Monday, September 5, 2011

Emas

Emas... ramai yang ingin memiliki emas. Kalau tak, tak de yang sampai memburu harta karun. Emas pada ketika ini harganya semakin menaik dari masa ke semasa. Buat masa ini, apa yang saya faham mengenainya, ialah, emas ialah kaedah membekukan tunai yang terbaik!!. Maksudnya, jika kita ada lebihan tunai untuk simpanan, maka, belilah emas. Emas juga boleh diniagakan jika kita mempunyai kemahiran dalam mengusahakan industri jual beli emas. Ini adalah harga untuk emas sehingga tarikh saya menaip blog ini iaitu 6 Sept 2011 RM182.58/gram berbanding dengan bulan lepas 6 Aug 2011 iaitu RM161.23/gram. Dan, ia akan terus naik dan naik tahun demi tahun.



10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal
1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.
 Jadi, apa lagi? .. Seperti yang biasa saya khabarkan kepada rakan2 saya. Tambah pendapatan, kekalkan gaya hidup dan buat simpanan. Simpanan EMAS.

No comments: