Saban hari bila kita lihat disekeliling kita, satu kehidupan rutin yg senantiasa berulang dan berulang dan berulang dek sistem yg dicipta oleh manusia itu sendiri. Kita melaluinya dgn tanpa disedari sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan sifat semulajadi kita ke arah kehidupan seperti satu mesin atau robot. Kita bukan mesin atau robot. Kita dikurniakan akal dan fikiran. Kita ciptaan yg terindah!!. Kita yg menentukan nasib kita. Kita yg menentukan hala tuju kita. Usah pernah jemu berangan. Namun, angan-angan tidak akan bertukar menjadi cita-cita. Cita-cita takkan bertukar menjadi kenyataan tanpa usaha di landasan yg betul. Terdapat pelbagai landasan, laluan dan sebagainya yang betul hanya kita tidak lagi menemuinya. Masakan kita akan menemuinya jika kita tak pernah jemu mencarinya atau menciptanya. Mencipta jalan adalah yg paling baik dlm pencarian ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kerana dengan mencipta, tidak akan membataskan kemungkinan dan peluang yang ada. Mampu...