Thursday, November 11, 2010

Ramai Kawan Murah Rezeki


Ungkapan ini mungkin ada yang tak dapat membayangkan maksudnya secara direct. Tapi, bagi aku, mmg ramai kawan murah rezeki. Juz, kena la pandai pilih kawan. Tak salah memilih kawan. Melalui kawan minda akan berkembang. Nak2 pulak kalau kawan kita terdiri dari pelbagai latar belakang. Biasanya kita akan berkawan dengan org2 yang biasanya ada di sekeliling kita sahaja. Tak ada inisiatif pun kalau nak berkenalan dengan org asing yang difikirkan tiada kepentingan buat kita. Lain pulak tanggapan orang berniaga. Kalau nak kawan tu, tak memilih langsung. Bila dah kawan tak memilih tu, kena la pulak pandai memilih yang mana betul dan tak betul. Kalau tak memilih kawan juga, pendirian mesti tetap dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala -ve. Bagus lagi kalau ada daya mempengaruh. Mungkin dapat mengajak kawan kita ke arah melakukan kebaikan. Aku sendiri tidak ada kepentingan pun nak berkawan dengan wartawan. Tapi, sebab aku ni meniaga, maka, tersenarailah salah seorg dari kawanku seorg wartawan. Nak kaitkan dengan murah rezeki, semalam, kami berjumpa dan bersembang. Akhirnya tercetus satu idea beliau nak menerbitkan buku ku yang pertama. Hmm ... kan ke murah rezeki tu namanya .. Tu contoh lah .. Ada banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan ramai kawan murah rezeki . Mungkin anda juga pernah melaluinya kan? Kawan biar ramai, musuh jangan ada...

No comments: