Posts

Showing posts from May, 2026

DOA

  "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil. Tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-Mu yang beriman. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik, afiat, dan panjang umur dalam ketaatan kepada-Mu buat diriku,  isteri tercinta, dan anak-anakku . Berkatilah seluruh kehidupan kami di dunia ini. Ya Allah yang Maha Pemberi Rezeki, murahkanlah rezeki kami dan kurniakanlah rezeki yang melimpah-ruah, yang halal lagi berkat.  Jadikanlah isteri dan anak-anakku penyejuk mataku, serta zuriat yang soleh dan solehah . Ya Allah,  jemputlah kami sekeluarga menjadi tetamu-Mu untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah suatu hari nanti. Permudahkanlah jalan dan rezeki kami ke sana . Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah, tempatkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang soleh, dan dengan rahmat-Mu, masukkanlah kami sekeluarga ke dalam Syurga Firdaus-Mu tanp...