DOA

 "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil. Tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-Mu yang beriman.


Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik, afiat, dan panjang umur dalam ketaatan kepada-Mu buat diriku, isteri tercinta, dan anak-anakku. Berkatilah seluruh kehidupan kami di dunia ini.


Ya Allah yang Maha Pemberi Rezeki, murahkanlah rezeki kami dan kurniakanlah rezeki yang melimpah-ruah, yang halal lagi berkat. Jadikanlah isteri dan anak-anakku penyejuk mataku, serta zuriat yang soleh dan solehah.


Ya Allah, jemputlah kami sekeluarga menjadi tetamu-Mu untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah suatu hari nanti. Permudahkanlah jalan dan rezeki kami ke sana.


Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah, tempatkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang soleh, dan dengan rahmat-Mu, masukkanlah kami sekeluarga ke dalam Syurga Firdaus-Mu tanpa hisab.


آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Comments

Popular posts from this blog

Makin lama, makin sayang

Dark Side ... :)