Assalammualaikum dan salam sejahtera Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt. Dalam keadaan situasi sekarang ini, terdapat pelbagai reaksi orang ramai tentangnya. Cuma, saya terpanggil untuk mencoret mengenai segelintir masyarakat yang pentingkan diri sendiri “selfish” tanpa menghiraukan keselamatan orang lain, terutama, orang yang kita sayang yang berada di sekeliling kita. Golongan yang saya maksudkan ini, ialah golongan yang mengingkari perintah yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk kita menghadkan pergerakan kita. Untuk keberkesanan usaha kita dalam menangani penularan wabak Covid19 ini, perlulah kerjasama dari semua pihak. Kita tidak dapat melihat virus ini dengan mata kasar. Kita tidak dapat menjangkakan jika kita akan dijangkiti oleh virus ini. Dan jika ini berlaku kerana hanya alasan kita bosan duduk di rumah, berbaloikah jika kita terpaksa berpisah dengan anak isteri jika dijangkiti,...