Ada yang mungkin rasa tersinggung membicarakan soal dark side dalam diri mereka. Apa benda tuh? Satu sifat atau siapa diri kita tanpa diketahui oleh orang lain atau hanya diketahui oleh kelompok yang berbeza dari kehidupan seharian kita. Perlu ada kah dark side dalam diri seseorang? Perlu ada atau tidak, bukan bergantung pada individu itu. Kadang-kadang kehadirannya datang tanpa dirancang, tanpa dipinta. Mungkin akibat tekanan hidup, mungkin disebabkan pengaruh luar dan sebagainya bergantung kepada masing-masing. Isu ini agak dalam pengertiannya kerana, kalau boleh ia tidak mahu sama sekali dibincangkan secara terbuka. Nama pun dark side ye tak? .. Cuma, entry ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada mereka yang tidak menyedari yang mereka mempunyai dark side dalam diri mereka. Mesti ada yang pernah terdengar ungkapan dari orang yang mengatakan... "Aaahh dia tu, sembahyang tak pernah tinggal, tapi, sanggup dia buat camtu ...". Ungkapan ini dapat kita dengar kerana indi...
Comments