Posts

Ungu - Percaya Padaku [HD]

Image
Lirik Lagu Ungu - Percaya Padaku Aku tak tahu apa yang kurasakan Dalam hatiku saat pertama kali Lihat dirimu melihatmu Seluruh tubuhku terpaku dan membisu Detak jantungku berdetak tak menentu Sepertinya aku tak ingin berlalu [*] Berikan cintamu juga sayangmu Percaya padaku ku kan menjagamu Hingga akhir waktu menjemputku [**] Ku berikan cintaku juga sayangku Percaya padaku ku kan menjagamu Hingga akhir waktu menjemputku Saat ku tahu kau akan pergi jauh Izinkan aku tuk selalu menatimu Untuk katakan ku ingin dirimu Agar kau tahu betapa ku terlalu Mencintaimu aku akan menunggu Hingga dirimu kembali untukku Back to [*][**] Tolonglah aku bagaimana diriku Ungkapkan itu rasa yang membelenggu Dalam hatiku ku cinta padamu Back to [*][**]

Rompakan di restoran Mamak Seksyen 15

Image
Apakah ini tanda orang dah semakin terdesak akan tekanan kewangan yang melanda? Atau pengaruh gangsterism media?. Nak lepak kat kedai mamak pun dah rasa tak selamat sekarang ni. Ada banyak cara lain lagi nak mencari pendapatan lebih selain dari cara yang sebegini. Walau apa pun, sudah pasti, ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Cuma, masih ada segelintir mereka yang terjerumus di dalam kelompok orang yang tidak berfikir secara rasional dan panjang.. :)

Jawatan Kosong

Image
GALAXY VILLE No.23, Hala Perusahaan Kledang Utara 6, Kawasan Perusahaan Menglembu, 31450 Menglembu, Perak Darul Ridzuan Temuduga Terbuka (Pekerja Am) Sebuah syarikat pembinaan yang berdaya saing dan sedang berkembang ingin mencari mereka yang ingin bersama kami dalam mengembangkan perniagaan kami dalam industri paip bekalan air di sekitar Ipoh khasnya dan Perak amnya. 1. Warganegara Malaysia 2. Lelaki 2. Berumur 18 tahun ke atas 3. Boleh berdikari dan mahu belajar 4. Ada pengangkutan sendiri Boleh hubungi : 052825808 (ms wati)

Emas

Image
Emas... ramai yang ingin memiliki emas. Kalau tak, tak de yang sampai memburu harta karun. Emas pada ketika ini harganya semakin menaik dari masa ke semasa. Buat masa ini, apa yang saya faham mengenainya, ialah, emas ialah kaedah membekukan tunai yang terbaik!!. Maksudnya, jika kita ada lebihan tunai untuk simpanan, maka, belilah emas. Emas juga boleh diniagakan jika kita mempunyai kemahiran dalam mengusahakan industri jual beli emas. Ini adalah harga untuk emas sehingga tarikh saya menaip blog ini iaitu 6 Sept 2011 RM182.58/gram berbanding dengan bulan lepas 6 Aug 2011 iaitu RM161.23/gram. Dan, ia akan terus naik dan naik tahun demi tahun. 10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal 1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas. 2) Emas sering diperkatakan setiap hari. 3) Pelaburan emas adalah selamat. 4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar. 5) Emas didagangkan mengikut p...

Hormat Menghormati

Image
Apa perbezaan hormat dan takut? Di kebanyakan organisasi atau institusi atau mana-mana badan tak kira kerajaan atau swasta, pasti kan ada insan yang mengepalai sesuatu badan itu. Tentang isu hormat menghormati ini kita menjurus kepada satu komuniti itu yang mempunyai dua golongan status perkahwinan iaitu, bujang dan berkahwin dahulu. Isunya di sini ialah, tentang tanggungjawap di dalam melaksanakan satu tugas itu. Pada sesuatu ketika, akan ada mereka yang menyerahkan kepada orang lain hanya kerana tidak dapat menyelesaikan tugas itu atas alasan ada urusan keluarga. Maka si penerima tugas yang sepatutnya bukan diberikan pada beliau pada awalnya terpaksa menerima tugas tersebut kerana masih bujang dan tiada komitmen keluarga. Faktor menghormati mereka yang sudah berkeluarga atau lebih tua juga membuatkan si bujang menerima dalam keadaan paksa rela. Adilkah ini?.  Tidak dinafikan, memang lebih banyak alasan dari mereka yang berumahtangga untuk mendapat pelepasan, cumanya, k...

Tambah Pendapatan, Buat Simpanan dan Kekalkan Gaya Hidup

"Tambah Pendapatan, Buat Simpanan dan Kekalkan Gaya Hidup" .. Apa maksudnya nih? .. Bermula dengan "Tambah Pendapatan" dulu. Adakah tambah pendapatan ini hanya terhad kepada Overtime (OT) selepas waktu kerja sahaja?. Efektif tapi, tak efisien tindakan itu. Efektif, kerana, di hujung bulan, gaji kita lebih dari sepatutnya selepas melakukan OT. Tak efisien, kerana, masa yang di luangkan tidak berbaloi dengan pendapatan yang diterima. Dalam masa lebih kurang 4 jam yang diluangkan untuk melakukan OT, sepatutnya lebih efektif dan efisien lagi kalau kita menjalankan perniagaan. Dengan effort yang sama, masa yang sama diluangkan tapi, pendapatan yang lebih. Perniagaan apa? Ada bermacam-macam jenis perniagaan yang boleh dijalankan secara separuh masa yang boleh kita ceburi. Tanya rakan-rakan anda yang menjalankan perniagaan secara sampingan. Pilih yang sesuai dengan diri, yang sah dari segi undang-undang dan halal. Asal tidak menipu sudah. Untuk memastikan ianya sesuai, ...

Dulu Lain.. Sekarang Lain ...

25 tahun dulu lain ... Sekarang, lain ... Dulu, time aku sekolah dulu, 50cent dah cukup dah .. Balik kenyang ... Boleh jer nak fokus dalam kelas ... Dulu, gaji org tua kita tak sampai RM1K pun ... Mampu jer nak sara kehidupan keluarga anak 4 ... Tapi sekarang RM3k pun x cukup. Dulu, kalau Raya, selamba je nak main mercun. Sekarang, nak cari penyakit? Apa2 pun, ini lah yg dinamakan peredaran zaman. Kalau kita tak kejar, bakal ketinggalan. Kalau kita x bersedia, bakal bertemu kegagalan. Ramai yang dibelenggu dengan perasaan takut. Takut akan perubahan. Kerana selesa dalam kesusahan. Perubahan yg dirisaukan akan menyusahkan. Jika kita dpt tangani mindset negatif, InsyaAllah, hasilnya akan menjadi positif. Positif akan perubahan yang mungkin akan memberi kehidupan yang lebih selesa di masa depan. Sekadar berkongsi dan happy sgt kalau ada yg nak berjuang bersama-sama jihad ekonomi. Mmg tak dinafikan, bilangan individu yg mahu berkongsi dan berjuang bersama-sama utk kehidupan yg lebih semp...