Friday, March 13, 2015

Sumber Informasi

Sumber Informasi

Ramai orang sekarang taksub akan kemudahan mendapat informasi melalui internet. Sehinggakan apa saja yang mereka perolehi dari internet dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa dari mana datang punca informasi itu. Tidak dinafikan dengan kecanggihan teknologi malumat yang ada sekarang memudahkan ramai orang dalam mencapai apa saja maklumat yang diinginkan. Kebebasan teknologi maklumat tanpa batasan antara kelebihannya adalah sebagai alternatif sumber informasi selain dari tv, surat khabar dan sebagainya. Namun begitu perlu berhati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan dengan menggunakan teknologi maklumat dengan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan sahih. Yang menjadi mangsanya ialah mereka yang taksub dan bergantung penuh dengan teknologi maklumat yang kini semakin mudah diakses termasuk melalui telefon mudah alih. Antara mereka yang menjadi mangsa juga ialah mereka yang cuba mencari alasan demi alasan untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perkara, Carilah apa saja fakta untuk menyokong anda di dalam internet sudah pastinya ada. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari keburukan tentang institusi kerajaan itu, sudah pasti anda akan berjumpa dengan beribu link yang berkaitan dengan maklumat-maklumat negatif tentang tokoh tersebut. Dan begitulah sebaliknya jika kita ingin mencari maklumat-maklumat negatif tentang pembangkang juga anda akan jumpa. Persoalannya, kita hanya memilih apa yang kita NAK percaya. :-)

No comments: