antara kita yang tak ambil kisah pun atas alasan siapakah diri ini nak dibandingkan dengan isu global dan masa depan. Perasaan rendah diri. Atau pentingkan diri sendiri? Tepuk dada, tanya diri..

Luangkan masa kita demi menghargai diri. Don't worry be happy. Tetapkan minda di tahap yang paling optimum dalam menyeimbangkan segala-galanya. Fizikal dan emosi. Semasa dan masa-masa yang mendatang. Sentiasa positif namun tidak terlalu optimis. Kecemerlangan itu tidak tersedia seharian. Ianya adalah suatu perjalanan. Tolak tepi soal politik, tolak tepi pasal ekonomi dunia yang tak tercapai akal secara keseluruhannya. Namun, sebagai individu, pengabaian kita dalam melibatkan diri, mampu memberi impak yang besar dalam jangka masa yang panjang, jika kita tidak merapatkan ukhwah di antara kita. Perbezaan ideologi yang mengakibatkan keruntuhan hanya merugikan masa, wang dan kudrat. Kita mampu untuk memiliki perbezaan ideologi yang membangunkan KITA BERSAMA.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin"

#jomberubah
#jombersatu
#marilahmenujukejayaan

No comments: